Masa Legacy & Putri Hafirra Gegarkan Pentas Food Kingdom X Fun Run 2026
- MYB
- 38 minit lalu
- 1 min membaca
Putrajaya — Hujung minggu di Putrajaya bakal lebih meriah dengan penganjuran Food Kingdom X Fun Run 2026 dari 23 hingga 25 Januari 2026 di Anjung Floria. Acara ini menjanjikan gabungan makanan, hiburan dan aktiviti santai untuk seisi keluarga.

Selain deretan gerai makanan yang menawarkan pelbagai hidangan tradisional, street food dan sajian popular dari seluruh negara, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan pentas dan aktiviti menarik sepanjang tiga hari penganjuran.
Dianjurkan oleh DCASSA Gold Venture, acara selama tiga hari ini dibuka dari jam 10 pagi hingga 11 malam dan mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bagi merancakkan pelancongan domestik serta menyokong usahawan tempatan.
Antara tumpuan utama ialah kemunculan kumpulan Masa Legacy pada 24 Januari yang bakal menggegarkan pentas dengan lagu-lagu hit mereka, termasuk single terbaharu Serupa Namun Berbeza, Kumpulan Masa Legacy terdiri daripada Zack Masa (Vokalis Utama),Khai (Bassist), Arief Mirza (Guitarist) dan Muss (Drummer) . Malam penutup pada 25 Januari pula akan dimeriahkan oleh penyanyi cilik yang sedang tular, Putri Hafirra, atau lebih dikenali sebagai “Ella Junior”, dengan persembahan penuh bertenaga.
Antara tarikan utama ialah Food Kingdom, yang menghimpunkan pelbagai vendor makanan termasuk makanan tradisional, street food, makanan viral, hidangan Cina Muslim dan India Muslim, sajian Borneo serta pencuci mulut dan minuman.
Bagi pengunjung yang gemarkan gaya hidup sihat, Fun Run 2026 menawarkan larian santai mesra keluarga dan komuniti, terbuka kepada semua peringkat umur.









