MIC ON! Umum Dua Penyingkiran Pada Konsert Minggu Kelima
top of page
  • Writer's pictureMYB

MIC ON! Umum Dua Penyingkiran Pada Konsert Minggu Kelima

Syiqin dan Danny terpaksa akur sekaligus mengucapkan selamat tinggal kepada 11 lagi rakan seperjuangan mereka, sebaik sahaja diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu kelima program realiti MIC ON! yang berkonsepkan pertandingan pencarian bakat yang menggabungkan elemen nyanyian dan komedi anjuran Awesome TV minggu lalu.


Perjalanan Syiqin dan Danny terhenti di minggu kelima program realiti Mic On! minggu lalu

Seramai 13 orang peserta telah membuat persembahan dengan tema ‘Serumpun’, yang mana lagu-lagu yang dipersembahkan merupakan lagu-lagu popular dari Singpura dan Indonesia.

Syiqin dan Danny, masing-masing merupakan anak didik kepada Fad Bocey dan Ropie telah mempersembahkan lagu popular Indonesia, Cokelat berjudul Karma, manakala Danny pula membawakan lagu Ketahuan, nyanyian asal kumpulan Matta Band.


Terdahulu, seramai 15 peserta berjaya diserap masuk untuk bersaing di konsert mingguan ‘MIC ON!’ musim kedua bagi merebut gelaran juara. Kesemua mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan yang diterajui oleh Fad Bocey, Ropie dan Ajak Shiro yang menggalas tanggungjawab selaku ‘Manager’ untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada para peserta.


Setiap minggu peserta akan diberikan tugasan mengikut tema yang ditetapkan. Penjurian adalah 100% oleh barisan juri tetap yang terdiri daripada tiga nama figura seni tersohor tanah air, Dato’ Awie, Dato’ Hattan dan Mas Idayu. Peserta akan diadili berdasarkan tiga kriteria utama pemarkahan iaitu daripada segi vokal (40%), kreativiti (30%) dan persembahan (30%).


Mic On!
Barisan panel juri konsert minggu kelima. (Dari kiri) Datuk DJ Dave, Mas Idayu dan Dato' Awie

Penjurian juga terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah penjurian secara individu. Manakala penjurian bahagian kedua pula adalah secara berkumpulan. Markah individu tertinggi dan terendah yang diterima oleh setiap peserta akan ditambah dan diambil sebagai markah keseluruhan terakhir untuk setiap kumpulan. Kumpulan yang menerima markah akhir terendah perlu menyingkirkan ahli peserta kumpulan mereka pada minggu tersebut.


Dihoskan oleh pengacara sensasi, Azwan Ali @ Diva AA & Issey Fazlisham, konsert keenam MIC ON! akan menemui peminat pada hari Jumaat ini, 10 Mac 2022, jam 9.00 malam di Awesome TV (saluran Astro 123) dan MyTV (112) dengan tema ‘Dalam Kenangan’

bottom of page