MyEduSoccer Bangunkan Aplikasi PandaiBola, Bantu Pembangunan Bakat Bola Sepak Melalui Sistem Rubrik
top of page
  • Writer's pictureMYB

MyEduSoccer Bangunkan Aplikasi PandaiBola, Bantu Pembangunan Bakat Bola Sepak Melalui Sistem Rubrik

Pembangunan bakat dalam sukan bola sepak Malaysia melangkah setapak lagi dengan pengenalan aplikasi PandaiBola . Menerusi aplikasi yang sedang dibangunkan oleh syarikat MyEdusoccer Sdn. Bhd. itu, bakat baru dalam sukan bola sepak Malaysia dapat dikenalpasti dan dikembangkan seawal dari peringkat sekolah rendah lagi.


Dari kiri… En. Mohd Najib Jaafar (TERAJU) , Tn. Syed Zulkifli Syed Ismail (MRANTI) , Muhamad Yazid Yahaya, Ketua Pegawai Eksekutif, (MY EDUSOCCER SDN. BHD.)

Menurut Ketua Pengarah Eksekutif MyEduSoccer Sdn. Bhd., Muhamad Yazid Yahaya, aplikasi itu dibangunkan berpandukan program fizikal dan juga latihan secara maya serta sistem rubrik yang sedang dibangunkan oleh mereka yang terdiri dari kepakaran anak tempatan .

Muhamad Yazid Yahaya, Ketua Pegawai Eksekutif,MY EDUSOCCER SDN. BHD.

Aplikasi PandaiBola yang dibangunkan MyEduSoccer merupakan pemenang SUPERB pada tahun 2020 adalah satu inovasi latihan bola sepak secara digital untuk mengenalpasti dan menganalisa pemain berpotensi di peringkat akar umbi.


“Aplikasi ini akan membantu menganalisa perkembangan (pemain) berdasarkan data dan maklumat yang dikumpulkan, seterusnya akan dianalisa oleh barisan jurulatih yang berpengalaman berdasarkan kemampuan para pemain tersebut” jelas Yazid.


Aplikasi PandaiBola juga berupaya menjadi platform untuk mengasah bakat para pemain. Yazid berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik PandaiBola di Auditorium Resource Centre, Mranti Technology Park yang berlangsung baru-baru ini.


Sebanyak sebelas organisasi telah mengumumkan persetujuan untuk menjadi rakan kongsi strategik dalam membantu membangunkan aplikasi PandaiBola ini. Antara rakan kongsi strategik terdiri daripada Mranti yang juga dikenali sebagai Technology Park Malaysia, Syarikat tinted Sunz Tint, Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2, Universiti Sultan Zainal Abidin, Voltra, Opera Klasik, serta beberapa individu yang lain.


Aplikasi PandaiBola dibangunkan oleh kepakaran anak tempatan itu, kini berada dalam peringkat awal pembangunan, berfungsi menerusi pengumpulan data berbentuk video dan gambar yang kemudiannya akan dianalisa oleh kumpulan pakar yang terdiri daripada para jurulatih yang memegang lesen jurulatih AFC B menerusi sistem rubrik oleh The Sekolah Bola.


Aplikasi PandaiBola juga bertindak sebagai satu platform yang bukan sahaja mampu melatih para pemain secara lebih sistematik malahan memberi kemudahan ibu bapa untuk mengenal pasti prestasi pemain selain dapat mencungkil bakat pemain di peringkat awal.


“Modul yang kita bangunkan memerlukan peserta melakukan tugasan tertentu, yang mana analisa akan dijalankan oleh para pakar kami menggunakan sistem Rubrik,” kata Yazid.



Salah satu modul yang diketengahkan adalah modul Karnival Sains Sukan yang telah mereka jalankan. Karnival ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada para pemain tentang bola sepak tetapi ianya juga memberi pengalaman kepada para pemain merasai pengalam seperti pemain profesional dengan menjalankan beberapa siri ujian fizikal.


Sistem rubrik serta modul latihan yang dibangunkan oleh pihak PandaiBola adalah hasil kerjasama pembangunan oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bahagian Jurulatih, pensyarah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) khusus dari bidang sains sukan, Jurulatih Badrulsham, Jurulatih Shafiq dari Prestigious Sports Society (PSS), serta dari team PandaiBola Jurulatih Tarmizi, Natasha dan juga En. Yazid yang merupakan jurulatih UEFA daripada Persatuan Bolasepak Wales.


Rubrik ini diwujudkan supaya sistem dan proses analisa yang diguna-pakai dapat mengenal pasti potensi pemain disamping data yang diperoleh menjadi bukti kebolehan serta kompetensi pemain bermula di peringkat seawal 7 tahun.


Pihak PandaiBola berharap agar mereka dapat merealisasikan pembangunan digital aplikasi PandaiBola seterusnya dapat membantu membangunkan sukan bolasepak di negara ini.


bottom of page