top of page

WWC 2025 Akur Kategori 'Junior' Batal, "Bukan Medan Pergaduhan"- Yusuf Azmi

  • Writer: MYB
    MYB
  • 7 hari lalu
  • 2 min membaca

KUALA LUMPUR – Penganjur Warzone World Championship 2025 (WWC 2025) tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan persepsi negatif dan salah faham yang melanda kejohanan itu, sambil mengesahkan pembatalan kategori 'Junior' (bawah umur) yang sebelum ini mencetuskan kontroversi.


WWC 2025 Akur Kategori 'Junior' Batal, "Bukan Medan Pergaduhan"- Yusuf Azmi
(Kiri-kanan) Penasihat undang-undang Warzone World Championship, Datuk Wan Azmir Wan Majid dan Yusuf Azmi selaku penganjur Warzone World Championship 2025

Dalam satu sidang media khas, penganjur acara, Yusuf Azmi, mengakui kelemahan komunikasi dan promosi awal telah menimbulkan gambaran seolah-olah WWC adalah "medan pergaduhan" atau 'street fight'.


"Saya ingin tegaskan di sini bahawa Warzone World Championship bukan medan pergaduhan bebas... tetapi satu platform seni tempur profesional yang menekankan nilai disiplin, keberanian dan kesukanan," jelas beliau.
WWC 2025 Akur Kategori 'Junior' Batal, "Bukan Medan Pergaduhan"- Yusuf Azmi

Tindakan segera itu diambil bagi menjernihkan keadaan selepas acara tersebut mendapat perhatian pelbagai pihak, termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS).


Menjawab isu paling hangat dibangkitkan iaitu penglibatan kanak-kanak, penganjur menjelaskan bahawa kategori "Junior" kini telah dimansuhkan sepenuhnya.


Menurut Yusuf Azmi, keputusan itu dibuat bagi akur dengan pekeliling baharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan, yang tidak membenarkan atlet di bawah 15 tahun menyertai sebarang pertandingan sukan tempur.


Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa perancangan asal kategori itu tidak melibatkan perlawanan fizikal berisiko tinggi, sebaliknya hanya menumpukan kepada aspek seni, teknik, dan disiplin bela diri.


"Kami ingin menegaskan bahawa Warzone World Championship menolak sebarang bentuk eksploitasi atau pendedahan berlebihan terhadap kanak-kanak dalam aktiviti berisiko," tambahnya.

WWC 2025 Akur Kategori 'Junior' Batal, "Bukan Medan Pergaduhan"- Yusuf Azmi

Bagi membuktikan keseriusan dan mendapatkan status sah, pihak penganjur mengesahkan telah menghantar surat rasmi kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.


Langkah itu diambil untuk tujuan pendaftaran dan pematuhan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997. Proses permohonan itu dilaporkan berjalan lancar dan kelulusan dijangka diterima dalam masa terdekat.


Pihak WWC 2025 turut memberi jaminan bahawa aspek keselamatan peserta dan penonton adalah keutamaan utama mereka.


Antara langkah yang diambil termasuk pemeriksaan kesihatan wajib bagi semua peserta sebelum pertandingan , kehadiran pasukan paramedik dan ambulans di lokasi acara sepanjang masa , serta pelaksanaan Protokol Sukan Selamat (Safe Sport Protocol) untuk melindungi semua pihak yang terlibat.


Selain itu, kejohanan ini akan diselia oleh panel juri profesional dan wasit berpengalaman daripada pelbagai disiplin sukan bela diri termasuk Muay Thai, Silat, Taekwondo, dan MMA.


Walaupun berdepan kontroversi, acara WWC 2025 dijadualkan tetap berlangsung pada 6-7 Disember 2025 di N9 Arena, Nilai, Negeri Sembilan. Penganjur kini komited untuk memastikan acara ini menjadi platform sukan tempur profesional yang selamat dan diiktiraf.



Komen


bottom of page