top of page
Writer's pictureMYB

Naquib Azlan Ketuai Pasukan Asia Tenggara Raih Tempat Keempat Dalam Le Mans Virtual 24 Jam

Pasukan dari Asia Tenggara mempamerkan kejaguhan mereka kepada warga sukan pemotoran apabila berjaya meraih tempat keempat dalam perlawanan simulator terbesar dunia, Le Mans Virtual 24 Jam pada Ahad.


Axle Sports milik Alex Yoong, mempertaruhkan dua pasukan yang bersaing dengan pelumba handalan seluruh dunia antaranya juara dunia Formula 1, Max Verstappen, Juan Pablo Montoya dan beberapa nama besar dalam perlumbaan simulator dunia


Le Mans Virtual 24 Hours
Wakil Malaysia, Naquib Azlan yang masih lagi segar dengan kejayaan di pentas SEA EC baru-baru ini memastikan Flash Axle memintas kedudukan YAS HEAT untuk berada di tempat keempat sebelum Anton mempertahankan kedudukan sehingga tamat perlumbaan.

Dalam kategori LMP, jentera bernombor 21 dari SEM9 Flash Axle yang dikemudi oleh pelumba negara Naquib Azlan, Inigo Anton dari Filipina, Mohammad Aleef dari Singapura serta Josh Purwien dari Australia berjaya meraih tempat keempat selepas melakukan percaturan taktikal yang berkesan dalam perlumbaan yang berlangsung selama 24 jam itu.


Biarpun dikenakan hukuman penalti dan terjatuh di kedudukan ke-12, wakil rantau ini tidak mengalah apabila Aleef mempamerkan pemanduan bertenaga untuk meletakkan pasukan di tangga kelima pada penghujung perlumbaan.


Wakil Malaysia, Naquib Azlan yang masih lagi segar dengan kejayaan di pentas SEA EC baru-baru ini memastikan Flash Axle memintas kedudukan YAS HEAT untuk berada di tempat keempat sebelum Anton mempertahankan kedudukan sehingga tamat perlumbaan.


Pengurus pasukan Alex Yoong berkata, “Saya amat berbangga dengan mereka. Mereka telah menggunakan pengalaman beraksi pada edisi tahun lalu dan akhirnya kita berjaya memperbaiki kedudukan jauh lebih baik. Saya sentiasa percaya mereka mampu untuk bersaing dengan pelumba handalan dunia."


Le Mans Virtual 24 Hours
Jentera bernombor 21 dari SEM9 Flash Axle yang dikemudi oleh pelumba negara Naquib Azlan, Inigo Anton dari Filipina, Mohammad Aleef dari Singapura serta Josh Purwien dari Australia berjaya meraih tempat keempat selepas melakukan percaturan taktikal yang berkesan dalam perlumbaan yang berlangsung selama 24 jam.

Bagi Naquib, beliau menganggap kejayaan ini sebagai satu lagi kejayaan manis buatnya selepas bergelar juara SEA EC baru-baru ini.


“Kami telah banyak memenangi perlumbaan dan kejuaraan sebelum ini. Tetapi ini adalah yang paling manis buat saya kerana perlumbaan 24 jam ini adalah perlumbaan yang berada di kelasnya tersendiri dan saya berbangga kerana dapat berlumba bersama-sama dengan pelumba terbaik dunia.


Pasukan SEM9 Flash Axle menamatkan saingan di tempat ke-10 secara keseluruhan bagi kategori LMP sementara SEM9 Axle menduduki tempat ke-15 dalam kelas GTE.


0 comments

Comments


bottom of page