top of page

Nostalgia Gemilang Di Konsert Rentas Masa, Empat Legenda Muzik Gegar Zepp KL

Writer's picture: MYBMYB

KUALA LUMPUR - Zepp KL bergegar dengan persembahan empat legenda muzik tanah air dalam Konsert Rentas Masa yang berlangsung pada malam Jumaat lalu. Datuk DJ Dave, Datuk Jeffrydin, Ziana Zain dan Datuk Awie berjaya memukau keseluruhan penonton dengan persembahan yang penuh nostalgia dan bertenaga.


Nostalgia Gemilang Di Konsert Rentas Masa, Empat Legenda Muzik Gegar Zepp KL
Datuk DJ Dave, Datuk Jeffrydin, Ziana Zain dan Datuk Awie menerima tepukan gemuruh dari penonton yang hadir ke Konsert Rentas Masa yang berlansung malam Jumaat lalu di The Zepp KL

Datuk DJ Dave membuka tirai persembahan artis veteran dengan medley hits klasik beliau termasuk "Denyutan Hati", "Menjelang Hari Raya", "Cinta Abadi" dan "Titisan Embun Pagi". Persembahan diteruskan dengan medley kedua yang merangkumi lagu-lagu ikonik seperti "Masa Yang Lepas Takkan Kembali", "Main Shair To Nahin", "Di Desa Kasihku Tertumpah" dan "Kawan Setia" yang berjaya mencetus sorakan gemuruh penonton.


Nostalgia Gemilang Di Konsert Rentas Masa, Empat Legenda Muzik Gegar Zepp KL
Sebuah persembahan bertenaga dari Datuk DJ Dave menyampaikan medley hits klasik seperti termasuk "Denyutan Hati", "Menjelang Hari Raya", "Cinta Abadi" dan "Titisan Embun Pagi".

Datuk Jeffrydin pula mengambil alih pentas dengan persembahan solo "Termenung" yang penuh nostalgia, sebelum membawakan lagu-lagu seperti "Siti Haida", "Seruling Anak Gembala" dan "Mas Mona" yang membuktikan suara emasnya masih utuh.


Nostalgia Gemilang Di Konsert Rentas Masa, Empat Legenda Muzik Gegar Zepp KL
Persembahan dari Datuk Jeffrydin menggamit memori sewaktu era Pop Yeh Yeh menjadi kegilaan ramai

Ratu pop era 90-an, Ziana Zain menyajikan persembahan yang memukau dengan hits-hits popular termasuk "Putus Terpaksa", "Anggapanmu" dan "Kekal". Penampilan Ziana dengan gaya yang bergaya dan suara yang masih mantap berjaya mengembalikan memori manis peminat kepada era kegemilangannya.


Nostalgia Gemilang Di Konsert Rentas Masa, Empat Legenda Muzik Gegar Zepp KL
Ziana Zain tampil memberikan persembahan yang ikonik

Datuk Awie menutup persembahan solo dengan pembawaan penuh bertenaga melalui lagu-lagu rock yang menjadi anthemnya seperti "Iris", "Istana Menanti" dan "Di Penjara Janji". Vokal rock Awie yang masih garang berjaya menaikkan tempo konsert dan menghangatkan suasana dewan.


Nostalgia Gemilang Di Konsert Rentas Masa, Empat Legenda Muzik Gegar Zepp KL
Datuk Awie menyampaikan lagu 'Istana Menanti' menyentuh perasaan setiap penonton yang hadir malam itu

Kemuncak konsert menyaksikan satu detik bersejarah apabila Datuk Jeffrydin dan Datuk DJ Dave berduet membawakan lagu "Kenanganku", mencetuskan standing ovation daripada penonton yang hadir.


Konsert yang berlangsung selama lebih dua jam ini turut menyelitkan tribut khas kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee melalui tiga segmen video kenangan, membuktikan pengaruh besar seniman agung tersebut dalam industri hiburan tanah air.


Nostalgia Gemilang Di Konsert Rentas Masa, Empat Legenda Muzik Gegar Zepp KL
Persembahan penutup dari Datuk Jeffrydin dan Datuk Awie berduet menyampaikan lagu 'Kenanganku'.

"Konsert ini bukan sekadar persembahan, tetapi ia adalah satu perjalanan nostalgia yang menghubungkan generasi melalui muzik," kata penganjur konsert ketika ditemui selepas persembahan.


Kejayaan Konsert Rentas Masa membuktikan bahawa muzik berkualiti tidak pernah luput ditelan zaman, dan legenda seperti Datuk DJ Dave, Datuk Jeffrydin, Ziana Zain dan Datuk Awie terus kekal relevan dalam industri muzik tanah air.


Gambar kredit: Maestro Ridwan



Commentaires


bottom of page