Penganjuran Festival Warisan India Malaysia MADANI Meriahkan Sambutan Deepavali
top of page
  • Writer's pictureMYB

Penganjuran Festival Warisan India Malaysia MADANI Meriahkan Sambutan Deepavali

Festival Warisan India Malaysia Madani merupakan Program Budaya dan Warisan India yang julungkali dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Sinar Matahari. Program ini disokong oleh Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan.


Ia sebagai salasilah Dasar Kebudayaan Negara yang sekaligus memelihara serta mewar-warkan Warisan Budaya dan Seni Rakyat Malaysia.


Festival ini akan diadakan pada 22 Oktober 2023, Ahad di Sekolah Jenis Kebangsaaan Tamil PJS 1, Seksyen 18, Petaling Jaya, Selangor. Pengisian bermula pukul 10.00 sehingga perasmian penutup pada pukul 5.00 petang.


Pelbagai acara bakal diadakan seperti Pertandingan Busana Warisan, Demo Kraf India, Demo Kulinari India, persembahan tarian dan seni serta pelbagai acara menarik lagi.


Program ini juga bersasarkan pendedahan kepada generasi baharu akan datang supaya sentiasa mengingati dan mengenali seni, budaya dan warisan khususnya bagi kaum india.


Program ini juga adalah permulaaan kempen Salam Lestari Malaysia dan Destinasi Warisan yang dicipta oleh SRCC Publicity dalam misi Sustainable Development Goals yang sedang disebarkan.



Persatuan Kebajikan Sinar Matahari sebagai Penganjur Program ini akan menjadi wakil kaum India dalam siri jelajah Salam Lestari Malaysia 2024.


Marilah bersama kami memeriahkan festival ini bagi meraikan Warisan kaum India bersempena sambutan perayaan Deepavali dan bagi menyahut seruan Malaysia MADANI yang diketengahkan melalui program ini.

0 comments
bottom of page