Program Kasih 21 Hari Mesra Gelandangan Terima Pengiktirafan The Malaysia Book Of Records
top of page
  • Writer's pictureMYB

Program Kasih 21 Hari Mesra Gelandangan Terima Pengiktirafan The Malaysia Book Of Records

Persatuan Muafakat Darul Ehsan (PAKAT) yang menaungi 115 organisasi bukan kerajaan (NGO) di bawah Program Kasih 21 Hari Mesra Gelandangan, baru baru ini telah mengadakan majlis penutup program tersebut di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.


Barisan selebriti tanah air (gambar) Daqmie, Abon, Zur Eda dan ramai lagi bersama turun padang menyantuni komuniti gelandangan sebelum penutupan Program Kasih 21 Hari Mesra Gelandangan anjuran Persatuan Muafakat Darul Ehsan (PAKAT) yang melibat gabungan 115 buah NGO.

Program yang julung kali diadakan itu telah menerima pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records MBOR) sebagai program amal gelandangan dengan penyertaan NGO terbesar di Malaysia.


Program Kasih 21 Hari Mesra Gelandangan dijalankan dengan tujuan menyantuni serta memperkasakan komuniti gelandangan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur yang bermula pada 2 Mac 2022 hingga 22 Mac lalu.


Niat murni dan kesungguhan untuk membantu pasti dipermudahkan sehingga ada kalanya mencapai perkara di luar jangka. Itulah yang dikongsikan Ketua Pengarah Program 21 Hari Kasih Mesra Gelandangan Datuk Seri Nor Hasnal.



Presiden Persatuan Muafakat Darul Ehsan (PAKAT), Dato Seri Nor Hasnal Hashmi

"Mula-mula rancang nak buat sehari atau dua hari saja seperti selalu. Entah macam mana nak buat kelainan, itu yang datang idea buat 21 hari. Ramai yang tanya saya, betulkah nak buat program selama 21 hari, siapa nak tanggung nanti?

“Bagi saya, bila sudah ada niat teruskan saja, dana fikir kemudian. Alhamdulillah dari awal mesyuarat hinggalah program ini dilaksanakan, Allah permudahkan segala urusan. Ada saja pihak yang tampil untuk menghulur bantuan.

“Kita jalin kerjasama dengan NGO yang sedia ada dan sehingga kini sudah ada 101 NGO yang turut serta. Hingga saat akhir masih ada lagi tiga NGO yang menyertai dan kesemuanya adalah 115 NGO yang mengambil bahagian,” katanya.


Antara lokasi yang dikunjungi oleh ahli NGO Program Kasih 21 Mesra Gelandangan setiap hari bermula pukul 8 malam hingga 10 malam adalah di kawasan Masjid Jamek, Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Chow Kit dan Jalan Ipoh.


Bercerita lanjut, program dengan tema Tangan Dihulur, Budi Ditabur, Kasih Disemai itu bertujuan membantu gelandangan dan insan terjejas akibat pandemik Covid-19 termasuk menyediakan barangan keperluan seharian dan juga makanan.


“Malah pelaksanaan program ini juga bertujuan untuk melahirkan ahli-ahli, pelapis pertubuhan serta persatuan yang jelas matlamat dan tujuannya serta lancar gerak kerjanya hasil daripada kesepakatan bersama.

“Diharapkan program ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak. Segala kerjasama dan sokongan semua pihak sama ada terlibat secara langsung atau tidak amat diharapkan,” katanya.


GALERI



Katanya, sepanjang program berlangsung, setiap hari 40 orang peserta dari setiap NGO akan bergerak menyantuni gelandangan sekitar Kuala Lumpur.

Setiap hari, 200 pek makanan dan barang keperluan asas seperti kit penjagaan kebersihan diri dan makanan kering diberikan selama 21 hari.

Jumlah sumbangan makanan dan kit kebersihan diri yang diberikan kepada gelandangan sepanjang program berjalan adalah sebanyak 4,500 pek.

Antara Artis yang menjayakan Program ini adalah Syura, Lan Solo, Ayu Damit, Daqmie, Afad Raihan, Zul 2by2, Abon, Zur Eda, Sheeida Dangdut, Ani mayuni, MAn Kidal, Rahmad Mega, Tokey Raja Lawak, Afee Utopia, Azri Kilauan Emas, Shafe RIO, Omma Akira.

bottom of page