Bertemakan ‘Semangat Lebaran Kita’, Astro sebagai stesen penyiaran utama negara sudah bersedia untuk mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadan dengan pengisian yang terbaik yang akan dipimpin drama-drama tempatan berkualiti tinggi, segmen bual bicara berbentuk kerohanian, program-program gaya hidup, realiti dan rancangan istimewa untuk kanak kanak dan filem-filem blokbuster dalam definisi tinggi menerusi Astro Ultra Box atau Astro Ulti Box.
Menurut Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi, Ramadan pada tahun ini merupakan sesuatu yang istimewa buat umat Islam di seluruh Malaysia kerana sudah dua tahun umat Islam Malaysia tidak dapat meraikan sambutan bulan Ramadan dengan sempurna.
“Demi menyemarakkan ‘Semangat Lebaran Kita’ untuk bulan Ramadan ini, Astro akan memeriahkan platform-platform televisyen, radio, aplikasi dan digital kami dengan menampilkan pelbagai bentuk rancangan baharu yang berkualiti merangkumi pengisian dalam baharu yang berkualiti merangkumi pengisian dalam pelbagai genre seperti drama, komedi, pelbagai genre kerohanian, pembelajaran, serta rancangan antarabangsa dan On Demand. Kami menjanjikan sajian kandungan baharu setiap hari untuk setiap selera tatapan penonton," ujar beliau.
Untuk memeriahkan lagi kempen Ramadan 2022, Astro juga telah melantik duta-duta ‘Semangat Lebaran Kita’ yang akan berinteraksi dengan penonton di laman jaringan sosial mereka tentang rancangan-rancangan kegemaran mereka. Duta-duta tersebut termasuk Danial Zaini, Erissa Puteri, Hun Haqeem, Nadhir Nasar, Wafiy Ilhan, Wani Kayrie dan Yaya Zahir serta Upin & Ipin.
Sepanjang bulan Ramadan 1443H, Astro terus berusaha menyajikan pengisian menarik lagi istimewa setiap hari buat tatapan rakyat Malaysia yang juga boleh distrim melalui aplikasi Astro GO di mana jua, pada bila-bila masa.
Drama Hebat, Lakonan Mantap!
Pengisian drama di Astro akan diteraju oleh drama bersiri ‘Jangan Menangis Cinta’ di slot Megadrama yang dibintangi Amyra Rosli dan Remy Ishak. ‘Jangan Menangis Cinta’, terbitan SR One adalah penterjemahan layar nukilan Siti Rosmizah Semail, penulis ternama yang juga menghasilkan karya karya hebat seperti ‘Lafazkan Kalimah Cintamu’, 'Curi Curi Cinta' dan ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’. Di saluran yang sama, peminat drama juga dapat menyaksikan siri mini istimewa bertajuk ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ yang akan menampilkan Emma Maembong, Fikry Ibrahim dan Nadhir Nasar sebagai peneraju watak-watak utama.
Drama-drama ini boleh ditonton di saluran definisi tinggi Astro Ria HD (104). ‘Dendam Seorang Isteri’ pimpinan Sharulezad Mohameddin dan diterbitkan oleh Radius One, adalah adaptasi drama bersiri Korea popular yang berjudul ‘Temptation of Wife’. Adaptasi ini akan menyaksikan persembahan Fasha Sandha, Nad Zainal, Wan Raja dan Aidit Noh. ‘Dendam Seorang Isteri’ akan tersedia di saluran Astro Prima HD (105).
Untuk sajian seterusnya, RIA meneruskan hidangan drama siri ‘Pok Ya Cong Codei Memburu Siti’ hasil lakonan dan arahan Sabri Yunus. Drama siri ini diangkat dari telemovie popular, ‘Pok Ya Siti Di Hati’ yang menempah tempat sebagai telemovie ketiga paling popular di CITRA.
Pengisian Rohani Semarakkan Fitrah Ramadan
Demi menyemarakkan fitrah Ramadan tahun ini, saluran Astro Oasis HD (106) bakal membawa satu pendekatan baharu dalam mengimarahkan masjid-masjid bersama rancangan berbentuk travelog ‘Rockstar Ke Masjid’. Penonton dapat menyaksikan barisan Rockstar kita melakukan 'street dakwah' dan busking untuk mengumpul dana buat masjid-masjid yang memerlukan di samping bergotong-royong untuk mencantikkan masjid tersebut.
Saluran Astro Oasis juga akan kekal meneruskan rancangan sedia ada bersama Fakhrul dalam program ‘Tazkirah Malam Jumaat’, bagi menghuraikan persoalan persoalan berkenaan dakwah, akidah dan tauhid. Manakala ‘Geng Ngaji’ juga akan kembali lagi untuk musim ketiga.
Gaya Hidup, Merapatkan Ukhuwah
Peminat Chef Wan akan dapat bersama beliau lagi sepanjang bulan Ramadan ini di Saluran Astro Oasis HD (106), melalui rancangan ‘Kembara Chef Wan’, Kali ini pengembaraan Chef Wan akan membawa penonton menerokai keindahan dunia makanan, budaya dan warisan di negara-negara Timur Tengah.
Kak Lina Pom-Pom (Elly Mazlein) akan ditemani selebriti jemputan untuk melawat destinasi-destinasi makanan viral tempatan dan memasak juadah istimewa untuk berbuka puasa. Program ini akan mempamerkan sisi berbeza selebriti jemputan melalui gurauan nakal dengan pengacaranya, tugasan memasak yang mencabar, serta sesi mukbang dan ASMR. Tontoni Kelentang Kelentung Pom Pom ini di saluran Astro Ria HD (104).
Di saluran Astro Prima HD (105) dan Prima (125), sebuah rancangan realiti-majalah baharu, ‘Jejak’ akan memaparkan aktiviti amal kebajikan serta mendekati golongan masyarakat yang memerlukan, tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama. Jejak akan menampilkan usaha selebriti dari pelbagai bidang seperti pakar motivasi, pendakwah, pelawak serta selebriti hiburan tanah air.
Bergelak Ketawa Mengubat Kelesuan
Bagi menghilangkan kelesuan setelah seharian berpuasa, saluran Astro Warna HD (108) bakal terus membekalkan rancangan-rancangan komedi yang telah tersedia menjadi minat ramai seperti ‘Megalawak’ dan ‘Sepahtu Al Puasa 2022’.
Astro Warna juga buat julung kalinya akan mempersembahkan sebuah animasi selebriti pertama di Malaysia ‘Lu Pikir La Nabil TuuDeh..!’. Diilhamkan dari kisah zaman remaja pelawak ternama Nabil Ahmad, siri animasi ini bakal mencuit hati penonton.
Berhibur Sambil Belajar Untuk Anak-Anak
Tidak ketinggalan, khas untuk kanak-kanak, pelbagai rancangan juga telah disusun untuk menghibur sambil mencurah ilmu menepati semangat bulan Ramadan yang mulia, dengan saluran Ceria mengangkat tema #CeriaSLK, selari dengan tema utama Astro tahun ini. Melalui tema ini, kanak kanak digalakkan untuk kongsikan semangat bulan Ramadan mereka di laman sosial Ceria dan menggunakan hashtag #CeriaSLK.
Saluran Astro Ceria HD (611) dan Ceria (631) akan mengetengahkan sebuah siri animasi baru ‘Hafiz dan Hafizah’ yang bakal membawa anak-anak mengembara bersama pasangan kembar Hafiz dan Hafizah berserta rakan-rakan mereka
Platform Digital dan Astro First
Kemeriahan ‘Semangat Lebaran Kita’ juga turut diserukan dengan pengisian segar lagi original. Gempak akan membawakan sebuah drama komedi, ‘Beriani Gam Kak Aspalela’.
Peminat dunia komedi tanahair pastinya terkesan dengan kehilangan bakat besar tatkala sutradara terkenal Allahyarham Mamat Khalid kembali ke Rahmatullah pada penghujung tahun lalu. Bulan Ramadan ini akan menemukan penonton Gempak dengan kemunculan terakhir Allahyarham di kaca TV, ‘Warung Pak Jabit.
Melalui program ini, Allahyarham Mamat Khalid bersama anaknya Adam akan memperkenalkan menu-menu resipi tradisional yang telah lama dilupakan kaedah pembuatannya sambil diselangkan dengan adegan-adegan lucu dan watak-watak popular daripada karya-karya beliau yang terdahulu. Siri ini turut diarahkan oleh salah seorang anak Allahyarham, Amen Khalid.
Sementara itu, Astro First akan mempersembahkan 6 buah tajuk pengisian yang segar dan orginal dalam pelbagai genre drama dari romantik komedi, seram, misteri fantasi dan aksi, khas buat hiburan pelanggan Astro sepanjang Ramadan ini.
Platform Radio
Bagi menyahut seruan kempen ‘Semangat Lebaran Kita’ untuk Ramadan 1443H, jenama-jenama Astro Radio seperti ZAYAN, ERA, SINAR dan GEGAR turut menyajikan pengisian yang bersesuaian dengan sambutan bulan mulia ini.
Di saluran ZAYAN, pendengar boleh mengambil iktibar tentang fadhilat Ramadan dalam program ‘ZAYAN Fikir Istimewa’. Keindahan tarawikh pula akan diceritakan melalui ‘Tarawikh Talk’, sebuah perbincangan bermanfaat tentang keistimewaan solat tarawikh bersama Mawi dan Anas, serta tetamu jemputan.
Para pendengar ERA juga berpeluang untuk berbuka bersama JoHaRa Pagi ERA dengan mengambil bahagian dalam ‘Berbuka JoHaRa’. Pendengar boleh mendaftar di talian dan pemenang bertuah akan dikunjungi oleh JoHaRa Pagi ERA di rumah mereka.
Di bulan mulia ini, peminat boleh turut mendapat manfaat dalam ‘Goodday Berkat Sepakat Bersama ERA’, program tanggungjawab sosial untuk memberi barang keperluan kepada penduduk di sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru. Manakala ERA Sabah pula akan menganjurkan ‘Pes Sungkai Sama’, aktiviti berbuka bersama mereka yang kurang berkemampuan dan mengambil alih tugas warga Sabah seketika, sewaktu mereka berbuka puasa.
Sempena bulan Ramadan yang penuh keinsafan ini, Pagi Di SINAR akan berkongsi rezeki dalam ‘SINAR Belanja Sahur’, di mana personaliti SINAR akan belanja pendengar bersahur di kedai makan terpilih, serta membuka peluang kepada pendengar untuk memohon kemaafan daripada sesiapa yang mereka inginkan melalui progam ‘Projek Kemaafan’ di udara.
Para pendengar GEGAR di Pantai Timur juga boleh mendapatkan sejadah eksklusif dalam ‘Projek Sejadah’ yang akan diagihkan kepada pendengar untuk meraikan bulan Ramadan, serta berpeluang menyaksikan video personaliti GEGAR dalam ‘Vlog GEGAR Berbuka dan Moreh’, aktiviti menghayati bulan ramadan seperti berbuka puasa, solat tarawikh, moreh dan sebagainya di platform media sosial.
Go Shop
Sempena dengan sambutan Ramadan and Syawal 1443H, Go Shop juga telah melancarkan kempen ‘Salam Ramadan Bersama Go Shop’ sehingga 10 April.
Berslogankan ‘Sambutan Lebih Kepelbagaian’, Go Shop menawarkan Diskaun Berganda sehingga RM50 di mana apabila pelanggan menggunakan kod promo ‘GS25’, pembelian pertama membolehkan pelanggan mendapat potongan RM25, dan potongan tambahan RM25 akan diberi untuk pembelian seterusnya. Juga ditawarkan Baucar Kejutan 11.00 pagi dan Promosi Kejutan 9.00 malam, setiap hari!
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan tawaran hebat untuk sambutan lebih kepelbagaian sepanjang Ramadan ini, layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop menerusi Google Play dan App Store.
Pek Astro
Pek Movies
Nikmati rancangan-rancangan kegemaran anda di HBO, Disney+ Hotstar, tvN Movies dan lebih 95 saluran bersama keluarga anda tanpa had! Dari 16 Februari - 31 Mei, langgani Astro dari serendah RM94.99 sebulan dan dapatkan 30 hari percuma! Layari astro.com.my (Movies Pack) atau WhatsApp “GET Astro” ke 03 9543 3838 untuk mendapatkan tawaran ini.
Astro Rewards
Dari 11 April - 11 Mei, pelanggan-pelanggan Astro berpeluang untuk memenangi baucar percutian (termasuk tiket penerbangan dan penginapan), tudung eksklusif dari dUCK, diskaun perabot daripada Fella Design, diskaun baju raya keluaran Hatta Dolmat dan banyak lagi menerusi Astro Rewards! Layari astro.com.my/rewardsraya untuk maklumat lanjut.
Astro Fibre #WiFiKencang
Dapatkan internet fibre (50Mbps), pakej Pek Primary ASTRO, peranti jaringan percuma (bernilai RM129) dan hayati lagu tema Aidilfitri 'One Home One Internet', “Senandung Hari Raya Untukmu” nyanyian oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Aliff Aziz.
Comments