• MYB

Sajian Nusantara Dan Istana Brunei Jadi Tarikan Bufet Ramadan Di Santapan Ummis Hijau Kasturi

Pada anda yang masih tercari cari dimana ada tawaran bufet Ramadan dengan hidangan bertaraf hotel pada harga mampu bayar, Santapan Ummis Hijau Kasturi mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk menikmati aneka hidangan lazat di sepanjang bulan ramadan ini.


Tulang belakang Santapan Ummis Hijau Kasturi Cef Haji Fauzi dan Cef Hajah Norziah

Meneruskan konsep yang sudah menjadi identiti mereka dikalangan pelanggan tetap, seleksi bufet yang telah bermula sejak 4 April 2022 lalu, akan berlansung sehingga 29 April 2022 nanti dengan lebih 30 jenis makanan daripada hidangan tradisional Melayu bakal tersedia dengan tema yang berbeza pada setiap hari. Namakan sahaja, sajian Semenanjung Malaysia sehingga ke Sabah dan Sarawak, sajian Nusantara dari Indonesia serta Brunei pastinya akan menambat selera mereka yang merasainya kelak.


Buat mereka yang mengenali pasangan suami isteri yang juga merupakan pemilik serta cef di restoran ini, Cef Haji Fauzi dan Cef Hajah Norziah sudah pasti sedia mengetahui akan kehebatan air tangan mereka dalam menyediakan aneka sajian. Di kesempatan itu, pengalaman pasangan suami isteri ini yang pernah berkhidmat sebagai cef peribadi di Istana dan kerabat DiRaja Brunei sehingga kini dikongsikan menerusi santapan Istana yang akan turut disertakan bersama dalam seleksi bufet berbuka puasa Santapan Ummis Hijau Kasturi .


Antara menu Istana Brunei yang menjadi sorotan utama Ramadan ini adalah Nasi Kebuli, Kurma Ayam, Daging Pindang Brunei, Ikan Liking, Gulai Lemak Rebung Dengan Pucuk Manis, Masak Hitam Hati Buyah (Paru Lembu), Sambal Ikan Tahai, Pais Daging, Sambal Urat-Uratan, Kelupis Brunei dan Kuih Serabai Durian.



Bagi menambah keterujaan, konsep restoran turut disuntik dengan hiasan elemen Melayu seolah-olah sangat mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja ke Ummis Hijau Kasturi. Bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung pula, surau turut tersedia di bahagian dalam restoran serta ruangan parkir yang begitu luas di tingkat bawah premis. Malah kelengkapan set audio turut disertakan bersama untuk penganjuran sebarang majlis.



Dengan harga RM35.90 (bersih) untuk dewasa dan RM17.90 (bersih) untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah* dan warga emas berumur 60 tahun ke atas, Santapan Ummis Hijau Kasturi sekaligus menjadi antara bufet Ramadan yang termurah di ibu negara pada tahun ini.


Dalam masa yang sama, Ummis Hijau Kasturi turut mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam prosedur operasi standard (SOP) pengendalian restoran. Untuk itu, pihak mereka telah menetapkan hanya menerima 70 orang pengunjung dalam satu masa sahaja.


Pelakon Katy Azean, penyanyi Ani Maiyuni (GV8) dan Rozita Rohaizad antara artis tanah air yang memilih untuk berbuka di Santapan Ummis Hijau Kasturi


Selain itu, Ummis Hijau Kasturi sering menjadi pilihan kebanyakan syarikat korporat terkenal dalam menyediakan katering majlis mereka. Antaranya seperti Gamuda, BERNAMA, Astro dan banyak lagi, selain pilihan ramai selebriti tanah air. Jadi jangan terkejut sekiranya anda bertemu dengan selebriti pujaan disini.


Sebagai info, restoran ini juga dibuka pada setiap hari untuk sajian Melayu Asli, Nusantara dan Barat. Perkhidmatan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atas talian juga tersedia untuk kawasan sekitar.


Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan Ramadan** atau sebarang acara hubungi talian 03-40324383(pejabat),017-6534133(operasi) atau 011-23058511(pengeluaran/production).


*harga promosi kanak-kanak terhad kepada maksimum tiga orang kanak-kanak bagi setiap keluarga


** Bayaran deposit 60% perlu dijelaskan bagi tujuan tempahan



Waktu Operasi Bulan Ramadhan :


Setiap hari bermula jam 6.30 petang hingga 9.00 malam


Waktu Operasi Harian :


Dibuka pada setiap hari kecuali Isnin bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang



Santapan Ummis Hijau Kasturi


​​G3A. Sentul Village Service Apartment, No 10. Jln Sentul Perdana, Sentul, 51200, Kuala Lumpur.


Facebook : https://www.facebook.com/ummis.hijaukasturi.9

Instagram : https://www.instagram.com/ummis_hijaukasturi/




0 comments