top of page
  • MYB

Sambutan Krismas Penuh Magis Menanti Pengujung Di Suria KLCC, Alamanda Putrajaya Dan Mesra Mall

Seiring dengan ambang musim Krismas yang bakal kunjung tiba, suasana Suria KLCC akan dimeriahkan dengan kehadiran Santa Klaus dan buniannya yang bakal menghadiahkan pelbagai hadiah dan alat permainan kepada para pengunjung.


Hiasan Krismas bertemakan 'Santa Claus Workshop' menghiasi ruang legar Centre Court pusat membeli belah terkemuka Suria KLCC

Melalui kempen Hari Krismas Suria KLCC, para pengunjung dijemput untuk berkunjung ke bengkel Santa yang akan bertempat di “Centre Court” sehingga 25 Disember 2022. Pengunjung juga bakal dirai dengan keindahan hiasan dan alunan meriah yang sinonim dengan sambutan hari Krismas. Santa Klaus bersama buniannya akan mengedarkan hadiah di karusel alat permainan. Sebuah hiasan menara jam yang akan berbunyi setiap jam diiringi dengan melodi perayaan yang akan ditemani bunian yang akan bergerak secara beriringan.


Para pembeli juga berpeluang untuk membuat pendaftaran di skrin interaktif yang akan digunakan untuk aktiviti “Naughty or Nice” oleh Santa yang mana para pembeli berpeluang untuk mendapatkan hadiah kejutan. Hadiah kejutan ini adalah terhad untuk 100 pembeli setiap hari.


Pembeli juga akan menikmati kemeriahan membeli belah bersempena sambutan Krismas di Suria KLCC. Satu sudut paparan kad ucapan juga akan disediakan untuk pembeli menghantar ucapan perayaan kepada yang tersayang melalui kad ucapan Krismas Suria KLCC. Kanak-kanak juga berpeluang menyertai bengkel “Santa Workshop Alive!”. Aktiviti mewarna pelbagai watak Krismas yang mana hasil kraf tersebut akan disiar di skrin layar bakal menanti si kecil.


Para pembeli berpeluang untuk bersua muka bersama Santa Klaus pada sesi hujung minggu tidak ketinggalan dengan pemberian lolipop secara percuma untuk pengunjung kanak-kanak.


Pelbagai latar belakang perayaan juga tersedia untuk digunakan oleh para pengunjung merakam detik bermakna bersama. Karusel Bengkel Santa bersaiz kecil akan di letakkan di “Ramlee Mall” di Aras 1, manakala kaunter simpanan hadiah dan alat permainan akan diletakkan di pintu masuk “Ampang Mall” dan “Ramlee Mall”. Kereta Berkuda Santa boleh dilihat di pintu masuk “Park Mall” yang mana ruangan pemberian hadiah juga boleh didapati di situ. Kiosk foto perayaan dan juga cetakan foto dan e-foto percuma akan disediakan untuk pembeli merakam memori bersama yang tersayang.


Ketua Pegawai Eksekutif, Suria KLCC, Andrew Brien menyalakan hiasan pokok krismas ikonik tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 100 kaki di kawasan The Esplanade, Suria KLCC sewaktu pelancaran Kempen Hari Krismas Suria KLCC baru baru ini.

Pokok Krismas ikonik setinggi 100 kaki adalah hiasan pokok krismas mewah yang tertinggi di Malaysia, sekali kali lagi akan membuat penampilan di “The Esplanade” untuk menyapa ketibaan para pengunjung. Selain dari pelbagai aksesori unik dan bergemerlapan yang akan digantung di pokok tersebut, pelbagai hadiah juga akan di letakkan sebagai hiasan utama di ruang bawah pokok krismas tersebut sinonim dengan tema bengkel Santa. Dekorasi ini mampu memberikan peluang untuk pengunjung mengambil gambar yang lebih mesra dengan panggilan “insta worthy”.


Kemeriahan membeli-belah bersempena perayaan Krismas tidak lengkap dengan peluang untuk membawa pulang ganjaran. Pembeli yang berbelanja RM1,500 ke atas melalui dua resit pembelian daripada mana-mana kedai terpilih bermula dari 25 November sehingga 18 Disember 2022 akan menerima e-baucar Suria KLCC (SKLCC) melalui Program Ganjaran Pembeli. Bagi mereka yang berbelanja RM3000 dan ke atas melalui dua resit daripada mana-mana kedai terpilih akan menerima rantai tangan Pandora yang bernilai RM600.


“Dengan kepelbagaian ganjaran kami berharap untuk membantu jualan para peruncit dengan sambutan perayaan yang meriah sebagai tirai penutup untuk tahun ini,” ucap Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif, Suria KLCC.


Tambah Brien, “Sambutan Krismas sentiasa menjadi sambutan yang amat penting buat kami di Suria KLCC melihat dari sudut kemeriahan suasana yang kami sediakan untuk pembeli. Bagaimanapun, kami tidak lupa untuk memastikan tahap keselamatan yang tinggi untuk setiap pengunjung bagi mengekalkan persekitaran yang terlindung menginjak sambutan akhir tahun.”


“Kesimpulannya, sambutan Krismas bukan dinilai dari sudut dekorasi yang meriah dan paparan yang indah semata-mata. Ia adalah sambutan yang sinonim dengan saat meluangkan masa bersama mereka yang tersayang. Selepas mengharungi tempoh gitar yang baru sahaja berlalu, terlalu banyak detik bersama yang sewajarnya kita raikan.”



Selaras dengan inisiatif Program Kesedaran Kesihatan Mental, Suria KLCC akan memberi sokongan kepada Kumpulan Green Ribbon melalui hasil jualan Pin Reben Suria. Pin reben tersebut boleh didapati di kaunter pertanyaan Suria KLCC dengan harga RM10 setiap pin.


KEMERIAHAN KARUNGAN HADIAH DAN ANEKA PERMAINAN DI ALAMANDA PUTRAJAYA


Tidak ketinggalan, Pusat Beli Belah Alamanda Putrajaya juga bakal mengadakan Kempen Krismas yang akan menyediakan Bengkel Santa bermula dari 25 November sehingga 25 Disember 2022. Anjung “Centre Court” bakal dilengkapi dengan pelbagai permainan kanak-kanak yang akan dihiasi di atas mesin penghantar automatik yang mana sudah semestinya akan memberi kemeriahan suasana di kalangan pengunjung.


Pelbagai persembahan dan aktiviti Krismas akan diadakan bagi menyemarakkan lagi suasana membeli-belah. Para pembeli juga turut akan dihiburkan dengan pertunjukan silap mata, tarian dan akrobatik Krismas di anjung “Centre Court”.


Untuk menceriakan lagi pengalaman membeli-belah, pembeli yang berbelanja RM500 dan ke atas melalui dua resit daripada mana-mana kedai terpilih akan menerima satu baucar beli-belah Alamanda bernilai RM30. Melalui Program “High Spender Rewards”, pembeli yang berbelanja RM1,500 ke atas melalui dua resit daripada mana-mana kedai terpilih akan menerima satu baucar beli-belah Alamanda bernilai RM80 selagi stok masih ada.



Pada Ambang Krismas dan Hari Krismas juga, Santa Klaus akan membuat penampilan istimewa untuk menyambut ketibaan para pembeli. Pembeli berpeluang untuk merakam detik keraian tersebut dengan mengambil gambar bersama Santa Klaus semasa pemberian gula-gula secara percuma kepada kanak-kanak.


Kepelbagaian seleksi bengkel yang bertemakan Krismas akan dianjurkan untuk VIKids. Setiap ahli VIKids berpeluang menyertai bengkel yang tersedia dan pernyataan adalah terhad berdasarkan konsep “first-come-first-serve”.


Antara bengkel menarik adalah bengkel “Gingerbread Man Decoration” dan “Waterless Snow Globes”. Bagi kanak-kanak yang belum mendaftar sebagai ahli VIKids, pendaftaran keahlian boleh dibuat untuk menyertai bengkel tersebut.


SAMBUTAN KRISMAS DI MESRA MALL


Kempen Krismas di Mesra Mall Terengganu bakal berlangsung bermula dari 1 Disember sehingga 25 Disember 2022. Memandangkan sambutan Krismas amat sinonim dengan kehadiran salji, Mesra Mall akan memeriahkan suasana dengan hiasan perayaan yang bertemakan “White Christmas”.


Tebusan ganjaran program Krismas di Mesra Mall turut berlangsung sepanjang tempoh perayaan bagi menggalakkan pengalaman bermakna buat semua. Pembeli yang berbelanja RM350 ke atas melalui dua resit daripada mana-mana kedai terpilih layak menebus sebuah balang simpanan kaca.


Sementara itu, pembeli yang berbelanja RM500 ke atas melalui dua resit daripada mana-mana kedai terpilih akan menerima satu set kombo balang simpanan kaca yang mengandungi dua balang simpanan bersaiz 800ml dan juga sekeping baucar beli-belah bernilai RM50.


Pembeli juga boleh beramah mesra bersama Santa Klaus semasa dua sesi lawatan pada hari Krismas tersebut pada jam 3.00 petang dan juga 5.00 petang. Semasa tempoh ini, kanak-kanak berpeluang mendapatkan gula-gula percuma.


Untuk info lanjut, layari:

i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall


0 comments
bottom of page