• MYB

Sepi Di Pentas Hiburan Perdana, Helmi Gimmick Aktif Sebagai Pengarah Pemasaran Di Smart Bio Group

Helmi Harun (62) atau lebih dikenali dengan nama pentasnya 'Helmi Gimmick' bukanlah satu nama asing di pentas hiburan tanah air. Kareer beliau sebagai penghibur serba boleh, pengacara serta kemampuannya menguasai beberapa bahasa asing membuatkan beliau popular bukan sahaja di Malaysia bahkan di luar negara.


Smart Bio Group Sdn Bhd
Dari kiri : Dr. Helmi Gimmick, Pengarah Pemasaran, SmartBio Golden Remedy bersama Encik Muhammad Shukri Amin, Ketua Pegawai Eksekutif SmartBio Group Sdn Bhd,

Dek kerana kelebihan itu, Helmi juga turut pernah dilantik oleh beberapa syarikat-syarikat jualan lansung (MLM) terkemuka sebelum ini sebagai juru cakap kepada produk jualan mereka sekaligus membantu membina kepercayaan pengguna serta meningkatkan jualan produk keluaran syarikat tersebut .


Walaupun sudah hampir 15 tahun beliau menyepikan diri dari pentas 'mainstream' hiburan tempatan, Helmi yang sebelum ini juga terkenal sebagai pengacara program popular 'Famili Ceria', rupa-rupanya ligat menerima undangan sebagai penghibur dan pengacara di acara korporat dan 'private function' anjuran syarikat-syarikat korporat di seluruh negara hingga ke seberang tambak selain mengendalikan beberapa siri motivasi serta program pembangunan usahawan.


Kejayaan tidak terhenti disitu buat Helmi apabila berkat usaha keras serta pengalaman selama lebih 30 tahun dalam bidang pemasaran beliau dianugerahkan gelaran terhormat Doktor Kehormat Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Sabi, Perancis pada 2019.


Tahun 2022, Helmi menambah satu lagi pencapaian peribadi dalam resumé kareer beliau apabila dilantik sebagai ahli lembaga pengarah merangkap Pengarah Pemasaran di Smart Bio Group Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera tempatan yang memfokuskan kepada kajian dan pembanguan (R&D) serta penghasilan produk isi rumah dan kesihatan berasaskan tumbuhan herba Cendawan Merah atau Lingzhi dan Mengkudu yang juga dikenali sebagai buah Noni.


Helmi Gimmick ditemui baru-baru ini semasa majlis berbuka puasa bersama karyawan dan media di Shah Alam. Pada majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Smart Bio Group Sdn Bhd, Encik Muhammad Shukri Amin secara rasmi telah mengumumkan perlantikan Helmi Gimmick sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah merangkap Pengarah Pemasaran Smart Bio Group.


Mengulas lanjut, Encik Shukri menjelaskan bahawa pelantikan Helmi Gimmick sememangnya berdasarkan pengalaman dan kepakaran beliau selama 30 tahun di dalam bidang jualan langsung.


Perkara ini diakui sendiri oleh Helmi Gimmick, beliau menerima tawaran perlantikan jawatan tersebut bukan disebabkan penggunaan nama semata-mata tetapi beliau ditawarkan penglibatan penuh di dalam semua aktiviti syarikat.


Smart Bio Group Sdn Bhd juga dijangka akan meningkatkan kos pemasaran dengan memberi fokus dalam pengiklanan berbanding kos yang dibelanjakan sekarang sekitar RM30 ribu setahun.


Untuk Smart Bio Gruop dikenali umum, Helmi juga turut mencadangkan beberapa pelan promosi jangka panjang serta penglibatan Smart Bio Group Sdn Bhd sebagai penaja kepada mana-mana program televisyen serta melantik selebriti tempatan yang sedang meningkat naik sebagai duta seiring dengan perkembangan pasaran serta kemampuannya dalam mengetengahkan produk syarikat.


Smart Bio Group Sdn Bhd

Pada 2 April 2022 yang lalu, Smart Bio Group Sdn Bhd telah melancarkan kerjasama kesihatan dengan dengan Koperasi Karyawan dan Persatuan Karyawan dalam membantu artis-artis tempatan terutamanya mereka yang mengalami masalah kesihatan.


Majlis yang turut sama dihadiri oleh artis-artis veteran di bawah KARYAWAN ini bertujuan untuk memberikan sumbangan dalam bentuk produk kesihatan untuk kegunaan artis-artis tersebut.


Helmi Gimmick yang juga merupakan stokis Grand Master untuk rangkaian produk tersebut telah memberikan penerangan yang lengkap dalam pembentangan beliau untuk memberi peluang perniagaan kepada para usahawan dan peniaga-peniaga sambilan untuk membangun ekonomi umat Islam di dalam pasaran BMF dan pasaran lain.


Selain itu ia juga dilihat sebagai misi untuk membangunkan ramai usahawan Muslim untuk berkongsi pendapatan dengan menyebarkan produk Golden Remedy ke seluruh negara dan luar negara sehingga berjaya.


Antara produk-produk terbaik keluaran Golden Remedy ialah Kopi Cenkudu Sure Hot, Sure Beauty Kopi Kologen, Sure Power Noni Mengkudu, Sure Ganoney Jus Mengkudu Lingzhi, Sure Noney Jus Mengkudu Asli, Sure Tealicious, Ubat Gigi Mengkudu dan Balm Sure Mengkudu.



0 comments