Sheng Tai International Anjur Pertunjukan Amal Fesyen The Straits Gala Melaka 2023 Eid Mubarak
top of page
  • Writer's pictureMYB

Sheng Tai International Anjur Pertunjukan Amal Fesyen The Straits Gala Melaka 2023 Eid Mubarak

Susulan kejayaan penganjuran acara amal pertunjukan fesyen The Straits Gala Melaka 2022 Eid Mubarak tahun lalu, seramai lima belas pereka fesyen baharu dan lama sekali lagi bergabung dalam satu pertunjukan amal fesyen Eid Mubarak 2023 anjuran Sheng Tai International (STI) yang telah berlansung di Dewan Hotel Ames, Ayer Keroh,Melaka baru-baru ini.



Majlis pertunjukan fesyen The Straits Gala Melaka 2023 telah dihadiri oleh tetamu-tetamu kenamaan seperti Tengku Dato Dr Hishammuddin Zaizi dan isteri, Che Puan Datin Hezeita Dr Mohd Hafidz, Raja Shuibah Almahrum Tuanku Sultan Idris Shahdan Datuk Haji Akbar Bin Haji Samon serta tetamu kehormat yang lain.


Pertunjukan fesyen yang merupakan projek rintis The Straits Designers' Gallery untuk menjadi Melaka sebagai hub fesyen terkemuka dirantau ini telah disertai oleh barisan pereka fesyen antaranya Jonathan Kok, Farel Mikhail, Kenny Loh, Faridz Salleh, Qif Alvarez, Yani Bakthiar dan Melvin Shah.



Keseluruhan koleksi yang ditampilkan para pereka pada pertunjukan tersebut menampilkan gabungan tekstur, corak dan potongan yang menyerlahkan rekaan bertemakan lebaran termasuk pakaian tradisional serta moden, temasuk baju melayu dan baju kurung dengan sutera dan labuci dalam pilihan warna warni pelangi yang hebat, terang serta aksesori pelengkap yang menakjubkan dengan mengambil inspirasi daripada budaya Malaysia, reka bentuk menghidupkan intipati sambutan Hari Raya yang meriah.


Pengerusi Sheng Tai International dan Ketua Pegawai Eksekutif The Straits Designers' Gallery, Dato' Leong Sir Ley

“Impian saya mahu menjadikan Melaka sebagai bandar fesyen dan budaya. Saya mahu memastikan bahawa kami menawarkan jenama dan pereka tempatan ruang untuk berkembang dan sokongan yang mereka perlukan untuk mencapai status antarabangsa.


"Mana tahu, suatu hari nanti kita mempunyai hotel, fesyen dan barangan rumah kita sendiri berjenama Malaysia," ujar Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif The Straits Designers' Gallery, Dato' Leong Sir Ley yang juga Pengasas Sheng Tai International ketika ditemui pada majlis Malam Gala Fesyen Eid Mubarak 2023.


Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Operasi merangkap Pengarah Fesyen The Straits Designers' Gallery, Liam Yiu , galeri fesyen berkenaan telah mula beroperasi pada tahun 2019.


“Ia dibina bertujuan mengumpulkan pereka fesyen tempatan dan antarabangsa di Melaka untuk mempromosikan jenama dan perniagaan mereka. Jenama fesyen tempatan juga ditawarkan peluang untuk duduk setanding dengan jenama mewah antarabangsa yang dibawa masuk oleh SDG,” ujar Liam yang mempunyai pengalaman luas dalam industri fesyen waima latar belakangnya sebagai pelakon profesional dan pengacara TVB Hong Kong.



Menurut Farel Mikhail yang merupakan salah seorang pereka fesyen yang turut serta dalam pertunjukan tersebut memberitahu, "Kebanyakan rekaan yang akan saya tampilkan buat jualan di SDG adalah eksklusif dan tidak akan diperoleh di Kuala Lumpur dan saya menyokong sepenuhnya idea daripada Dato Leong untuk menjadikan Melaka sebagai bandar fesyen supaya pelancong tidak hanya tertumpu membeli-belah di Kuala Lumpur sahaja bahkan Melaka sebagai bandar bersejarah mampu menyediakan fesyen 'high end' yang berkualiti tinggi dan setanding rekaan fesyen antarabangsa."


Pertunjukan fesyen Eid Mubarak 2023 telah diserikan dengan persembahan oleh tiga selebriti popular tanah air seperti Aiman Tino, Ezlynn dan Hael Husaini termasuk pertunjukan kebudayaan serta persembahan kompang.


Sementara itu, kesemua kutipan hasil dari jualan meja pertunjukan fesyen tersebut yang berharga dari RM1800 hingga RM 2500 akan disalurkan kepada Persatuan Amal Happy Angel.



Dalam perkembangan lain, Dato Shirley turut berkongsi tentang kemajuan projek pembangunan mega yang sedang dibangunkan STI di Kota Laksamana, Bandaraya Melaka iaitu projek hartanah ikonik yang dikenali sebagai 'The Sail'.


Menurut beliau, pembinaan sepenuhnya The Sail bakal disempurnakan dalam tempoh 8 tahun lagi namun bagi mereka yang berminat memiliki rumah mahu pun pejabat di projek paling moden itu boleh membuat tempahan yang sudah pun dibuka secara berperingkat-peringkat.





bottom of page