Suria KLCC, Alamanda Putrajaya Dan Mesra Mall Lancar Kempen Hari Raya 2024
top of page
  • Writer's pictureMYB

Suria KLCC, Alamanda Putrajaya Dan Mesra Mall Lancar Kempen Hari Raya 2024

Adakah anda bersedia untuk merasai sambutan Hari Raya yang benar-benar mengasyikkan tahun ini? Suria KLCC, Alamanda, dan Mesra Mall menjemput pengunjung untuk menerokai kempen perayaan yang sedang berlangsung selama 38 hari, bermula dari 15 Mac hingga 21 April, bersempena dengan sambutan Aidilfitri pada 10 dan 11 April yang akan datang.


Suria KLCC
Ruang 'Centre Court' Suria KLCC ditransformasi menjadi lanskap indah dengan binaan struktur rumah kampung bersama hiasan bermotifkan anyaman mengimbau kenangan penuh nostalgia

Suria KLCC menjemput pengunjung untuk menyerlahkan diri dalam sambutan yang mengasyikkan musim Hari Raya ini. Sambutan Hari Raya di Suria KLCC akan memukau pengunjung dengan hiasan yang menakjubkan. Bahagian 'Centre Court' ditransformasi menjadi persekitaran bertemakan taman yang dihiasi dengan bunga "bougainvillea" yang indah, pokok palma, dan pelbagai daun dan bunga tropika tempatan. Di tengah-tengah hiasan yang indah ini terdapat 'Rumah Kampung' tradisional yang indah dengan landskap penuh nostalgia.


Disamping itu pengunjung boleh menyertai pelbagai permainan tradisi yang menarik seperti 'Teng Teng', 'Batu Seremban', dan 'Congkak' . Selain itu, pengunjung juga boleh merakam detik berharga di sudut gerai foto, menerima cetakan fizikal dan salinan dalam talian secara percuma. Kemeriahan Aidilfitri di Suria KLCC turut diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan yang diadakan pada setiap hujung minggu sepanjang kempen ini berlansung.



Dengan kerjasama Kraftangan Malaysia, Suria KLCC turut menganjurkan pelbagai aktiviti menarik seperti Demonstrasi Kraf dan Sesi Kraf Interaktif di Gelanggang Pusat, serta jualan kraf tempatan di Ramlee Mall di Aras 1 dari 15 Mac hingga 7 April.


Pengunjung yang menyertai aktiviti ini akan berpeluang membeli 'Suria Ribbon Pin' dengan harga RM 10 dan menerima topeng muka batik eksklusif. Semua hasil akan didermakan kepada NGO terpilih.


Hiasan Hari Raya yang tersergam indah di Suria KLCC akan menampilkan struktur mega 'Lampu Pelita' (lampu minyak tanah) setinggi 60 kaki di Esplanade KLCC. Struktur ini telah diiktiraf oleh 'Malaysia Book of Records' pada tahun 2022 sebagai lampu minyak replika terbesar di Malaysia, mempamerkan tekstur tenunan berwarna-warni pada setiap panel.


Suria KLCC
Struktur mega binaan 'Lampu Pelita' (lampu minyak tanah) setinggi 60 kaki menghiasi ruang Esplanade KLCC. Struktur ini telah diiktiraf oleh 'Malaysia Book of Records' pada tahun 2022 sebagai lampu minyak replika terbesar di Malaysia.

Pengunjung yang membeli-belah di Suria KLCC boleh menantikan ganjaran menarik yang ditawarkan semasa kempen ini berlansung. Mereka yang membelanjakan RM1,500 atau lebih dalam dua resit dari 15 Mac hingga 14 April akan menerima Baucar Beli-belah Suria KLCC RM100 dan satu set paket Raya eksklusif. Selain itu, 50 pembeli pertama yang membeli Baucar Beli-belah RM1,000 akan menerima Baucar RM100 tambahan.


Sementara itu, sambutan Hari Raya di Alamanda Putrajaya mambawakan tema anyaman berwarna-warni disamping latar belakang taman tropikal di Laman ‘Court Centre’ Alamanda Putrajaya juga dilihat menampilkan dekorasi tropikal yang dihiaskan dengan binaan 'Rumah Kampung' tradisional dilengkapi elemen anyaman yang berwarna-warni di bahagian dinding, tingkap, dan bumbung rumah, mewujudkan suasana nostalgia mengingatkan kehidupan kampung lama.


Sertai aktiviti kebudayaan, seperti permainan tradisional, seni dan bengkel anyaman, untuk menyelami semangat Hari Raya disamping aktiviti seni dan kebudayaan akan dianjurkan khas untuk penglibatan ahli VIKids, sementara para pengunjung berpeluang untuk belajar cara menganyam ‘ketupat’. Persembahan kebudayaan juga turut diadakan pada hujung minggu di laman ‘Centre Court’ bagi meningkatkan keriangan sambutan lebaran.


Pembeli juga boleh menantikan ganjaran melalui ‘Shoppers Rewards Programme’ yang menawarkan hadiah dan baucar eksklusif untuk pembelian di Alamanda.Pembeli yang berbelanja RM700 dalam dua resit akan menerima beg anyaman berwarna-warni serta satu set Sampul Raya eksklusif. Bagi pembeli yang membelanjakan RM1,500 dan ke atas dalam dua resit, mereka akan menerima RM50 Baucar Beli-Belah Alamanda bersama beg anyaman dan Sampul Raya.


Suria KLCC
Majlis pelancaran kempen Hari Raya 2024 Suria KLCC yang berlansung baru-baru ini.

Untuk ekstravaganza Hari Raya selama 46 hari, Mesra Mall di Terengganu pula mempamerkan hiasan tenunan tradisional untuk memperkayakan budaya tempatan semasa musim perayaan. Pengunjung boleh menikmati ganjaran eksklusif, termasuk beg buluh anyaman berwarna-warni dan sampul raya, dengan pembelian melebihi RM350 dalam dua resit.


Aktiviti menarik menanti pengunjung pada hari Jumaat dan Sabtu menjelang Hari Raya, seperti Pertandingan Tenun Kostum, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Bengkel Hiasan Kuih Raya, persembahan tarian tradisional dan sambutan bersama masyarakat 'Orang Asli'.

Di samping itu, program 'Jalinan Mesra' Mesra Mall bertujuan untuk memupuk ikatan komuniti melalui acara khas bersama kumpulan terpinggir.


Sambil kita menghargai perayaan di Malaysia, mari kita merangkul kegembiraan berkongsi dan menghargai tradisi dan adat resam kita. Suria KLCC, Alamanda dan Mesra Mall telah berusaha keras untuk mencipta pengalaman bermakna yang merangkumi intipati Hari Raya. Marilah kita bersama-sama mengeratkan ikatan perpaduan dan kemesraan di musim perayaan ini!


Jangan lepaskan peluang memeriahkan sambutan Hari Raya di Suria KLCC, Alamanda, dan Mesra Mall. Sertai perayaan dan cipta kenangan abadi bersama orang tersayang anda!


0 comments
bottom of page