Syafeek Ikhwan Dan Zazo Juara Program Lagu Cinta Kita (Musim 3)
top of page
  • Writer's pictureMYB

Syafeek Ikhwan Dan Zazo Juara Program Lagu Cinta Kita (Musim 3)


Lagu Cinta Kita Musim Ketiga
Syafeek (kiri) dan pasangan duetnya Zazo diumum sebagai juara program Lagu Cinta Kita Musim Ketiga

Lagu Cinta Kita Musim Ketiga melabuhkan tirai semalam dengan mengumumkan pasangan Syafeek & Zazo (Shafeek Ikhwan dan Zaleha Zolkepli) sebagai juara program yang diadaptasi daripada program popular CJ ENM, ‘Love At First Song’. Mereka membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai berjumlah RM 50,000 dan barangan hamper tajaan FLAVETTES NUTRISKINCARE & NIVEA.


Naib juara menjadi milik Hariz & Wanie (Fadli Hariz dan Norwanie) yang membawa pulang hadiah wang tunai RM 30,000 dan barangan hamper tajaan FLAVETTES NUTRISKINCARE & NIVEA. Mereka juga memenangi Flavettes Glamz Couple Award dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.


Tempat ketiga pula dimenangi oleh Pasya & Puteri (Faizul Asyraf dan Puteri Khareeza) dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM 20,000 dan barangan hamper tajaan FLAVETTES NUTRISKINCARE & NIVEA.


Sementara itu, Achik & Maria (Achik Asrain dan Maria Khairul), pemenang tempat keempat membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 15,000 dan barangan hamper tajaan FLAVETTES NUTRISKINCARE & NIVEA.


Pada program akhir tersebut , kesemua finalis mempersembahkan dua buah lagu, 'cover' dan baharu yang bertemakan "Lagu Cinta Kita". Ini merupakan kali pertama para finalis program ini memiliki sebuah single dan ia sudah mula diperdengarkan di radio Hot FM pada minggu ini. Video muzik bagi keempat-empat lagu ini dapat disaksikan di Youtube TV3Malaysia Official mulai hari ini.



Pentas akhir Lagu Cinta Kita Musim Ketiga dihoskan oleh Ain Edruce dan Sean Lee, manakala Hael Husaini hadir sebagai juri jemputan di samping juri tetap, Ajai dan Mas Idayu. dan dipancarkan secara langsung dari Studio 1, Glenmarie Shah Alam dari pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam menerusi TV3 serta strim live HD di www tonton.com.my dan Youtube TV3Malaysia Official.


bottom of page