TV AlHijrah Lancar Kempen Program Siaran Sepanjang Ramadan/Syawal 1443H
top of page
  • Writer's pictureMYB

TV AlHijrah Lancar Kempen Program Siaran Sepanjang Ramadan/Syawal 1443H


Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris berkata Kempen Ramadan dan Syawal 1443H di stesen berkonsepkan Islam ini mendokong tema Ramadan Diberkati, Syawal Dirai. Selain itu, konsep #KongsiRezeki diterapkan dalam semua fokus utama tersebut.


“Inisiatif pertama adalah inisiatif teras yang menjadi denyut nadi stesen TV ini iaitu dua puluh rancangan istimewa pelbagai genre yang bakal disiarkan sepanjang Ramadan dan berbaki sembilan rancangan untuk Syawal.


“Rancangan-rancangan tersebut adalah Khatam Al- Quran Perdana, Solat Tarawih Dari Mekah, My #QuranHour Assalamualaikum Sahur, Camca, Saranghae, Khilaf, Ngaji On The Go Kids, Moreh, Cinta Ilmu Ramadan, Ittabiouni, Kaunter Netizen, Majlis Ayah, Senangnya Masak Bersama Ayam Perap Makmur Gold dan banyak lagi.


“Mood Syawal pula boleh diceriakan dengan sajian rancangan seperti Hijrah Berselawat Syawal, Haflah Syawal, Hijrahkan Laguku Reunion Raya, Sitkom Tau Tau Dah Raya, Wanita Syurga Raya, Telefilem Syawal Yang Hilang serta Filem Indonesia berjudul Mars.


Namanzee yang ditemui media baru baru ini sewaktu pelancaran Kempen Program Ramadan/Syawal saluran TV AlHijrah dan aplikasi AlHijrah Apps berkata disamping program-program yang disiarkan di televisyen, TV AlHijrah turut melancarkan dua inisiatif lain untuk kempen ini iaitu inisiatif platform media digital dan Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).


Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris

“Sebagai galakan kepada penonton setia stesen ini, TV AlHijrah memilih untuk membangunkan aplikasi telefon yang dikenali sebagai AlHijrah Apps (AH). Lebih 5000 rancangan keagamaan pelbagai genre boleh diakses pada bila-bila masa. Seluruh masyarakat boleh menuntut ilmu tanpa memikirkan batasan masa dan tempat.


Pengguna Android boleh ke Google Playstore manakala pengguna Apple boleh ke Apple Apps Store. Buat carian AlHijrah Media dan muat turun aplikasi AlHijrah Apps (AH).


Selain itu, fokus ketiga yang menjadi komponen kepada Kempen Ramadan dan Syawal TV AlHijrah adalah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) iaitu Hijrah Prihatin Skuad Bubur Lambuk 2022.


Bertemakan Dakwah Melalui Frontliner, penambahbaikan dilaksanakan pada tahun ini apabila 20 buah motosikal kuasa besar Harley Davidson akan turun padang ke Pahang dan Johor untuk menyantuni masyarakat setempat.


Aktiviti di lapangan tidak terhad kepada edaran bubur lambuk sahaja. Skuad bubur lambuk ini juga akan mengimarahkan masjid dengan mengadakan aktiviti-aktiviti bersama qariah setempat seperti seperti gotong-royong membersihkan masjid, infaq rezeki Hijrah Prihatin, Solat Tarawih berjemaah dan banyak lagi aktiviti lain. Edaran bubur lambuk di lokasi Frontliner sekitar Lembah Klang masih dilaksanakan seperti tahun-tahun sebelum ini.


GALERI


Di akhir ucapan, Namanzee menyeru masyarakat Malaysia untuk terus menonton TV AlHijrah sepanjang Ramadan dan Syawal akan datang.


“Ayuh sama-sama kita jadikan stesen ini sebagai stesen pilihan nombor satu seisi keluarga serta ladang ilmu yang mampu menjadi bekalan kita di akhirat kelak," katanya.

bottom of page