top of page
  • Writer's pictureMYB

Sambutan Ulang Tahun Ke-17 Petaling Jaya Sebagai Bandar Raya Bersama Penduduk Setempat Meriah

Updated: Jun 26, 2023

Malam tadi, Perasmian Sambutan Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya ke-17 telah disambut dengan meriahnya dengan menggangkat tema sambutan kali ini iaitu "PJ Love U" . Ribuan orang ramai yang merupakan penduduk setempat turut hadir memeriahkan sambutan tersebut.


Video: Gimik perasmian oleh Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian bersama Datuk Bandar PJ, Mohamad Azhan Md Amir.


Menurut Datuk Bandar, Mohamad Azhan Md Amir. Katanya " 'PJ Love U' diangkat sebagai tema, kali ini dengan mengambil kira Petaling Jaya sebagai sebuah bandar raya yang inklusif, manakala program dan aktiviti yang diatur juga melibatkan penyertaan dan memberi manfaat kepada semua peringkat komuniti." Sambutan tahun ini meliputi pelbagai program berbentuk jualan dan pameran, pertandingan dan kejohanan, sumbangan, dan perkhidmatan percuma yang dirangka Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi mendekatkan diri dengan komuniti setempat".


Malam perasmian diserikan lagi dengan pertandingan bagi acara perarakan, membabitkan kategori Agensi/ Badan Kerajaan, Badan Korporat, Majlis Perwakilan Penduduk/ Persatuan dan Pusat Pengajian Tinggi (Universiti/ Kolej) yang menawarkan hadiah wang tuna keseluruhan beriumlah RM6,500, selain sijil dan hadiah iringan.


Pelbagai aktiviti turut diadakan sepanjang Jun ini antaranya Larian Bandaraya PJ (10KM), Pertandingan Push Bike, PJ berselawat, persembahan artis dan banyak lagi.


Foto acara perarakan sempena majlis perasmian malam tadi.


MBPJ turut memberi penawaran percuma bagi penggunaan tempat letak kereta, kolam renang, gelanggang badminton dan tenis, selain 300 pendaftaran perpustakaan dan pemberian 1,000 anak pokok.


Tambahnya lagi, "Selain mengimpikan Petaling Jaya dikenali sebagai Kota Seni yang penuh dengan aktiviti kebudayaan dan pelancongan, saya berharap MBPJ meniadi Pihak Berkuasa Tempatan yang member perkhidmatan terbaik kepada penduduk Petaling Jaya dan menjadi contoh atau model kepada agensi kerajaan, mahu pun swasta." Kenalilah Petaling Jaya in sebagai satu bandar raya yang maju dan sejahtera, selaras pelan strategik PJSSR 2023, 'PJ Smart, Sustainable and Resilience 2030," katanya, seraya mengalu-alukan kehadiran pengunjung dalam dan luar negara, selain penduduk dan komuniti Petaling Jaya.



0 comments
bottom of page