Warung Lebai Dollah yang terletak di Laman Seri Business Park, Seksyen 13 Shah Alam semestinya sudah tidak asing lagi buat warga Shah Alam. Premis restoran yang sudah beroperasi hampir 10 tahun ini menyediakan sajian masakan melayu dan barat yang memenuhi citarasa.
Sempena dengan Ramadan 2022, Warung Lebai Dollah buat pertama kalinya mengadakan bufet berbuka puasa dengan mengetengahkan lebih dari 20 jenis sajian kampung tradisi seperti Kari Ayam, Kari Udang, Ayam Masak Merah, Gulai Lemak Daging, Gulai Ikan Tongkol, Gulai Kawah, Sambal Sotong, Sayur Masak Lemak Putih, Ikan Jaket Sumbat Sambal, Ikan Bakar, Cendawan Goreng Celup Tepung, Sambal Goreng Jawa, Jelatah, Nasi Tomato serta banyak lagi disamping menu manisan seperti Kuih Lopeh Pulut, Apam Kelapa Parut, Buah Melaka, Bubur Kacang, Kek, Agar-Agar, Puding serta pilihan air balang dan Teh serta Kopi.
Bufet berbuka puasa di Warung Lebai Dollah ditawarkan pada harga serendah RM35 seorang untuk mereka yang pertama kali berbuka puasa disini. Lebih menarik, Warung Lebai Dollah turut mengadakan 'Tapau Corner' untuk pengunjung bawa pulang juadah yang masih berbaki dan menikmatinya di rumah.
Warung Lebai Dollah turut menawarkan bufet 'percuma' untuk ahli keluarga berstatus OKU serta warga emas yang datang bersama keluarga mereka untuk berbuka disini.
Sebagai tarikan, Warung Lebai Dollah turut menyediakan perkhidmatan 'photo booth', sudut permainan tradisi serta persembahan buskers sebagai hiburan buat pengujung sewaktu berbuka puasa.
GALERI
Aneka juadah bufet berbuka puasa Warung Lebai Dollah ditawarkan pada harga serendah RM35 seorang.
Warung Lebai Dollah turut berkerjasama dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan korporat, kelab-kelab permotoran serta orang perseorangan yang ingin mengadakan program CSR seperti menaja majlis iftar untuk rumah jagaan anak-anak yatim.
Warung Lebai Dollah turut mengalu-alukan mereka yang ingin menaja majlis iftar serta menyalurkan bantuan tetapi tidak megetahui bagaimana caranya untuk menghubungi Warung Lebai Dollah untuk urusan tersebut.
Menurut pemilik Warung Lebai Dollah, En. Shah dan Puan Nisa, mereka kini menerima banyak sumbangan untuk disalurkan kepada rumah-rumah jagaan anak-anak yatim yang memerlukan bantuan. Buat masa ini bantuan disalurkan kepada 2 buah rumah jagaan iaitu Rumah Kasih Sayang di Rawang dan Pusat Penjagaan Cahaya Kasih Bestari di Kampung Melayu Subang.
"Buat masa sekarang terdapat banyak badan korporat, pertubuhan serta kelab yang ingin menaja dan memberi bantuan tetapi tidak dapat turut serta dalam program yang dijalankan.
"Jadi kami bergerak dibawah platform F&B Hunter Management, menggabungkan tajaan tajaan yang diterima dan disalurkan kepada rumah-rumah jagaan yang memerlukan. Kami juga akan mempertemukan penaja dengan pengurus rumah jagaan bagi mengelakkan sebarang masalah atau ketidak telusan dalam menyalurkan sumbangan yang diterima," jelas Puan Nisa.
Bufet buka puasa di Warung Lebai Dollah berlansung dari 7 April sehingga 30 April . Untuk tempahan pengunjung boleh menghubungi talian 019-918 2773 atau 013-313 5731.
Lokasi:
G13A, Block 2, Laman Seri Business Park,
Persiaran Sukan, Seksyen 13, Shah Alam,
Selangor, Malaysia
Comentários