11 Bintang 'BBNU' Dari 3 Negara Serumpun Bakal Bersaing Dalam Big Stage Musim Ke-4
top of page
  • Writer's pictureMYB

11 Bintang 'BBNU' Dari 3 Negara Serumpun Bakal Bersaing Dalam Big Stage Musim Ke-4

Updated: Jan 20, 2022

Kembali membuka ruang penyertaan kepada pesaing dari dalam dan luar negara untuk penganjuran edisi keempat, ‘Big Stage 2022’ bakal menyaksikan persaingan kompetitif di antara 11 bintang utama yang mewakili tiga negara serumpun iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia selama lapan minggu.


Seramai sembilan BBNU dari Malaysia telah terpilih untuk beraksi di pentas ‘Big Stage 2022’. Manakala dua bintang lain yang turut tersenarai adalah peserta dari Brunei dan Indonesia.

Lima bintang wanita yang akan berentap untuk musim ini ialah Aisha Retno, Elica Paujin, Lia Aziz, Yazmin Aziz dan Sofiaa Marieylla. Manakala enam bintang lelaki pula adalah terdiri daripada Megat Rahim, Ajoi Zainal, Danial Chuer, Tuah Adzmi, Syafiq Abdilah (Brunei) dan Tegar Septian (Indonesia).

‘Big Stage 2022’ juga masih mengekalkan format asal penjurian yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu berdasarkan pemarkahan oleh barisan panel juri dan undian peminat secara online.

Untuk bahagian pertama, 100% keputusan ditentukan oleh panel juri yang akan menilai para bintang berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan sewaktu persembahan mingguan. Tiga bintang yang mendapat markah terendah akan melalui proses penjurian untuk bahagian kedua yang ditentukan berdasarkan undian peminat secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK. Bintang yang mendapat undian terendah akan disingkirkan.


Bagi menyuntik pembaharuan segar agar lebih telus, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.

Sebelum ini, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).


 

PROFIL BINTANG BIG STAGE 2022

Nama: Aisha Retno

Tarikh Lahir: 1 Ogos 2000

Umur: 22 tahun

Asal: Kuala Lumpur

Kareer: Penyanyi dan Pelajar


Trivia
  • Ibunya, Jean Retno Aryani, seorang penyanyi Indonesia era 80'an

  • Mempunyai darah kacukan Indonesia (Ibu dan Malaysia (bapa)

  • Mempunyai seorang adik, Radityo yang juga seorang penyanyi.


Nama: Megat Rahim

Tarikh Lahir: 28 April 2002

Umur: 20 tahun

Asal: Sungai Buloh, Selangor

Kareer: Penyanyi


Trivia
  • Pernah menyertai ujibakat Big Stage musim pertama (2018), tetapi tidak layak kerana masih dibawah umur (16 tahun).

  • Mahu memperjuangkan genre pop jazz

  • Dikatakan mempunyai wajah iras Bruno Mars dan Rami Malek.


Nama: Elica Paujin

Tarikh Lahir: 20 November 1999

Umur: 23 tahun

Asal: Tambunan, Sabah

Kareer: Penyanyi


Trivia
  • Juara program 'STARISER' 2020

  • Pernah menyertai Kem Muzik Kebangsaan bersama Ajoi Zainal

  • Peminat K-POP

  • Bercita-cita untuk menjadi seorang Guru, seperti kedua orang tuanya


Nama: Ajoi Zainal

Tarikh Lahir: 12 Mac 1998

Umur: 24 tahun

Asal: Sungai Udang, Klang

Kareer: Penyanyi dan TikToker


Trivia
  • Pernah dikenali dengan nama Qaidzul

  • Mula dikenali umum selepas menyertai program All Together Now Malaysia, musim pertama.

  • Pencipta kandungan kreatif, Tiktoker aktif

  • Viral di Indonesia


Nama: Lia Aziz

Tarikh Lahir: 27 Januari 2003

Umur: 19 tahun

Asal: Kuala Lumpur

Kareer: Penyanyi


Trivia
  • Aktif menyanyikan cover di Instagram sejak berumur 13 tahun

  • Mula popular selepas single pertama 'KUCU-KUCA' mendapat perhatian umum

  • Sedang menuntut di ASWARA

  • Alergik makanan laut


Nama: Danial Chuer

Tarikh Lahir: 3 April 2001

Umur: 21 tahun

Asal: Tawau, Sabah

Kareer: Penyanyi dan Pelajar


Trivia
  • Juara program Idola Kecil (Musim 6), dan Idola Kecil Ultra

  • Guru vokal di YAMAHA Studio, Tawau

  • Menyambung pelajaran di UiTM dalam bidang muzik, (Majoring in Modern Piano)


Nama: Yazmin Aziz

Tarikh Lahir: 10 Oktober 2021

Umur: 21 tahun

Asal: Kuala Lumpur

Kareer: Penyanyi dan TikToker


Trivia
  • Popular di TikTok mengajar pengikut Bahasa Tagalog

  • Lahir di Malaysia, ibu dan ayah berasal dari Filipina

  • Pernah tinggal di Filipina selama 7 tahun

  • Pemenang pingat perak WCOPA


Nama: Tuah Adzmi

Tarikh Lahir: 7 September 1998

Umur: 24 tahun

Asal: Ampang, Selangor

Kareer: Penyanyi


Trivia
  • Pernah 3 kali mencuba ujibakat Big Stage (2019, 2020, 2021)

  • Pernah bekerja sebagai buruh kasar sebelum bergelar penyanyi

  • Lagu 'Raja Di Hati' adalah lagu ciptaan sendiri.


Nama: Sofia Marieylla

Tarikh Lahir: 1 Ogos 2000

Umur: 22 tahun

Asal: Kuala Lumpur

Kareer: Penyanyi


Trivia
  • Bermula dengan perniagaan kosmetik sebagai agen dan stokis. Nama pasukan Team Jerung

  • Dikenali selepas viral di TkTok Jerung Merah

  • Aktif bersama Kumpulan Jerung Merah


Nama: Syafiq Abdillah

Tarikh Lahir: 4 November 1999

Umur: 23 tahun

Asal: Brunei Darussalam

Kareer: Penyanyi


Trivia
  • Meminati genre jazz

  • Pernah melupakan hasrat untuk jadi juru terbang kerana buta warna

  • Ada hubungan kekeluargaan dengan Allahyarham Seniman Aziz Jaafar dan Allahyarhamah Seniwati Normadiah


Program realiti ‘Big Stage’ ialah sebuah pertandingan nyanyian menampilkan bakat muda generasi ‘Budak Baru Nak Up’ atau lebih dikenali sebagai ‘BBNU’ yang semakin menguasai industri seni hiburan sehingga mampu meraih populariti luar biasa di ruang digital khususnya menerusi platform media sosial.

bottom of page