top of page

Penantian 40 Tahun Berakhir, Fauziah Latiff Bakal 'Takluk' Plenary Hall KLCC Mei Ini, Tawar Tiket Eksklusif RM6999 Bersama Busana Mewah!

  • Writer: MYB
    MYB
  • 7 jam lalu
  • 2 min membaca

KUALA LUMPUR – Selepas empat dekad memahat nama sebagai antara permata seni paling bersinar tanah air, penghibur versatil Fauziah Latiff akhirnya bakal tampil dalam konsert solo pertamanya yang berskala besar, "4 Decades Fauziah Latiff Live In Concert". Konsert penuh prestij anjuran IDEATELIER ini dijadualkan berlangsung pada 9 Mei 2026 di Plenary Hall KLCC.


Penantian 40 Tahun Berakhir, Fauziah Latiff Bakal 'Takluk' Plenary Hall KLCC Mei Ini, Tawar Tiket Eksklusif RM7 Ribu Bersama Busana Mewah!

Dianggap sebagai acara yang paling dinantikan tahun ini, konsert ini bukan sekadar persembahan biasa, tetapi satu dedikasi khas merangkum perjalanan seni Fauziah atau lebih mesra disapa Jee, yang telah menyentuh hati peminat merentas generasi sejak era 80-an.


Penganjur utama, IDEATELIER di bawah naungan pereka fesyen tersohor Ezuwan Ismail, menjanjikan sebuah naskhah persembahan yang "mahal" dari segi emosi dan pengalaman.


Menurut Ezuwan, Fauziah Latiff memiliki aura bintang tersendiri yang tidak perlu dipinjam dari sesiapa, menjadikan konsert ini wajib dilaksanakan dengan standard tertinggi sebagai tanda hormat kepada seorang legenda.


Penantian 40 Tahun Berakhir, Fauziah Latiff Bakal 'Takluk' Plenary Hall KLCC Mei Ini, Tawar Tiket Eksklusif RM7 Ribu Bersama Busana Mewah!

Tarikh 9 Mei dipilih secara simbolik untuk meraikan sambutan Hari Ibu, mengangkat tema kasih sayang dan pengorbanan wanita yang menjadi tunjang kekuatan keluarga. Fauziah sendiri mengakui faktor ini menjadi pendorong utama beliau bersetuju untuk kembali ke pentas besar setelah sekian lama memperlahankan rentak kariernya.


"Saya rasa inilah waktunya untuk kembali bertemu peminat. Lebih-lebih lagi apabila konsert ini jatuh hampir dengan Hari Ibu, ia satu momen yang sangat dekat di hati saya," ujar pelantun suara lunak itu.
Penantian 40 Tahun Berakhir, Fauziah Latiff Bakal 'Takluk' Plenary Hall KLCC Mei Ini, Tawar Tiket Eksklusif RM7 Ribu Bersama Busana Mewah!

Peminat bakal disajikan dengan susunan muzik baharu yang lebih segar bagi lagu-lagu hits malar segar seperti "Teratai Layu Di Tasik Madu", "Apa Sebenarnya", dan "Dia".


Penantian 40 Tahun Berakhir, Fauziah Latiff Bakal 'Takluk' Plenary Hall KLCC Mei Ini, Tawar Tiket Eksklusif RM7 Ribu Bersama Busana Mewah!

Lebih menarik, tiket kategori 'Super VIP' yang dinamakan "Setia Ku Korbankan" berharga RM6,999 menawarkan pengalaman kemewahan luar biasa. Terhad kepada 36 orang sahaja, pemegang tiket ini akan menerima sesi Meet & Greet, fine dining eksklusif bersama Fauziah Latiff, serta sepasang couture dress rekaan Ezuwan Ismail bernilai RM15,000.


Bagi peminat lain, tiket mula dijual pada harga RM299 hingga RM1,299 mengikut zon tempat duduk. Tiket akan mula dijual bermula pada hari Isnin, 26 Januari 2026 di laman sesawang www.ticket2u.com.my/fauziahlatiff


Komen


bottom of page