15000 Pengunjung Banjiri Konsert Ambang Tahun Baru 2023 Suria FM X IOI City Mall Putrajaya
top of page
  • Writer's pictureMYB

15000 Pengunjung Banjiri Konsert Ambang Tahun Baru 2023 Suria FM X IOI City Mall Putrajaya

Persembahan pembukaan daripada Hydra Band dan pertunjukan silap mata dari ‘Mark & Pinky’ telah mencuri tumpuan lebih 15,000 pengunjung Konsert Ambang Tahun Baru 2023 Suria Fm x IOI City Mall Putrajaya yang diadakan di Symphony East, IOI City Mall pada 31 Disember 2022 (Sabtu) lalu.


Kegembiraan jelas terlihat diwajah pengunjung yang hadir ke konsert sambutan ambang tahun baru 2023 Suria FM X IOI City Mall Putrajaya yang diadakan baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, persembahan dari barisan artis popular seperti Ziana Zain, Amir Masdi, Floor 88, Kugiran Masdo, Andi Bernadee, Syameer Azmi, Zulhadi, Hasif Upin, Bil Musa, Bell Yu Tian dan Geraldine turut mendapat tepukan gemuruh daripada para peminat yang berada di lokasi. Kemeriahan hangat terasa dengan kehadiran tiga penyampai Suria FM iaitu Shuib, Sharifah Shahirah (Rara) dan Suraya selaku host konsert pada malam itu.


Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, “Alhamdulillah, konsert ambang 2023 kali ini mendapat sambutan diluar jangkaan. Mewakili pihak Suria FM, kami amat berterima kasih kepada semua pengunjung dan peminat setia Suria yang sudi hadir memberikan sokongan.”


Ujarnya, “Konsert ini diadakan sebagai tanda penghargaan dari Suria FM buat semua pendengar setia yang sentiasa menyokong kami. Kami berharap agar pengunjung yang hadir dapat bersama-sama meraikan kehadiran tahun baru sambil berhibur bersama insan tersayang.”


GALERI


Sepanjang konsert berlangsung, pengunjung turut memenangi hadiah ‘Giveway’ dari Parkson, The Body Shop, Object, Bath & Body Works, Wings, Homepro dan Ayu Borneo. Selain itu, mereka juga berpeluang membeli ‘Barangan Eksklusif Suria FM’ seperti T-Shirt, lanyard, payung, sticker kereta dan Jersey edisi terhad yang dikeluarkan bersempena ulangtahun Suria FM yang ke-15 dengan harga promosi!


bottom of page