top of page

Tiket Menara KL 'Sold Out', Rai 2026 Dengan Pesta Bunga Api 300 Meter

  • Writer: MYB
    MYB
  • 4 hari lalu
  • 2 min membaca

KUALA LUMPUR – Ikon kebanggaan negara, Menara Kuala Lumpur (KL Tower) melabuhkan tirai 2025 dengan penuh gaya apabila penganjuran sambutan Ambang Tahun Baharu di mercu tanda tersebut malam tadi mendapat sambutan luar biasa dengan kesemua tiket habis terjual.


Tiket Menara KL 'Sold Out', Rai 2026 Dengan Pesta Bunga Api 300 Meter

Pengunjung yang terdiri dari rakyat Malaysia serta pelancong antarabangsa membanjiri perkarangan menara telekomunikasi tersebut bagi menyaksikan pertunjukan bunga api memukau dari ketinggian 300 meter, menjadikan langit ibu kota bercahaya tepat detik 12 tengah malam.




Sambutan gilang-gemilang ini bukan sekadar meraikan ketibaan tahun baharu, malah ia menjadi simbolik pembukaan kepada dua acara besar negara iaitu Ulang Tahun Ke-30 Menara Kuala Lumpur serta bermulanya Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LSH Service Master Sdn. Bhd., Khairil Faizal Hj Othman, sambutan kali ini membawa makna yang cukup besar buat warga kerja menara tersebut.


"Malam ini mencerminkan semangat Malaysia dinamik, bersatu dan berpandangan jauh ke hadapan. Menyambut 2026 dari Kuala Lumpur Tower sentiasa memberikan makna istimewa, apatah lagi kita melangkah ke ulang tahun ke-30 menara ini," ujar beliau.

Tiket Menara KL 'Sold Out', Rai 2026 Dengan Pesta Bunga Api 300 Meter

Kemeriahan malam tadi dirasai di setiap aras menara dengan pelbagai zon hiburan disediakan. Antara yang mencuri tumpuan adalah acara NEON SKYWAVE yang berlangsung di Sky Mega Hall pada ketinggian 292 meter. Berlatarbelakangkan panorama malam Kuala Lumpur, para tetamu dihiburkan dengan rentak muzik daripada DJ Alex W, bar snek eksklusif, serta aktiviti bertema neon yang penuh warna-warni.


Selain itu, pengunjung di Observation Deck (276 meter) dan Sky Terrace (300 meter) turut disajikan dengan persembahan muzik secara langsung oleh Sky Band sambil menikmati pemandangan panoramik bandar raya.


Sebagai menyokong aspirasi TMM2026, Menara Kuala Lumpur telah menyusun pelbagai kalendar aktiviti menarik sepanjang tahun hadapan. Ini termasuk penganjuran acara sukan antarabangsa, Kuala Lumpur Tower Run International Challenge 2026 (KLTRIC2026) yang dijadualkan berlangsung pada 14 Jun 2026, selain penambahbaikan fasiliti di dek pemerhatian bagi keselesaan pelancong.



Komen


bottom of page