top of page
  • Writer's pictureMYB

16 Peserta Bakal Wakili Malaysia Ke WCOPA 2022

Seluruh negara dari seluruh dunia akan berkumpul sekali lagi dan menghantar peserta terbaik mereka ke Hollywood, Amerika Syarikat untuk bersaing didalam satu pertanding sengit bagi menentukan siapa yang paling hebat dalam dunia. Pemenangnya akan menerima pingat Emas serta penghormatan dan kekaguman dari seluruh dunia.


Wakil 'Team Malaysia' yang bakal berentap di pentas WCOPA 2022 yang berlansung di Disneyland, California

Itulah kejohanan Olimpik, tetapi Olimpik yang berlainan. Bukannya peserta gimnastik, perenang atau pelumba trek, tetapi Penyanyi, Penari, Pemuzik, Peragaan, Pelakon dan Pelbagai Seni. Selamat Datang ke kejohanan WORLD CHAMPIONSHIP OF PERFORMING ARTS (WCOPA), satu-satunya acara bakat yang mencampurkan kegiarahan aksi kesukanan dengan unsur-unsur hiburan dari penghibur seluruh dunia.


YB Datuk Snowdan Anak Donald Lawan, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak

YB Datuk Snowdan Anak Donald Lawan yang hadir ke majlis pemilihan Team Malaysia di pertandingan Malaysia Championship Of Performing Arts (MCOPA) berkata, “Saya doakan kepada setiap peserta yang terbaik supaya mereka maju ke hadapan. Ia adalah satu kehormatan untuk berada di sini pada hari ini untuk menyaksikan bakat-bakat ini memberi persembahan mereka yang terbaik untuk mendapat tempat untuk bertanding dengan peserta antarabangsa di World Championship of Performing Arts (WCOPA).”


Sementara itu YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Penlancongan, Seni dan Budaya Malaysia, mengulas peristiwa itu dengan berkata “Tahniah kepada penganjur MCOPA dan saya doakan yang terbaik kepada Team Malaysia yang akan bertanding di World Championship of Performing Arts. Saya amat yakin para peserta kita akan mengibarkan bendera Malaysia dengan bangganya dengan persembahan kebudayaan mereka yang memukau di AS. Terima kasih kepada mereka yang juga merupakan ‘duta’ kami untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan ramai. Saya doakan semoga mereka berjaya dengan cemerlang.”


Tahun ini, Malaysia akan sekali lagi menghantar pasukan ke kejohanan World Championship of Performing Arts ini. Kejohanan Dunia tahun ini akan lebih teruja dan menarik bagi menyambut ulang-tahunnya yang ke-25 dan akan membuka tirainya di Disneyland California. Ini merupakan satu peluang yang baik bagi Malaysia bukan sahaja untuk menonjol kehebatan bakat kita tetapi juga untuk mempromosikan seni dan kebudayaan Malaysia serta memikat pelancongan selepas pandemik ini.


Presiden dan Pengasas World Championship, Griff O’Neil, pernah menegur – “Malaysia dan bakatnya merupakan satu rahsia di Hollywood dan Amerika Syarikat. Tetapi, Pasukan Malaysia yang berbakat tahun ini telah meletakkan negera ini dipeta dunia”. Tidak ragu-ragu lagi bahawa Pasukan Malaysia telah berjaya mempromosi dan menarik minat Hollywood dalam seni dan kebudayaan tanahair.


Untuk menambahkan keterujaan, penganjur, MATME MANAGEMENT, juga telah menyediakan biasiswa bernilai USD4,000 (RM16,800) untuk membolehkan peserta terbaik meneruskan kerjaya mereka ke Hollywood. Nottingheels pula akan menghadiahkan kasut berprestij mereka kepada pemenang peragaan dan penjagaan kulit Bloomskin. Walaupun setiap peserta berjaya untuk mempersembahkan prestasi yang menakjubkan, kumpulan tarian etnik - Dansa Fusion KL, telah membuat penonton kagum dengan persembahan mereka serta memperoleh mereka untuk memenangi hadiah utama sebanyak USD 1,000 dalam bentuk biasiswa daripada MATME MANAGEMENT.


Senarai Wakil Peserta 'TEAM MALAYSIA' Ke WCOPA 2022, Disneyland, California USA

KATEGORI

NAMA PESERTA

Instrumental Senior

Father&Son

Vokal Junior

Amberly Maidon

Vokal Senior

Ketty Natalia

Vokal Senior

Sharifah Nur Ashira

Vokal Senior

Khairul Najmuddin

Vokal Senior

Kashmeran Rajoo

Vokal Senior

Nor Afizah Yasin

Vokal Senior

Mohd Rizwan Yasin

Vokal Senior

Mouhammad Yadzir Muadz

Pelakon Senior

Ahmad Fadhli

Permodelan Junior

Zara Rania Putri

Permodelan Senior

Meema Teh

Permodelan Junior

Hairul Mohd Salleh

Penari Junior

Nelie Zahra

Penari Senior

Nurfaraesha Anum

Penari Senior

Dansa Fusion KL



Ketua Pegawai Eksekutif MATME MANAGEMENT, Romli Bidin, berkata, “Kita berkumpul di acara ini dengan matlamat untuk meningkatkan industri hiburan di Malaysia dengan membawa artis tempatan ke luar negara untuk bersaing dengan bakat dari seluruh dunia; perjalanan ini akan meninggalkan kesan kepada anda sepanjang hidup anda. Saya telah melihat persembahan anda dan saya ingin mengambil peluang ini untuk memberi tahu setiap perserta bahawa saya amat bangga dengan sejauh mana anda telah pergi. Saya percaya dengan setiap peserta dan saya yakin yang kalian akan memukau setiap penonton di kejohanan tersebut.”


Malaysia Championship of Performing Arts disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Malaysia. Kami ucapkan terima kasih juga kepada Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) atas tajaan tempat acara tahun ini. Tajaan individu juga diterima dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan juga Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Persembahan Seni Sarawak. Kami masih memerlukan tajaan dari syarikat swasta bagi merealisasikan impian peserta ke Hollywood. Kami masih mencari penaja berpotentsi dan sumbangan dari sektor swastar untuk merealisasikan mimpi mereka. Diharapkan lebih ramai penaja kehadapan untuk menaja para peserta tersebut.


0 comments

Commentaires


bottom of page