top of page

16 Tahun Menunggu! Kaka Azraff 'Belanja' Peminat Dengar Album Sulung 'MPT' Sebelum Lancar Januari Depan

  • Writer: MYB
    MYB
  • 7 minit lalu
  • 1 min membaca

ARA DAMANSARA – Penantian peminat selama 16 tahun akhirnya bernoktah apabila penyanyi berbakat, Kaka Azraff, bakal melancarkan album sulung beliau bertajuk MPT pada penghujung Januari 2026. Sebagai pra-sambutan kepada pelancaran bersejarah itu, Kaka mengadakan sesi eksklusif 'Showcase & Listening Party' bersama peminat, media, dan rakan industri di Kafe Bijou, Ara Damansara malam tadi.


16 Tahun Menunggu! Kaka Azraff 'Belanja' Peminat Dengar Album Sulung 'MPT' Sebelum Lancar Januari Depan

Album MPT, yang diilhamkan daripada perkataan 'EMPATI', membawa maksud kemampuan untuk memahami dan merasai pengalaman orang lain. Menurut Kaka, kesemua enam lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah hasil kolektif pengalaman beliau selama tiga tahun menyepi daripada sorotan utama.


"Pelbagai pengalaman, perbualan dan perkongsian daripada orang sekeliling menjadi sumber idea utama dalam membentuk arah dan identiti album ini," - Kaka Azraf.

Enam trek yang bakal menghiasi album ini adalah Berubah, Cabar, Arguments, Bully, Takleh Usik, dan Aku. Setiap lagu dikatakan membawa naratif tersendiri yang mementingkan kejujuran emosi berbanding kesempurnaan teknikal semata-mata.


16 Tahun Menunggu! Kaka Azraff 'Belanja' Peminat Dengar Album Sulung 'MPT' Sebelum Lancar Januari Depan

Bagi memastikan kualiti bunyi yang segar dan relevan, album ini diterbitkan dengan kerjasama dua penerbit muzik tersohor tanah air, SonaOne dan Yonnyboii. Gabungan ini bertujuan menghasilkan melodi harmoni yang melengkapi penceritaan peribadi Kaka.


Penghasilan album ini turut mendapat sokongan Dana Kandungan Kreatif (DKK) daripada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures, dengan Universal Music Malaysia bertindak sebagai pengedar.


Bagi Kaka, MPT bukan satu bentuk kemunculan semula (comeback), tetapi satu fasa kematangan dan penyesuaian semula dalam karier seninya yang panjang.



bottom of page