top of page


Makan Budu Baru Jadi! – Baby Shima Cabar Diri, Lancar Lagu Loghat Kelantan Pertama 'Bey Kelik La Bey'
KUALA LUMPUR – Penyanyi sensasi, Baby Shima menutup tirai tahun 2025 dengan satu kejutan istimewa buat peminat Pantai Timur. Buat julung kalinya, beliau tampil dengan single yang dirakamkan sepenuhnya dalam dialek Kelantan berjudul 'Bey Kelik La Bey'. Lagu ciptaan komposer tersohor, Eddie Hamid ini bakal menemui peminat di semua platform penstriman digital bermula esok, 31 Disember 2025, bersempena sambutan ambang tahun baharu. Menurut Baby Shima, idea untuk merakamkan lagu i
MYB
30 Dis 20251 min membaca


16 Tahun Menunggu! Kaka Azraff 'Belanja' Peminat Dengar Album Sulung 'MPT' Sebelum Lancar Januari Depan
ARA DAMANSARA – Penantian peminat selama 16 tahun akhirnya bernoktah apabila penyanyi berbakat, Kaka Azraff, bakal melancarkan album sulung beliau bertajuk MPT pada penghujung Januari 2026. Sebagai pra-sambutan kepada pelancaran bersejarah itu, Kaka mengadakan sesi eksklusif 'Showcase & Listening Party' bersama peminat, media, dan rakan industri di Kafe Bijou, Ara Damansara malam tadi. Album MPT, yang diilhamkan daripada perkataan 'EMPATI', membawa maksud kemampuan untuk mema
MYB
30 Dis 20251 min membaca


'Demi Sebuah Rindu': Terapi Jiwa Julie Ezwin, Didie Shazry Galas Misi Rawat Mental Lewat Muzik
KUALA LUMPUR – Dalam satu majlis penuh emosi yang berlangsung di St. Regis Kuala Lumpur semalam, industri muzik tanah air disajikan dengan sebuah naskhah 'healing' yang cukup istimewa berjudul Demi Sebuah Rindu . Kisah seorang ibu dan pejuang 'Bipolar Disorder', Julie Ezwin dihidupkan menerusi suara emas Didie Shazry dalam album 'Demi Sebuah Rindu' Projek ini bukan sekadar pelancaran album biasa, sebaliknya ia adalah manifestasi kisah benar dan perjalanan jiwa penulis lirik s
MYB
30 Dis 20252 min membaca


Mengaum Di Hujung Tahun! Isaac Voo Lancar 'SINGA' Dan Raikan Peminat
KUALA LUMPUR — Bintang pop sensasi Malaysia, Isaac Voo, menutup kalendar seni tahun 2025 dengan penuh tenaga menerusi pelancaran single terbaharunya berjudul "SINGA". Lagu berbahasa Melayu kedua daripada beliau ini telah dilancarkan secara rasmi di semua platform penstriman digital pada 19 Disember lalu, seiring dengan tayangan muzik videonya di YouTube. Dengan gabungan lirik pelbagai bahasa dan susunan muzik bertenaga, Isaac menampilkan sisi seni yang lebih matang dan berani
MYB
20 Dis 20252 min membaca


Vokal Emas Vanessa Reynauld Tembusi Tembok Besar, Lancar Single Mandarin Pertama ‘Would You Leave Me Too?’
Vanessa mengambil langkah berani untuk menembusi pasaran muzik Mandarin dan mengukuhkan kedudukannya sebagai artis serantau yang versatil menerusi single Mandarin pertamanya KUALA LUMPUR – Bintang pop tanah air yang kian menyinar, Vanessa Reynauld, kini melangkah setapak lagi dalam kerjaya seninya dengan pelancaran single Mandarin pertamanya, 'Would You Leave Me Too?' (你会不会一样离开我). Lagu yang sarat dengan emosi ini telah menemui peminat di semua platform penstriman digital ber
MYB
11 Dis 20252 min membaca


Reunion Epik AF8!, 'Cikgu' Norman Jodohkan Semula Adira & Shahir Selepas 15 Tahun
Nostalgia Akademi Fantasia kembali menghangatkan industri muzik apabila dua bintang popular, Adira Suhaimi dan Shahir Zawawi, bergabung dalam single terbaharu berjudul “Hanya Kamu”. Kolaborasi ini bukan sekadar duet biasa, tetapi sebuah “reunion” penuh emosi selepas 15 tahun mereka mencipta fenomena bersama dalam program realiti TV popular Akademi Fantasia 8 (AF8). Lebih manis, penyatuan dua vokalis hebat ini mendapat sentuhan keramat daripada bekas Pengetua mereka sendiri, D
MYB
10 Dis 20252 min membaca


Qalam Band Kembali Meruntun Jiwa, 'Tanpa Noktah' Singkap Derita Cinta Tanpa Penjelasan
KUALA LUMPUR – Kumpulan muzik yang berasal dari negeri Perak, Qalam Band, kini membuat kemunculan semula yang bertenaga menerusi pelancaran single terbaharu mereka berjudul "Tanpa Noktah" yang telahpun diluncurkan pada Ogos lalu. Terkini Qalam Band bukan lagi berlima. Legasi kumpulan itu kini diteruskan oleh Eynol, Faizwan dan Izad (Mukhrizad). Eynol, Faizwan dan Izad (Mukhrizad) meneruskan legasi Qalam Band dengan single terbaru "Tanpa Noktah". Naskhah bergenre balada kontem
MYB
5 Dis 20252 min membaca


'Perjalanan' Meruntun Jiwa: Ernie Zakri Tumpah Rasa, Andi Rianto Puji Vokal ‘Mahal’
KUALA LUMPUR — Diva vokal Malaysia, Ernie Zakri, kembali menggegarkan persada muzik serantau apabila tampil dengan buah tangan terbaharu, “Perjalanan”, hasil kolaborasi istimewa bersama komposer dan produser ternama Indonesia, Andi Rianto. Walaupun sentuhan muzik Andi Rianto jelas terasa, identiti Ernie tetap menjadi tunjang utama dalam penyampaian lagu "Perjalanan". Bukan sekadar gandingan dua nama besar, lagu ini hadir dengan naratif yang cukup mendalam apabila ia menyelami
MYB
21 Nov 20252 min membaca


33 Tahun Berlalu, 'Sampai Hati' Kembali Berbisa, Ameng Gabung Suara Generasi Baru
KUALA LUMPUR – Selepas lebih tiga dekad menghantui jiwa pendengar dengan melodi yang meruntun jiwa, lagu ikonik era 90-an, "Sampai Hati", kini diberi nafas baharu. Sony Music Malaysia baru-baru ini melancarkan versi 2025 lagu keramat tersebut, menyaksikan penyatuan suara vokalis asal kumpulan Spring, Ameng, bersama dua bakat muda tanah air, Afif Tirmizie dan Yulia Kamelia. Versi terbaharu ini menampilkan kolaborasi unik tiga generasi: Afif Tirmizie (bekas peserta Akademi Fant
MYB
19 Nov 20252 min membaca


Kai Deva Kembali Dengan Balada Rock 'Benar Indah', Serlah Sisi Jujur Dalam Percintaan
KUALA LUMPUR – Selepas dinobatkan sebagai naib juara program realiti "Calpis Soda One In A Million" (CSOIAM), penyanyi berbakat Kai Deva kembali dengan buah tangan terbaharu yang lebih peribadi dan matang. Single terbaharunya, "Benar Indah", yang dilancarkan secara rasmi hari ini, menyerlahkan sisi jujur seorang Kai Deva dalam menafsirkan erti cinta sejati. Lagu ini, yang diterbitkan oleh Sony Music Entertainment Malaysia dengan kerjasama Alternate Records, merupakan sebuah n
MYB
17 Nov 20251 min membaca


Bawa 'Desi Hip-Hop' Ke Persada Global, Kidd Santhe Lancar 'Ambani Money'
KUALA LUMPUR – Rapper dan penerbit terkemuka, Kidd Santhe, kembali dengan sebuah karya yang lebih berani dan peribadi menerusi single terbaharunya, 'Ambani Money'. Dilancarkan secara rasmi pada 31 Oktober 2025, lagu ini bukan sahaja satu lagi 'banger' hip-hop, tetapi ia menandakan permulaan era baharu bagi artis itu yang kini membawa gelombang 'Desi hip-hop' ke peringkat antarabangsa. 'Ambani Money' adalah single pertama daripada album konsepnya yang akan datang, 'Mr. Crorepa
MYB
16 Nov 20252 min membaca


Janji 'Apa Saja' Demi Cinta, Malik Choo Kembali Dengan Single Solo Kedua
KUALA LUMPUR – Selepas kejayaan single solo sulungnya 'Suka Kamu', bintang yang sedang meningkat naik, Malik Choo, bersedia untuk sekali lagi menawan hati peminat dengan buah tangan terbaharunya, 'Apa Saja'. Lagu beserta video muzik rasminya kini telah boleh dinikmati pendengar di semua platform penstriman utama bermula pada 31 Oktober 2025. 'Apa Saja' merupakan sebuah naskhah tulus yang meraikan kesyukuran, kesetiaan, dan pengorbanan seseorang demi cinta. Ia menterjemahkan p
MYB
16 Nov 20252 min membaca


Pasya Bawa Mesej ‘Kekuatan Melepaskan’ Dalam ‘Aku Bukan Cinta’
KUALA LUMPUR – Naib juara Mentor 7, Pasya, kembali mewarnai industri muzik tanahair dengan single terbaharu berjudul “Aku Bukan Cinta”. Lagu balada emosional terbitan Seventeen Eleven Music ini dilihat sebagai peneman buat hati yang kecewa, namun ia membawa mesej yang lebih mendalam berbanding sekadar kisah putus cinta. “Aku Bukan Cinta” bukan sekadar mengisahkan perpisahan, tetapi membawa mesej keberanian untuk melepaskan sesuatu yang tidak lagi memberi kebahagiaan. Menurut
MYB
10 Nov 20252 min membaca


Buka Sejarah Cinta Lama, Khai Bahar Akui ‘Kalau Bukan Aku’ Lagu Paling Mencabar Emosi
KUALA LUMPUR – Penyanyi tersohor tanah air, Khai Bahar, kembali mengubat kerinduan peminat dengan single terbaharu, “Kalau Bukan Aku”, sebuah balada moden yang disifatkan sebagai karya paling matang dan sarat emosi beliau setakat ini. Khai Bahar mengakui karya ini memberi cabaran besar dari segi vokal dan emosi, malah beliau mengakui terpaksa mengimbas kenangan lama untuk benar-benar menghayati lagu tersebut. Naskhah menyentuh jiwa ini merupakan hasil sentuhan magis komposer
MYB
10 Nov 20252 min membaca


SonaOne & tlinh Lancar “Polite”: Cinta, Senyap & Rentak Dua Dunia
KUALA LUMPUR – Bintang rap dan penerbit popular negara, SonaOne, sekali lagi melangkaui sempadan muzik dengan mengumumkan kolaborasi rentas budaya terbaharu. Menerusi single berjudul ‘Polite’, SonaOne menggabungkan kekuatannya bersama sensasi pop-rap Vietnam yang sedang meningkat naik, tlinh. SonaOne bergabung dengan tlinh dari Vietnam untuk Single “Polite” yang sarat emosi dan rentak antarabangsa Lagu yang dijadualkan menemui pendengar pada 4 November 2025 ini, bukan sekadar
MYB
27 Okt 20252 min membaca


Monosterio Raikan 20 Tahun Perjuangan Muzik dengan Album Baharu “TARI WARNA”
KUALA LUMPUR – Kumpulan muzik indie terkenal tanah air, Monosterio, meraikan dua dekad perjalanan seni mereka dengan pelancaran album penuh berjudul “TARI WARNA” dalam satu majlis eksklusif di BEKL, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur. (Kiri-kanan) Kumpulan Monosterio dianggotai oleh Alan, Anep dan Izan tampil dengan album penuh kelima berjudul 'Tari Warna" Album ini menampilkan 15 buah lagu terdiri dari 10 lagu utama dan 5 lagu bonus serta dua muzik video untuk single “Bonek
MYB
27 Okt 20252 min membaca


Impian Terlaksana! Tokti & Lesti Kejora Satukan Dangdut-Inang dalam Single 'Kumbang Bunga'
KUALA LUMPUR – Ikon muzik serantau, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, akhirnya merealisasikan impian lama untuk berkolaborasi dengan penyanyi tersohor Indonesia, Lesti Kejora, menerusi single terbaharu mereka berjudul "Kumbang Bunga". Kolaborasi yang dinanti-nantikan peminat kedua-dua negara itu disifatkan sebagai gabungan hebat dua suara Nusantara yang kini disatukan melalui bahasa muzik. ‘Kumbang Bunga’ bukan sekadar lagu biasa – ia adalah simbolik kepada persahabatan dan keharmoni
MYB
22 Okt 20252 min membaca


Kozae Hidupkan Semangat Sudirman dalam Balada Rap 'PENGUBAT RINDU'
KOTA KINABALU – Setelah projek kolaborasi REALITI bersama Azharina pada tahun 2024, ikon hip-hop Malaysia, Kozae (anggota kumpulan One Nation Emcees), tampil dengan single terbaharu berjudul "PENGUBAT RINDU". Kozae kembali dengan single terbaharu berjudul "Pengubat Rindu" Lagu bergenre rap-balada ini dilancarkan secara rasmi pada Ogos lalu, membawa intipati mendalam tentang erti persahabatan dan perjalanan untuk terus melangkah dalam kehidupan. Apa yang menjadikan single ini
MYB
22 Okt 20251 min membaca


Beribu Tanda Tanya: Syamel Ungkap Misteri Jiwa, Lagu 'Mahal' Dirakam di Studio Lagenda UK, Siap Jadi OST!
KUALA LUMPUR – Penyanyi berbakat besar, Syamel, membuat kemunculan semula yang penuh beremosi menerusi single terbaharunya berjudul,...
MYB
11 Okt 20252 min membaca


NAKI Lebarkan Sayap ke Indonesia, Bergabung dengan Mitty Zasia dalam “Lepas Pegangan”
KUALA LUMPUR – Penyanyi dan penulis lagu Malaysia, NAKI, terus mencipta gelombang baharu dalam industri muzik serantau apabila beliau...
MYB
30 Sep 20252 min membaca
bottom of page





