Cincin edisi terhad ‘Siti Adira’ keluaran Mira Gold mencipta sejarah tersendiri apabila 400 unit dengan rekaan 'Six Loop' dan 'Eight Loop' terjual dalam masa beberapa jam sahaja selepas pelancarannya.
Kolaborasi kali kedua antara penyanyi popular Siti Adira Suhaimi dan jenama emas terkemuka Mira Gold ini sekali lagi membuktikan daya tarikan dan populariti mereka di kalangan peminat dan penggemar barang kemas.
Cincin ‘Siti Adira’ yang dilancarkan pada petang tadi menampilkan rekaan mewah dan unik, disertakan dengan sijil khas yang menambah nilai eksklusifnya. Hanya 1,000 unit cincin ini dikeluarkan, menjadikannya item yang sangat dicari-cari oleh kolektor dan peminat setia Siti Adira.
Menurut pengasasnya, Nor Dhamirah binti Daling, 33 tahun, sambutan luar biasa ini adalah bukti betapa kuatnya pengaruh Siti Adira dalam industri hiburan dan fesyen. “Kami sangat teruja dengan sambutan yang diterima. Ini menunjukkan bahawa kolaborasi kami dengan Siti Adira adalah langkah yang tepat dan berjaya,” katanya.
Siti Adira juga meluahkan rasa syukur dan teruja dengan kejayaan ini. “Saya sangat berterima kasih kepada semua peminat yang sentiasa menyokong saya. Cincin ini bukan sahaja simbol kerjasama saya dengan Mira Gold, tetapi juga tanda penghargaan kepada semua yang telah bersama saya sepanjang perjalanan karier saya,” ujarnya.
Untuk rekod, kedai Mira Gold mula beroperasi pada 2018 dan kini mempunyai dua cawangan di Pasir Gudang, Johor dan Taman Melawati, Kuala Lumpur. Mira Gold juga menawarkan pembelian barang perhiasan emas secara dalam talian dengan jaminan keselamatan penghantaran kepada pelanggan.
Bagi mereka yang masih ingin mendapatkan cincin edisi terhad ini, Mira Gold mengumumkan bahawa baki unit akan dijual secara eksklusif di laman web rasmi mereka mulai esok. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki sebahagian daripada sejarah ini!
Commentaires