top of page

Penduduk Bukit Damansara Bangkit Bantah Pembangunan Baharu, Gesa DBKL Bertindak

  • Writer: MYB
    MYB
  • 2 hari lalu
  • 2 min membaca

Updated: 1 hari lalu

KUALA LUMPUR — Suasana di Bukit Damansara panas apabila kira-kira 200 penduduk berhimpun membantah cadangan pembangunan baharu di tapak bekas Wisma Damansara, melibatkan tanah seluas 3.64 hektar milik BRDB Development Sdn Bhd. Perhimpunan itu berlangsung pada 4 Oktober lalu sebagai reaksi terhadap pelan pembangunan yang dipamerkan dalam akhbar tempatan pada 1 Ogos 2025, melibatkan pembinaan pencakar langit setinggi 60 tingkat.


Susulan perkara tersebut, petang hari ini satu sesi libat urus diadakan pihak DBKL dan penduduk Bukit Damansara diadakan bagi mendengarkan luahan dan bantahan penduduk.


Foto Menteri Belia & Sukan /Merangkap Ahli Parlimen Segambut YB Hannah Yeoh berucap semasa sesi libat urus antara DBKL dan Penduduk Bukit Damansara
Foto Menteri Belia & Sukan /Merangkap Ahli Parlimen Segambut YB Hannah Yeoh berucap semasa sesi libat urus antara DBKL dan Penduduk Bukit Damansara

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Segambut, YB Hannah Yeoh, Khairy Jamaluddin, Datuk Ambiga, Presiden dan Ahli Jawatankuasa Penduduk Bukit Damansara serta warga penduduk Bukit Damansara.


 '...Saya cadangkan supaya pihak DBKL dapat membuat kajian menyeluruh secara makro di kawasan Bukit Damansara...'' Kata YB Hannah Yeoh



Foto Khairy Jamaluddin berucap semasa sesi libat urus antara DBKL dan Penduduk Bukit Damansara
Foto Khairy Jamaluddin berucap semasa sesi libat urus antara DBKL dan Penduduk Bukit Damansara

Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa penduduk Bukit Damansara tidak anti-pembangunan, sebaliknya menolak kepadatan luar biasa yang dicadangkan.


''Kami bukan anti pembangunan, tetapi pembangunan ini terlalui padat..' Kata Khairy Jamaaluddin


Menurut beliau, Jalan Semantan sudah pun sesak dan berfungsi sebagai laluan penting yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

“Jalan Semantan bukan hanya digunakan penduduk Bukit Damansara. Ia laluan utama KL–PJ. Sekarang pun dah sesak… jika pembangunan sebesar ini diteruskan, jalan tersebut memang tak boleh digunakan dengan selesa,” katanya sambil menambah bahawa penggunaan MRT yang sudah padat membuktikan kawasan itu tidak mampu menampung pertambahan beban penggunaan baharu''

Selain isu pembangunan mega, penduduk turut digegarkan dengan satu lagi kontroversi dimana sebuah rumah di Jalan Setia Kasih 6 didakwa memohon lesen menjual minuman keras, meskipun terletak dalam kawasan kediaman eksklusif.


Dr. Barkeh Hanim Jumaat, penduduk di kawasan berkenaan, melahirkan rasa terkejut apabila menemui notis permohonan lesen tersebut yang ditampal di dalam kawasan rumah itu.

“Ini kawasan perumahan. Bagaimana permohonan lesen arak boleh dibuat? Adakah status rumah itu sudah ditukar kepada komersial tanpa pengetahuan kami?” katanya sambil menjelaskan penduduk segera menghantar bantahan rasmi kepada pihak DBKL''

Beliau turut mendedahkan bahawa rumah sama sebelum ini digunakan sebagai lokasi Airbnb, pesta hari jadi dan majlis perkahwinan, sekali gus menimbulkan keresahan tentang kemungkinan wujudnya operasi tidak berlesen atau penyalahgunaan harta kediaman.


Penduduk bimbang kawasan mereka akan berubah menjadi seperti kawasan komersial sesak ala Bangsar.

“Kami tidak mahu Bukit Damansara menjadi ‘Kuala Lumpur dalam Kuala Lumpur’,” tegasnya

Menerusi perhimpunan itu, penduduk menuntut tiga perkara utama iaitu DBKL mengkaji semula pelan pembangunan pencakar langit 60 tingkat tersebut, Ketelusan tentang status tukar guna rumah kediaman kepada komersial dan Jaminan bahawa keharmonian kawasan perumahan tidak dikompromi oleh pembangunan tidak terkawal.


Setakat ini, penduduk telah menyerahkan surat bantahan rasmi bersama tandatangan komuniti yang terjejas. Dalam mengakhiri sesi libat urus berkenaan, Pihak DBKL memaklumkan perkara ini akan dibawa dalam Jawatankuasa yang akan dipengerusikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur.


Komen


bottom of page