AJL36 | Debaran Kian Terasa, Rentak 12 Lagu Kini Bermula
top of page
  • Writer's pictureMYB

AJL36 | Debaran Kian Terasa, Rentak 12 Lagu Kini Bermula

Acara tahunan berprestij untuk memartabatkan lagu terbaik, Anugerah Juara Lagu bakal melangsungkan edisi ke 36 pada 6 Mac 2022 (Ahad), bersiaran langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim secara langsung di www.anugerahjuaralagu.com , www.tonton.com.my, dan Youtube TV3 Malaysia.



Tema Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) - ‘Ini Rentak Kita’ menyatukan 12 lagu daripada genre muzik yang berbeza menerusi gabungan rentak 12 buah lagu AJL 36. Kami juga ingin memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa bersama dan tabah mengharungi cabaran melawan penularan virus Covid-19.


Malam kemuncak AJL 36 dimeriahkan oleh NOIR Beauty Essence..Cantik dengan Noir sebagai penaja utama dan menampilkan OPPO Reno 7 5G, Pakar Potret sebagai penaja bersama, Hot FM, Buletin FM dan Molek FM sebagai rakan radio serta Audio+, Xtra, Oh Bulan!, Seismik, Sirap Limau, SAYS, Berita Harian, Harian Metro dan News Straits Times sebagai rakan digital.


AJL 36 menampilkan gandingan hos Alif Satar dan Nabila Huda untuk mengemudikan acara kemuncak. Karpet Merah AJL 36 yang dihoskan oleh Sissy Imann dan Sean LJE akan bersiaran di TV9 dan Youtube TV3 Malaysia, dari pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam. Selain itu, penonton juga boleh meninjau gelagat dan debaran para finalis AJL 36 di belakang pentas bersama-sama dengan Sissy Imann dan Sean LJE dalam Backstage AJL 36 yang strim secara langsung di Youtube TV3 Malaysia.


Anugerah muzik berprestij ini mengangkat martabat komposer, penulis lirik dan penyanyi. AJL 36 akan menobatkan pemenang dalam kategori Persembahan Terbaik (dimeriahkan oleh NOIR Beauty Essence..Cantik dengan Noir), Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua dan Juara Lagu serta Anugerah Penyanyi Pilihan Popular AJL yang dibawakan oleh OPPO Reno 7 5G, Pakar Potret.



Para peminat boleh mengundi penyanyi kegemaran mereka menerusi Anugerah Penyanyi Pilihan Popular AJL yang dibawakan oleh OPPO Reno 7 5G, Pakar Potret di laman web rasmi www.anugerahjuaralagu.com yang berlangsung dari 9 Februari 2022 hingga 3 Mac 2022.


Juara Lagu akan memenangi RM100,000 bersama trofi, naib juara akan memenangi RM 50, 000 bersama trofi dan pemenang tempat ketiga akan memenangi RM 30, 000 bersama trofi. Manakala, pemenang Vokal Terbaik akan menerima RM12, 000 dan trofi, pemenang kategori Persembahan Terbaik bakal menerima RM12, 000 dan trofi serta hadiah wang tunai RM 6,000 daripada NOIR Beauty Essence..Cantik dengan Noir.


Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang Anugerah Juara Lagu 36, layari laman web rasmi www.anugerahjuaralagu.com dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan #AJL36, #RoadtoAJL36 dan #CantikDenganNoir untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.


bottom of page