top of page
  • Writer's pictureMYB

Aktiviti Dan Program Menarik Isi Sambutan Ulang Tahun ke-18 Bandaraya Petaling Jaya

Kemuncak sambutan ulang tahun ke-18 Bandaraya Petaling Jaya bakal diraikan pada Sabtu ini, 29 Jun 2024 bertempat di di Laman MBPJ, Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya. Sehubungan dengan itu, pelbagai jenis acara serta aktiviti menarik telah disusun pihak penganjur, Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebagai memeriahkan sambutan acara tahunan itu.


Sambutan Ulang Tahun ke-18 Bandaraya Petaling Jaya

Dengan tema sambutan ulangtahun “Petaling Jaya Bandar Paling Bahagia", ia sangat bertepatan dengan kejayaan yang diraih MBPJ baru-baru ini yang telah menerima Anugerah Bandar Paling Bahagia 2024 sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia (Happiness Index) Peringkat Kebangsaan.


Pada 20 Jun, MBPJ telah menawarkan perkhidmatan percuma kepada orang awam khususnya warga Petaling Jaya seperti tempat letak parking (on street parking), penggunaan kemudahan kolam renang, padang dan gelanggang sukan, 500 keahlian Perpustakaan Komuniti, 1000 anak pokok dan abate (ubat jentik-jentik). Selain itu, MBPJ juga telah membuka kaunter bayaran, kaunter semakan dan juga pameran kepada orang ramai.



Antara pengisian lain sepanjang bulan ini termasuk PJ Berselawat (27 Jun), Sukan Komuniti (29 Jun), Sumbangan PJ Prihatin (29 Jun), dan PJ Tower Run (30 Jun). Larian Menara MBPJ setinggi 25 tingkat dengan 552 anak tangga ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM 10,000 serta penampilan khas Soh Wai Ching, pelari menara nombor satu negara.


Sambutan Ulang Tahun ke-18 Bandaraya Petaling Jaya

Sementara itu akitviti yang bakal diadakan pada sambutan kemuncak nanti termasuklah persembahan kebudayaan, pertunujukan bunga api serta pertandingan perarakan yang akan menjadi salah satu acara utama.


Dalam perarakan itu nanti, terdapat dua kategori akan dipertandingkan iaitu kategori Majlis Perwakilan Penduduk dan kategori terbuka yang melibatkan agensi kerajaan, badan korporat, dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Hampir 400 peserta bakal menyertai perarakan ini, yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM6,000 kepada pemenang tempat pertama, kedua, dan ketiga.


Sambutan Ulang Tahun ke-18 Bandaraya Petaling Jaya

Manakala kemuncak sambutan ulang tahun tersebut akan diadakan pada sebelah malam dengan penganjuran majlis perasmian ulang tahun Petaling Jaya 2024 dan Promosi “Petaling Jaya International Folklore Festival 2025”. Acara kemuncak ini akan diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian oleh artis tanah air seperti Fahimi, Victoria Ng, Santesh, Black Mentor, Aisha Retno.


Sebanyak 37 aktiviti dan program telah dilaksanakan sepanjang bulan Jun 2024 bagi meraikan serta menghargai warga Petaling Jaya dan mengeratkan hubungan antara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan komuniti setempat. Objektif perlaksanaan aktiviti dan program ini adalah untuk menggalakkan penyertaan dari semua peringkat komuniti.




Comentarios


bottom of page