Dalam semangat menyebarkan kegembiraan dan keceriaan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pusat Beli-belah Alamanda Putrajaya telah meraikan kanak-kanak yatim piatu dan anak-anak kurang bernasib baik dari Yayasan Warisan Suci di Kajang untuk membeli-belah barangan keperluan Hari Raya pada 26 Mac 2024 lalu sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.
![Alamanda Putrajaya](https://static.wixstatic.com/media/50a2d9_6fcb902a6bb849259789d11dfeebe910~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_653,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/50a2d9_6fcb902a6bb849259789d11dfeebe910~mv2.jpg)
Mereka yang berusia sehingga 6 tahun itu tiba bersama pengurus Yayasan Warisan Suci Puan Siti Khadijah Nadzri dan disambut mesra oleh Pengurus Besar Pusat Beli Belah Alamanda Junaidy Jamaludin.
Pihak pengurusan di Pusat Beli-belah Alamanda membawa kanak-kanak ini membeli-belah untuk sepasang kasut raya dan pakaian tradisional raya yang baharu. Majlis menjadi lebih bermakna apabila anak-anak turut diberikan 'duit raya' untuk menyambut musim perayaan.
Semasa berbuka puasa, kanak-kanak yatim piatu dilimpahi kegembiraan dan kesyukuran kerana mereka dibenarkan memilih apa sahaja daripada menu yang diingini.
Menurut Francis Tan, Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, "Sebagai satu-satunya pusat membeli-belah di Putrajaya, kami menyedari kepentingan memainkan peranan penting dalam melibatkan diri dan menyokong masyarakat secara aktif, terutamanya kanak-kanak kurang bernasib baik.
"Sambil menyambut Hari Raya bersama rakan-rakan dan keluarga adalah penting, kita mesti sentiasa ingat bahawa tidak semua orang mempunyai keistimewaan untuk berbuat demikian. Justeru, kami berbesar hati untuk berkongsi kegembiraan hari raya bersama anak-anak daripada Yayasan Warisan Suci," jelas Francis.
![Alamanda Putrajaya](https://static.wixstatic.com/media/50a2d9_8cefc5f44cd140f7bae2b72b28708f54~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_653,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/50a2d9_8cefc5f44cd140f7bae2b72b28708f54~mv2.jpg)
Sementara itu, Puan Siti Khadijah Nadzri, pengurus Yayasan Warisan Suci merakamkan ucapan terima kasih kepada Alamanda Shopping Centre kerana telah memberikan kegembiraan kepada anak-anak dan memberi peluang kepada mereka menyambut bulan Syawal dengan penuh kegembiraan.
Layanan istimewa dari Alamanda amat bermakna buat mereka terutama anak-anak. Yayasan Warisan Suci merupakan sebuah rumah kebajikan yang memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang memerlukan khususnya anak yatim.
Tambahnya lagi, "Sebagai penjaga kepada kanak-kanak ini, kami berterima kasih kepada Alamanda Shopping Centre kerana telah memberikan keceriaan kepada kanak-kanak ini dan membolehkan mereka menyambut Syawal dengan penuh meriah. Layanan istimewa daripada Alamanda amat bermakna buat kami terutamanya kepada kanak-kanak ini. ."
Komentar