All-Stars Gegar Vaganza: Juara Antara Juara Milik Jaclyn Victor
top of page
  • Writer's pictureMYB

All-Stars Gegar Vaganza: Juara Antara Juara Milik Jaclyn Victor

Konsert akhir All-Stars Gegar Vaganza (GV10), yang disiarkan secara langsung dari Arena Axiata di Bukit Jalil, malam tadi telah menobatkan Jaclyn Victor sebagai juara musim ini, sekaligus meraih posisi Juara Antara Juara pertandingan realiti nyanyian tersebut.


Jaclyn Victor Juara All-Stars Gegar Vaganza
Juara antara juara! Jaclyn Victor meraih kemenangan musim ke-10 All-Stars Gegar Vaganza

Jaclyn berjaya membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM200,000 sumbangan Astro, pakej percutian ke Switzerland tajaan Kaki Jalan, penginapan di Royale Chulan Hotel London tajaan Royale Chulan Hotels & Resorts, baucar dekorasi ruangan tajaan Ritz Reka berserta trofi emas berprestij All-Stars Gegar Vaganza. Selain itu, Jaclyn turut membawa pulang wang tunai bernilai RM3,000 menerusi Anugerah Bintang Power Meow tajaan Power Cat.


Sepanjang konsert akhir All-Stars Gegar Vaganza, Jaclyn Victor mempamerkan bakat luar biasanya melalui tiga rutin persembahan: solo, duet, dan 'battle yang bertenaga bersama peserta terkenal yang lain. Dia memukau penonton dengan membawakan lagu "When You Believe," yang asalnya duet oleh Whitney Houston dan Mariah Carey. Persembahan solo Jaclyn dipenuhi dengan emosi, menangkap intipati lagu itu.


Persembahan duetnya bersama Datuk Jamal Abdillah dalam lagu hit klasik "Sandarkan Pada Kenangan" merupakan paduan suara yang menggembirakan. Suara mereka sebati dengan harmoni, mencipta persembahan nostalgia dan menyentuh hati yang bergema bersama penonton.


Dalam segmen 'battle' yang dinanti-nantikan penonton, Jaclyn Victor digandingkan dengan Siti Nordiana, Liza Hanim, dan Tomok, di mana mereka menyampaikan persembahan yangmenakjubkan menerusi lagu "Let's Kill This Love" oleh Blackpink. Persembahan tersebut mempamerkan kehebatan vokal dan pesona pentas mereka, membuatkan penonton terbuai bersama.


Jaclyn Victor Juara All-Stars Gegar Vaganza
Persembahan penuh emosi sewaktu rutin solo menyampaikan lagu "When We Believe"

Bakat luar biasa Jaclyn Victor dan persembahan luar biasa semasa konsert akhir itu memberikannya peratusan markah keseluruhan sebanyak 80.10 peratus, meletakkannya pada kedudukan selesa sebagai pemenang. Dedikasi dan kerja kerasnya sepanjang musim membuahkan hasil, dan dia muncul sebagai juara All-Stars Gegar Vaganza (GV10).


Konsert akhir All-Stars Gegar Vaganza (GV10) merupakan persembahan yang luar biasa. Hady Mirza memperoleh markah kedua tertinggi dengan 75.74 peratus, diikuti rapat oleh Nikki Palikat dengan 73.18 peratus dan Liza Hanim dengan 72.34 peratus. Sementara itu Naqiu memperoleh markah 72.18 peratus, manakala Tomok mendapat markah 71.46 peratus. Azharina dan Siti Nurdiana masing-masing berpuas hati dengan pungutan markah 69.64 peratus dan 61.14 peratus.


Sebagai kelainan dari musim sebelumnya, kedudukan naib juara, tempat ketiga, dan seterusnya tidak diumumkan pada akhir konsert ini. Bagaimanapun, semua peserta menerima hadiah berupa wang tunai RM10,000 sumbangan daripada Astro, pakej percutian tajaan Kaki Jalan, dan trofi All-Stars Gegar Vaganza.


Selain itu, Naqiu turut memengangi hadiah wang tunai khas RM10,000 menerusi anugerah "Pilihan Boss Susu".


Persembahan finalis dalam konsert akhir All-Stars Gegar Vaganza (GV10) diadili sepenuhnya oleh juri profesional terdiri Datuk Ramli MS, Bonda Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat selaku juri tetap manakala Ella sebagai juri jemputan, menambah kepakaran dan pandangannya kepada proses penilaian. Konsert akhir All-Stars Gegar Vaganza (GV10) dihoskan oleh Nabil Ahmad serta Jihan Muse.

bottom of page