Anugerah Meletop ERA 2021 Ditunda
top of page
  • Writer's pictureMYB

Anugerah Meletop ERA 2021 Ditunda



Melihat pada jumlah kes harian COVID-19 yang semakin meningkat, Astro sebagai sebuah syarikat korporat yang bertanggungjawab, denganberat hatinya mengumumkan bahawa kami mengambil keputusan untuk menangguhkan penganjuran Anugerah Meletop ERA 2021 (AME2021) yang dirancang pada 30hb Januari 2022, ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.


Astro sentiasa menitik beratkan keselamatan dan kesejahteraansetiap mereka yang terlibat dengan mana-mana produksi terbitan kami. Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan pihak berwajibsentiasa menjadi keutamaan kami. Di samping itu, kami sentiasa mengambil langkah-langkah proaktif untukmelaksanakan pemeriksaan pra kesihatan dan ujian saringan COVID-19 secara menyeluruh ke atas semua yang terlibatsebelum bermulanya mana-mana program terbitan Astro.


Sebelum acara berlangsung, berdasarkan pemeriksaan prasaringan kesihatan ke atas kesemua yang bakal menyertaiproduksi AME2021, sejumlah individu telah dikenal pasti perlu dikecualikan, termasuk mereka yang harus menjalaniproses kuarantin kendiri dalam tempoh waktu seperti yang ditetapkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Walaupun mereka telah dikesan lebih awal dan tidak dibenarkan masuk ke lokasi rakaman AME2021, kami tetapmengambil langkah lebih berjaga-jaga, dan tidak inginmengambil sebarang risiko berkenaan dengan keselamatan mana-mana pihak memandangkan statistik harian semakin meningkat.


Justeru, kami dengan ini ingin memohon maaf kepada semuayang terlibat terutamanya barisan artis, para penaja, rakan-rakan niaga, penonton khususnya pengundi dan kru produksidi atas kejadian yang tidak diduga dan di luar kawalan kami ini. Sekali lagi, ingin ditekankan di sini bahawa keputusan initelah diambil kerana keselamatan mereka yang terlibatsentiasa menjadi keutamaan kami.


Terima kasih di atas sokongan anda. Kami akan memantausituasi semasa dan sebarang perkembangan lanjut akandimaklumkan kelak.

bottom of page