Astro Ceria Siar Drama Bersiri Pertama Dari Francais 'Legenda'
top of page
  • Writer's pictureMYB

Astro Ceria Siar Drama Bersiri Pertama Dari Francais 'Legenda'

Selepas kejayaan telefilem ‘Legenda Puteri Bulan’ dan ‘Legenda Puteri Felora’, Astro Ceria kini membawakan siri pertama daripada francais ‘Legenda’ iaitu ‘Legenda Puteri Qaseh’. Francais ‘Legenda’ direka bertujuan untuk menjana kisah-kisah klasik fiksyen yang moden sejajar dengan perubahan waktu.



Selain daripada itu, ‘Legenda Puteri Qaseh’ turut melihat francais ini dikembangkan dalam bentuk drama rantaian untuk memenuhi kehendak para penonton di pelbagai platform Astro terutamanya mereka yang menggemarkan ‘binge watching’ atau penstriman. Malah Astro Ceria akan memperkasakan genre penceritaan yang turut merangkumi genre superhero untuk tahun 2023 demi memperkukuhkan posisi Astro Ceria sebagai destinasi saluran tempatan utama untuk kanak-kanak dan golongan muda di negara ini.


Menerusi penceritaan 9 episod ‘Legenda Puteri Qaseh’ berkisarkan seorang gadis bernama Qaseh berhati mulia yang mendapat tahu bahawa dirinya merupakan seorang puteri dari kerajaan KayaJaya.


Dengan kemangkatan kedua orang ibu bapanya, kini kerajaan tersebut diperintah oleh bapa saudaranya, Raja Sulung. Qaseh dibawa kembali ke istana Kayajaya untuk menjalani kehidupan sebagai seorang puteri. Dalam menjalani kehidupan baharunya, Qaseh berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran demi mengembalikan kebaikan ke kerajaan KayaJaya.


‘Legenda Puteri Qaseh’ diterajui bintang baharu yang semakin bersinar di persada seni kita Qasrina Qarim sebagai Puteri Qaseh, nama yang semakin mendapat tempat di hati peminat dan media sekarang, Daniel Fong sebagai Laksamana Andika dan Bella Dowanna sebagai Laila, rakan karib Puteri Qaseh.


Barisan pelakon drama 'Legenda Puteri Qaseh'

‘Legenda Puteri Qaseh’ juga dibintangi para pelakon A-lister Norman Hakim sebagai Raja Sulung serta penampilan istimewa Datin Lisa Surihani sebagai Pemaisuri Kalsom dan Datuk Yusry Abdul Halim sebagai Raja Budi. Manakala runut bunyi berjudul ‘Takkan Mengalah’ dinyanyikan oleh Nuha Bahrin dan Naufal Azrin.


Saksikan ‘Legenda Puteri Qaseh’ bermula 9 Januari setiap hari Isnin pada jam 9 malam di Astro Ceria (Saluran 611). Tayangan episod pertama turut merupakan tayangan istimewa dengan tontonan ulung berdurasi satu jam yang padat dengan penceritaan permulaan siri ini. Untuk pilihan lebih fleksibel, strim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box dengan Pek Entertainment. Whatsapp "Nak ASTRO" ke 03-9543 3838.


bottom of page