top of page

Makan Budu Baru Jadi! – Baby Shima Cabar Diri, Lancar Lagu Loghat Kelantan Pertama 'Bey Kelik La Bey'

  • Writer: MYB
    MYB
  • 55 minit lalu
  • 1 min membaca

KUALA LUMPUR – Penyanyi sensasi, Baby Shima menutup tirai tahun 2025 dengan satu kejutan istimewa buat peminat Pantai Timur. Buat julung kalinya, beliau tampil dengan single yang dirakamkan sepenuhnya dalam dialek Kelantan berjudul 'Bey Kelik La Bey'.


Makan Budu Baru Jadi! – Baby Shima Cabar Diri, Lancar Lagu Loghat Kelantan Pertama 'Bey Kelik La Bey'

Lagu ciptaan komposer tersohor, Eddie Hamid ini bakal menemui peminat di semua platform penstriman digital bermula esok, 31 Disember 2025, bersempena sambutan ambang tahun baharu.



Menurut Baby Shima, idea untuk merakamkan lagu ini tercetus hasil desakan peminat di media sosial yang sering memintanya menyanyikan lagu loghat 'Kelate'. Walaupun mengakui dialek tersebut mempunyai keunikan tersendiri dan kedengaran "comel", Shima mendedahkan beliau mengambil masa lebih seminggu untuk memahiri sebutan yang tepat.



Berkongsi pengalaman di studio rakaman, Shima sempat berseloroh mengenai 'ramuan rahsia' yang membantunya mendapatkan lenggok bahasa tersebut.


"Semasa sesi rakaman pun, ada masa saya tersasul, terutama bila lapar. Tapi bila makan budu, terus elok balik dialek Kelantan saya itu," gurau Shima.
Makan Budu Baru Jadi! – Baby Shima Cabar Diri, Lancar Lagu Loghat Kelantan Pertama 'Bey Kelik La Bey'

Beliau turut memuji sikap Eddie Hamid yang sangat penyabar dan 'sporting' melayannya sepanjang proses rakaman, meskipun beliau sering tersalah sebutan pada awalnya.


Disebalik rentak dan dialeknya, Bey Kelik La Bey membawa naratif pilu mengenai seorang wanita yang ditinggalkan kekasih selepas diberi harapan palsu. Lirik lagu ini, yang digarap bersama oleh Fadil Turbo, Mama Ana, Jaju, dan Te Ha, menggambarkan rayuan hati wanita tersebut agar pasangannya pulang kembali ke pangkuannya.


Peminat boleh menonton video muzik rasmi lagu ini di saluran YouTube Kijang Music tepat jam 8 malam esok.



Komen


bottom of page