Bike & Beans Umum Jadi Pengedar Tunggal Basikal Jenama Officine Mattio
top of page
  • Writer's pictureMYB

Bike & Beans Umum Jadi Pengedar Tunggal Basikal Jenama Officine Mattio

Bike and Beans telah mengadakan majlis perlancaran basikal berjenama Officine Mattio, di Bike and Beans Cafe, Menara Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya, semalam.

 


Serentak dengan majlis pelancaran itu, Bike and Beans secara rasminya mengumumkan syarikat itu kini telah menjadi pengedar tunggal bagi jenama tersebut di Malaysia di premis kafe mereka yang juga merupakan pusat sehenti, galeri pameran dan jualan aksesori dan basikal dari beberapa jenama terkenal di pasaran.

 

Officine Mattio merupakan basikal berjenama dari Itali yang terkenal dengan kualiti basikal buatan tangan. Apa yang menarik, bahan 'carbon fibre' yang digunakan pada badan basikal ini merupakan bahan yang sama yang digunakan pada kenderaan mewah seperti Ferrari dan Lamborghini.


Pengarah Pemasaran Bike and Beans Cafe, Samsul Kamal Arrifin

Pengarah Pemasaran Bike and Beans Cafe, Samsul Kamal Arrifin berkata, keunikan Officine Mattio adalah strategi perniagaannya yang mengutamakan kualiti berbanding kuantiti.


Selain reka bentuknya yang eksklusif,  setiap perincian basikal ini juga dihasilkan dengan penuh teliti.

 

Bersempena dengan pelancaran tersebut, Bike & Bean turut mengadakan tiga acara khas yang telah dijalankan serentak iaitu Fun Ride, majlis bidaan dan cabutan bertuah serta pameran kelengkapan basikal dan aksesori .

 

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Tuan Adam Adli turut sama memeriahkan program Fun Ride yang berlansung pada 730 pagi semalam. Beberapa artis terkenal tanah air yang aktif dalam dunia berbasikal seperti Amar Baharin, Baggio Damasutra dan Shahrin Blackrose turut hadir menyerikan majlis.


Menarik tentang aktiviti bidaan ini adalah, Bike and Beans telah membuka bidaan basikal Officine Mattio model The Santiago C Levante dengan nombor siri 003 yang dibawa khas untuk acara tersebut. Basikal model tersebut hanya dikeluarkan sebanyak 10 unit sahaja di dunia.



Selain terlibat dalam pengurusan F&B, serta mengendalikan aspek runcitan perniagaan, pengurusan Bike and Beans juga mempunyai beberapa cabang perniagaan lain seperti syarikat pembekal makanan Aiena Signatures, agensi pemasaran digital Truepixel dan syarikat pembinaan serta hiasan dalaman Bakateam Services.


Sinergi gabungan semua perniagaan ini merupakankan antara rancangan untuk mengembangkan rangkaian Bike and Beans ke sepuluh lokasi di seluruh Malaysia dalam masa 18 bulan.


Bike and Beans yakin bahawa dalam masa terdekat, Officine Mattio akan menjadi jenama basikal premium yang terkenal di Malaysia.

bottom of page