Cintaku 100% - Mas Idayu Akui Hatinya Kini Sudah Dimiliki
top of page
  • Writer's pictureMYB

Cintaku 100% - Mas Idayu Akui Hatinya Kini Sudah Dimiliki

Pelantun lagu dagdut Cintaku 100%, yang mesra disapa Mummy, Mas Idayu mengukir senyum manis saat ditanya mengenai khabar hatinya kini sudah dimiliki. Mummy yang diajukan pertanyaan tentang status terkini beliau mengakui dirinya sedang bercinta dengan seorang lelaki pengiat industri seni.


Mas Idayu

“Selama hampir lebih 15 tahun hidup sendiri, saya terkejut dan tidak menyangka akhirnya hati terbuka untuk mengenali seseorang.


“Perasaannya ibarat ketika mengenali lelaki pada zaman anak dara. Rasa menggigil untuk jawab soalan ini," katanya ketika ditemui selepas program Mic On! yang disiarkan di Awesome TV semalam.


Mas Idayu bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi mengenai identiti lelaki yang sedang dikenali, sebaliknya akan berkongsi apabila tiba waktu sesuai.


“Selama ini, sebenarnya saya tutup pintu hati untuk menerima pasangan baru meski banyak lelaki yang cuba mendekati.


“Pernah juga ada lelaki muda yang cuba untuk rapat, namun sekiranya saya okey, anak pula sebaliknya.


“Sebenarnya, saya selalu berdoa agar dibukakan rezeki sebab bagi saya, sudah tiba masanya untuk berteman.” Mummy@Mas Idayu.

Dia yang juga juri dalam program realiti berkenaan berkata, tidak menyangka bahawa doa yang dipohon akhirnya dipertemukan dengan seseorang yang bekerja dalam industri.


“Saya tak sangka dia hadir dalam hidup, walhal sebelum ini kami pernah beberapa kali bekerjasama.


“Tahun lalu ada orang yang usik saya dengannya, tapi kami mula rapat tahun ini. Apa yang boleh katakan, dia bukanlah dalam kalangan selebriti.


“Kami juga sudah keluar berjumpa empat kali dan setakat ini hubungan berjalan dengan baik. Cuma apa yang minta doakan agar yang baik-baik saja daripada semua, Insha-Allah,” katanya.


Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Aman Gaseka dan bercerai sekitar tahun 2006.


Hasil perkahwinan terbabit, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Ashiqah yang kini sudah berusia 25 tahun.

0 comments
bottom of page