top of page
  • Writer's pictureMYB

Cipta Pelbagai Jenis Resipi Sajian Sihat Dan Snek Kreatif Berasaskan Kacang Panggang Ayam Brand

Cuti sekolah masih lagi berbaki dan tidak lama lagi sesi baharu persekolahan akan bermula. Sementara anak-anak masih di rumah, mereka tentunya mahukan snek dan hidangan baharu yang menyeronokkan serta aktiviti yang boleh mereka lakukan bersama anda. Ya, kami juga sering terdengar rungutan “Saya bosan” dan “Saya lapar” sepanjang musim cuti sekolah ini dan Ayam Brand bersedia untuk membantu.

Kacang Panggang Ayam Brand mempunyai pelbagai sajian utama dan snek sihat serta enak yang telah diuji dan dicuba yang pasti menarik selera anak-anak, selain memenuhi masa dan menggembirakan mereka. Atau seperti kata ibu bapa, aktiviti yang bukan digital pengayaan pengalaman dan berasaskan ganjaran bersama anak-anak.

Kebanyakan rakyat Malaysia, khasnya kanak-kanak, menggemari Kacang Panggang Ayam Brand. Mungkin disebabkan rasa dan tekstur kacang Northern Haricot yang besar dimasak sempurna, sos tomato yang enak dan menyelerakan, keriangan terpancar apabila ia dicucuk dengan garfu dihidangkan dengan hidangan sarapan Eropah mahupun hidangan pilihan ketika berkelah atau berkhemah bersama keluarga.

Kacang panggang menyediakan kebaikan serat dan protein berasaskan tumbuh-tumbuhan[1]. Ia juga merupakan sumber baik tiamina[2], zink[3] dan selenium[4] yang menyokong penghasilan tenaga, membantu fungsi imun dan kesihatan tiroid. Lindungi bumi demi kesejahteraan generasi masa depan dengan tidak memakan daging sekurang-kurangnya seminggu sekali dan menggantikannya dengan kacang panggang atau protein tumbuh-tumbuhan lain untuk meningkatkan pengambilan nutrisi, pada masa sama mengurangkan pelepasan karbon.

Kacang Panggang Ayam Brand adalah enak, sedia dimakan terus dari tin atau sebagai hiasan sajian kaya nutrisi. Ia boleh didapati dalam pilihan rasa Asli (Original), Light, Dengan Keju (Cheese) dan terkini, dengan pengenalan Kacang Panggang Organik Ayam Brand, hidangan kegemaran keluarga ini menjadi lebih sihat.

Kacang Panggang Ayam Brand, yang menerima pensijilan USDA, menggunakan ramuan yang ditanam dan dituai secara organik tanpa kandungan bahan kimia dan racun perosak. Ia mempamerkan label yang jelas memaparkan bebas MSG, tiada bahan pengawet dan GMO, seterusnya memberikan anda dan ahli keluarga ketenangan untuk mendapatkan nutrisi organik yang lebih bersih dan sihat.

Dengan lebih ramai rakyat Malaysia memilih pemakanan organik, kos dan waktu penyediaan sajian mungkin menjadi satu isu. Sungguhpun demikian, Kacang Panggang dalam Sos Tomato Organik Ayam Brand dijual pada harga mampu milik RM4.85 untuk setiap tin seberat 230g.

Mulakan langkah untuk mencipta momen-momen indah yang akan terus terpahat di minda bersama anak-anak anda semasa musim cuti ini dengan menggunakan Kacang Panggang Ayam Brand.

Cubalah resipi mudah, pantas dan enak ini bersama anak-anak anda. Pilih salah satu atau cuba kesemuanya untuk menarik perhatian anak-anak daripada mereka menghabiskan masa di hadapan peranti mudah alih. Ambil kesempatan ini untuk mengajar mereka mengenai nutrisi berkhasiat dan makanan organik. Jadilah ibu bapa gred A+.

Sambal Tumis Kacang Panggang Ayam Brand


Hanya tiga ramuan yang diperlukan dan menggabungkan Sardin & Kacang Panggang Ayam Brand. Tumiskan Pes Sambal Tumis Ayam Brand sehingga naik bau. Masukkan Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand dan gaul dengan perlahan.


Anda boleh memberikan sentuhan tersendiri dalam masakan ini dengan menambah air, sos pedas, garam, perahan limau atau bahan perasa, rempah atau herba lain secukup rasa.


Akhir sekali, tambahkan Kacang Panggang dalam Sos Tomato Ayam Brand dan gaul sehingga masak sempurna.


Hidangkan bersama nasi panas atau roti.


Tempoh penyediaan: 5 minit

Tempoh masakan: 10 minit

Saiz hidangan: 4 orang


Kacang Panggang Organik Ayam Brand bersama Penkek Ubi


Resipi ini melibatkan interaksi ibu bapa dan anak untuk mencipta memori indah dan penuh kelazatan. Mencampur kacang panggang organik, jagung manis dan kacang pea, melenyek ubi, membentuk doh, membentuk penkek dan menghiasnya serta menyediakan banyak peluang pembelajaran dan saat-saat indah untuk dirakam bersama.

Di bawah cara untuk menyediakan penkek istimewa ini: Rebus ubi sehingga lembut. Toskan ubi. Tugaskan anak anda untuk melenyek ubi tersebut. Tambahkan rempah dan tepung untuk membentuk doh.


Panaskan minyak dalam pan, tumiskan bahan-bahan aromatik sehingga naik bau. Masukkan Kacang Panggang Organik Ayam Brand, Jagung Cawan Manis Ayam Brand dan Kacang Pea Hijau Ayam Brand. Gaul dengan perlahan sehingga agak pekat. Bentuk 5 hingga 6 biji bebola doh ubi dan penyekkan kepada bentuk penkek setebal kira-kira 1cm. Semburkan sedikit minyak pada pan supaya tidak melekat dan goreng setiap kepingan penkek sehingga keemasan pada kedua-dua bahagian.

Untuk menghidang, tambahkan satu sudu penuh kacang panggang organik pada setiap penkek dan hiaskan dengan daun pasli atau ketumbar. Yum!

Tempoh penyediaan: 20 minit

Tempoh masakan: 15 minit

Saiz hidangan: 4 orang

Pot Keju Kacang Panggang Ayam Brand


Kanak-kanak amat menggemari kacang panggang, telur dan keju. Resipi ini menggabungkan hidangan kegemaran kanak-kanak kepada satu sajian berkhasiat yang kaya dengan protein yang amat lazat dan mudah disediakan.

Minta anak anda untuk menggaul Kacang Panggang Ayam Brand, rempah dan telur dalam mangkuk dengan perlahan. Biarkan anak anda oleskan bahagian dalam 4 bekas muffin atau sapukan dengan mentega. Tuang campuran kacang panggang dan taburkan keju dengan banyak pada bahagian atas.


Bakar dalam oven panas bersuhu 180ºC selama 20 minit sehingga keju menjadi pejal. Naikkan suku kepada 210ºC dan biarkan selama 3 hingga 5 minit sehingga keju keperangan.

Hiaskan pot keju dengan daun pasli atau ketumbar. Hidangkan bersama roti bakar atau makan terus menggunakan sudu. Hidangan ini pasti memuaskan selera anda.

Tempoh persediaan: 5 minit

Tempoh masakan: 25 minit

Saiz hidangan: 4 orang

Dip Salsa ala Mexico Kacang Panggang Organik Ayam Brand bersama Kerepek Tortilla

Cuti sekolah adalah musim yang sesuai untuk berehat dan menonton filem atau siri animasi bersama anak-anak. Suatu tontonan tentunya tidak lengkap tanpa snek. Jadikan hidangan snek anda lebih sihat, berkhasiat dan eksotik bersama Dip Salsa ala Mexico Kacang Panggang Organik Ayam Brand bersama kerepek Tortilla.

Dalam sebuah mesin pengisar atau pemprosesan makanan, berikan anak anda peluang untuk mencampur 1 sudu besar minyak zaitun, 1 tin Kacang Panggang dalam Sos Tomato Organik Ayam Brand, air perahan separuh biji limau dan masukkan garam, lada hitam dan


kepingan cili sehingga cukup rasa. Pastikan anda sentiasa peka dengan tekstur dip anda. Kisaran yang pendek akan menghasilkan dip yang kasar, manakala kisaran yang lebih panjang akan menghasilkan pes yang lebih halus.

Kemudian, sediakan salsa anda dengan menggabungkan tomato yang telah dicincang, bawang merah, daun ketumbar, air perahan lemon dan suku tin Jagung Cawan Manis Ayam Brand. Si kecil boleh membantu dengan mencarik daun ketumbar, memerah air lemon dan toskan jagung dalam tin.

Masukkan dip tersebut dalam sebuah mangkuk kecil dan dituangkan salsa yang telah tersedia di atasnya dan hidangkan bersama kerepek tortilla. Ini adalah satu snek berkhasiat yang amat mudah disediakan bersama dan pastinya menjadi kegemaran insan tersayang.

Tempoh penyediaan: 5 minit

Tempoh masakan: 3 minit Saiz hidangan: 4 orang

Kacang Panggang dalam Sos Tomato Ayam Brand disediakan dalam rasa Asli, Ringan dan Keju pada harga RM3.15 untuk tin 230g dan RM4.40 untuk tin tinggi. Kacang Panggang dalam Sos Tomato Organik Ayam Brand dijual pada harga RM4.85 untuk tin 230g.

Produk-produk Ayam Brand boleh didapati di rangkaian Aeon Big, Giant, Cold Storage, Jaya Grocer, Village Grocer, Bens, Hero, Mydin, TF Value, The Store/Pacific, Econsave dan Matahari. Ia juga boleh didapati di Ayam Brand Official di Shopee dan Lazada.



Comments


bottom of page