top of page

Fitri Haris & Eja Shahril Angkat Batik Sintok & Estetika Raya Islamik Ke Pentas Dunia

  • Writer: MYB
    MYB
  • 5 hari lalu
  • 1 min membaca

UNITED KINGDOM – Pentas antarabangsa di United Kingdom baru-baru ini diserikan dengan wajah budaya Malaysia apabila dua ikon kreatif tanah air, TS Dr Fitri Haris dan pereka fesyen tersohor, Eja Shahril, bergabung tenaga dalam sebuah misi istimewa.


Fitri Haris & Eja Shahril Angkat Batik Sintok & Estetika Raya Islamik Ke Pentas Dunia

Menerusi acara eksklusif yang menggabungkan pertunjukan fesyen dan 'mini showcase', mereka berjaya mengangkat martabat warisan tekstil serta fesyen Islamik tempatan ke mata dunia.


Acara berprestij yang dibawakan oleh Niyatenson Empire Sdn Bhd dengan kerjasama SCIMPA UUM ini bukan sahaja bertujuan mempromosikan fesyen, tetapi juga membawa naratif budaya yang mendalam. Fokus utama acara terarah kepada pengenalan 'Batik Sintok' dan koleksi khas 'Islamik Raya' yang diperagakan dengan penuh gaya di hadapan komuniti antarabangsa.


Eja Shahril, yang terkenal dengan sentuhan rekaan yang menggabungkan elemen tradisional dan moden, tampil mempertaruhkan koleksi Batik Sintok yang diolah secara sofistikated.


Menurut beliau, usaha ini adalah bukti bahawa identiti Malaysia mampu berdiri megah di persada global.


"Batik Sintok bukan sekadar kain, ia adalah cerita, seni, dan jiwa budaya kita," jelas Eja Shahril mengenai visi di sebalik koleksi tersebut," ujar Eja

Menariknya, acara ini turut diserikan dengan penampilan khas TS Dr Fitri Haris dan keluarganya selaku ikon utama. Beliau bukan sahaja hadir sebagai tetamu, malah menjayakan segmen 'mini showcase' yang mempamerkan busana raya berkonsepkan kesopanan dan estetika Islamik yang elegan, sesuai dengan citarasa global masa kini.


Kejayaan penganjuran ini yang turut mendapat sokongan komuniti Malaysia di perantauan dilihat sebagai satu pencapaian penting dalam usaha memartabatkan seni fesyen negara. Ia sekaligus membuktikan bahawa gandingan fesyen dan nilai Islamik mampu mencetuskan fenomena tersendiri, merapatkan jurang budaya antara Malaysia dan United Kingdom.



Komen


bottom of page