top of page

’Clash of Empire’ Muzikal Lawak Superstar Kembali, 10 Kumpulan Komedi Berentap

  • Writer: MYB
    MYB
  • 23 Sep
  • 2 min membaca

KUALA LUMPUR — Arena komedi tanah air bakal digegarkan semula apabila Astro menghidupkan kembali pentas paling hangat, Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim kelima dengan tema epik dan penuh heroisme, “Clash of Empire”. Bermula 11 Oktober ini, sepuluh kumpulan komedi akan bertarung selama lapan minggu dalam sebuah pertarungan jenaka yang diinspirasikan daripada empayar legenda dunia.


’Clash of Empire’ Muzikal Lawak Superstar Kembali, 10 Kumpulan Komedi Berentap
Musim kelima Muzikal Lawak Superstar ini bakal menampilkan sepuluh kumpulan komedi yang akan berentap untuk memenangi gelaran juara.

MLS5 bukan sekadar pertandingan lawak biasa. Dengan tagline “Arena Pahlawak Terbahak Kau Kaw”, setiap kumpulan tampil sebagai ‘pahlawan’ dari empayar seperti Rom, Nusantara, Jepun, China, Perancis dan banyak lagi. Mereka akan berentap dengan jenaka tajam, kreativiti segar dan persembahan muzikal yang mencuit hati, semuanya berlandaskan tema mingguan yang berbeza.


Menurut Ketua Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh, MLS5 bukan hanya pentas hiburan, tetapi juga medan pencarian bakat komedi luar biasa dari pelbagai latar belakang terdiri dari pelakon, penyanyi, influencer dan lain-lain.


“Komedi adalah seni yang menuntut kreativiti dan keikhlasan. MLS5 menggabungkan elemen muzikal dan komedi untuk hiburan yang segar dan berkualiti,” katanya.

’Clash of Empire’ Muzikal Lawak Superstar Kembali, 10 Kumpulan Komedi Berentap
Dengan slogan "Arena Pahlawan Terbahak Kau Kaw" , setiap kumpulan akan membawakan persembahan sebagai wira empayar legenda dari seluruh dunia seperti Rom, Nusantara, Jepun, China, dan Perancis.


GALERI


Musim ini menyaksikan kemunculan nama-nama besar seperti Joey Daud, Aziz M. Osman, serta wajah-wajah baharu seperti Maryam Kimchi, Aishah Azman, dan Naqiu. Turut serta ialah pelawak popular seperti Fad, Achey, Man Raja Lawak, dan Ali Puteh.


MLS5 akan dikemudi oleh pengacara ikonik Dato’ AC Mizal, manakala barisan juri baharu terdiri daripada Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil), Zizan Razak, dan Bella Astillah, satu gabungan yang dijangka membawa perspektif segar dalam penilaian.


’Clash of Empire’ Muzikal Lawak Superstar Kembali, 10 Kumpulan Komedi Berentap

Penonton boleh menyaksikan siaran langsung setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (saluran 105), serta kandungan eksklusif di belakang tabir melalui Astro GO dan sooka. MLS5 turut disokong oleh penaja utama Alicafé, yang membawa tenaga “legendanya” ke pentas komedi.


Dengan format penjurian 70% dari juri profesional dan 30% undian penonton di Astro Gempak, hanya satu empayar akan dinobatkan sebagai juara. Saksikan bagaimana setiap empayar bangkit atau tumbang dalam pertarungan komedi paling epik tahun ini!



Komen


bottom of page