top of page
Writer's pictureMYB

Dadi Cinema Tayang 11 Filem Pilihan Di Festival Filem Budaya China-Malaysia

Updated: Jun 22

Festival Filem Budaya China-Malaysia bersedia untuk memikat penonton di Pawagam Dadi, Pavilion Kuala Lumpur, bermula hari ini hingga 23 Jun 2024. Acara 3 hari ini bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China, menjadikannya satu acara penting pertukaran budaya dan kecemerlangan sinematik kedua-dua buah negara.


Festival Budaya Filem China-Malaysia
Antara filem-filem dari Malaysia dan China yang ditayangkan sepanjang Festival Budaya Filem China-Malaysia berlansung dari 21 -23 Jun 2024

Festival Filem Budaya China-Malaysia menampilkan sejumlah 11 judul filem cemerlang, mempamerkan barisan filem terbaik kedua-dua negara serta forum bertema yang diadakan khas buat para pembikin filem, selain menyediakan platform interaksi antara pembuat filem dan penonton filem Malaysia dan China.


Majlis perasmian Festival Filem Budaya China-Malaysia telah berlansung petang tadi dan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching. Majlis perasmian tersebut turut dihadiri Pengerusi FINAS, Datuk Kamil Othman, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif Mango Media China, Datuk Ge Ya Mei serta Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Festival Filem Budaya China-Malaysia, Aron Koh.


Festival Budaya Filem China-Malaysia
Majlis perasmian Festival Filem Budaya China-Malaysia disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching bersama Pengerusi FINAS, Datuk Kamil Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Mango Media China, Datuk Ge Ya Mei serta Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Festival Budaya Filem China-Malaysia, Aron Koh.

Menurut Aron Koh, tahun ini menandakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara China dan Malaysia. Melalui festival filem seperti ini, diharap dapat memperkenalkan kepada penonton filem-filem yang diterbitkan bersama oleh China dan Malaysia.


"Festival ini akan bermula di Kuala Lumpur pada tahun ini, dan diharapkan ia dapat diadakan di lokasi yang berbeza setiap tahun pada masa hadapan. Kami berharap dapat bertemu semua orang di lokasi seperti di Beijing dan Xi'an (China) pada masa akan datang, dan terus mengadakan festival ini pada setiap tahun," ujar Aron.

Filem 'VICTIM(S)' yang diterbitkan pada tahun 2020 secara usahasama diantara China dan Malaysia dan diarahkan oleh pengarah asal China, Layla Zhuqing Ji telah dipilih sebagai filem pertama yang ditayangkan pada festival ini. Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon dari kedua negara, termasuk Huang Lu, Lin Yi Ting, Fu Xian Rui, Xu An Zhi, dan Han Jia Hao.


Filem 'VICTIM(S)' dipilih sebagai 'pembuka pentas' kerana ini pernah mendapat pujian pengkritik filem semasa ditayangkan di festival filem utama seperti Pameran Filem Remaja PERTAMA ke-14 di China dan New York serta Festival Filem Asia di Amerika Syarikat. Ia juga turut memenangi "Anugerah Mulberi Perak Pilihan Khalayak" di Festival Filem Timur Jauh Udine ke-22 di Itali.


Festival Budaya Filem China-Malaysia
Jadual tayangan filem serta forum

Empat judul filem Malaysia terdiri dari "Small Town Heroes", Roh, Sheriff dan Prebet Sapu sementara enam judul filem yang mewakili negara China terdiri dari "Born To Fly", "No More Bets", "Wandering Earth 2" serta "Creations of the Gods I : Kingdom of the Storms", "One And Only", serta "The Movie Emperor" yang akan menjadi filem kemuncak untuk festival ini.


Kesemua filem-filem itu akan ditayangkan di pawagam DADI Cinema bermula hari ini sehingga 23 Jun, dengan tiket berharga hanya RM10, yang boleh dibeli melalui aplikasi DADI Cinema Malaysia.



Comments


bottom of page