Dewan IMAX Dengan Teknologi Bunyi 12 Saluran Antara Tarikan Terbaru Di TGV Pavilion Bukit Jalil
top of page
  • Writer's pictureMYB

Dewan IMAX Dengan Teknologi Bunyi 12 Saluran Antara Tarikan Terbaru Di TGV Pavilion Bukit Jalil

Alami pengalaman menonton filem yang unik di TGV Pavilion Bukit Jalil, lokasi terbaru TGV Cinemas. Menawarkan persekitaran yang inovatif dan interaktif, pembukaan cawangan terbaru pawagam ini bertujuan untuk meningkatkan pengalaman sinematik penonton.


Ketua Pegawai Eksekutif TGV Cinemas, Tan Lay Han (tengah) diapit penari tarian singa semasa pelancaran rasmi pawagam TGV Pavilion Bukit Jalil ,baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif TGV Cinemas, Tan Lay Han (tengah) diapit penari tarian singa semasa pelancaran rasmi pawagam TGV Pavilion Bukit Jalil ,baru-baru ini.

TGV Pavilion Bukit Jalil yang dilancarkan secara rasmi baru-baru ini menawarkan 16 dewan dengan jumlah kapasiti tempat duduk sebanyak 1,555, setiap satu dilengkapi dengan skrin digital 100% serta tempat duduk yang selesa dengan ruang kaki yang luas demi memastikan keselesaan penonton.


Untuk meningkatkan pengembaraan sinematik yang tidak dapat dilupakan, TGV Cinemas turut menyediakan "City of Play" terbesar di TGV Pavilion Bukit Jalil, dengan keluasan 2,041 kaki persegi hasil kerjasama bersama Mattel South Asia.


Jadilah antara penonton yang pertama menonton di dewan IMAX yang dilengkapi dengan Sistem Laser dan Teknologi Bunyi 12 Saluran di TGV Pavilion Bukit Jalil, menjadikannya pawagam pertama di Malaysia yang menawarkan ciri-ciri termaju ini. Dengan gabungan imej yang lebih terang dan realistik, kontras warna yang lebih dalam dan audio yang menawan, teknologi ini membawa penonton ke dalam nadi filem, mencipta kenangan yang kekal.


TGV Pavilion Bukit Jalil menjadi pawagam pertama di Malaysia yang menawarkan ciri-ciri termaju dewan IMAX yang dilengkapi dengan Sistem Laser dan Teknologi Bunyi 12 Saluran. - Gambar @TVGCinemas



Melangkah masuk ke lobi TGV Pavilion Bukit Jalil yang luas, penonton pasti terpukau dengan skrin LED yang menakjubkan terbentang dari lantai hingga ke siling. Betujuan untuk mempertingkatkan suasana dan menyediakan pentas untuk pengalaman menonton filem yang luar biasa, paparan visual dinamik ini membezakan TGV Pavilion Bukit Jalil.


Penonton juga boleh menggunakan kemudahan 'lounge' bertema yang disediakan untuk bersantai dan bersosial atau kekal berhubung dengan Wi-Fi berkelajuan tinggi di seluruh pawagam, membolehkan penonton berkongsi pengalaman filem dengan orang tersayang.


TGV Pavilion Bukit Jalil turut menyediakan tiga dewan 'Indulge' untuk memberikan penonton sebuah pengalaman menonton filem dalam suasana eksklusif dan mewah. Dengan tempat duduk tinggi, ruang kaki tambahan, dan perkhidmatan layanan peribadi, dewan mewah ini membolehkan penonton menikmati perjalanan sinematik yang terbaik.


Sebagai alternatif, penonton juga boleh memilih dua dewan Beanie, di mana penonton boleh menikmati filem sambil bersantai di atas tilam 'kekacang' yang selesa. Pilihan eksklusif ini memenuhi pelbagai pilihan, memastikan lawatan para penonton ke pawagam benar-benar istimewa.


Ketua Pegawai Eksekutif TGV Cinemas, Tan Lay Han, menyatakan komitmen TGV Cinemas untuk menerajui inovasi sinematik dan menyampaikan pengalaman menonton filem yang luar biasa. Matlamatnya adalah untuk menjadikan TGV Cinemas destinasi pilihan untuk menghabiskan masa berkualiti bersama rakan, keluarga dan orang tersayang.


Filem terbaru Marvel Studios - The Marvels yang ditayangkan dalam format IMAX di TGV Pavilion Bukit Jalil
Filem terbaru Marvel Studios - The Marvels yang ditayangkan dalam format IMAX di TGV Pavilion Bukit Jalil

Bersempena dengan pelancaran TGV Pavilion Bukit Jalil, TGV Cinemas membawakan filem terbaru terbitan Marvel Studios - The Marvels dalam format IMAX bermula dari 9 November 2023. Saksikan kuasa teknologi canggih dan bunyi yang mengasyikkan sambil menyelami dunia wira-wira epik.Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengembaraan sinematik terbaik!


TGV Cinemas mengangkat pengalaman menonton pawagam, menggabungkan teknologi terkini, pilihan tontonan eksklusif dan persekitaran yang menawan. Sediakan diri anda untuk perjalanan luar biasa ke dalam dunia pawagam di lokasi yang hebat ini. Tempah tiket anda sekarang dan selami era baharu kecemerlangan sinematik di TGV Pavilion Bukit Jalil!

bottom of page