top of page
  • Writer's pictureMYB

Dr Mustafa Mohammed Taher Teruskan Misi Bantu Rakyat Malaysia Bebas Obesiti

Pakar Bedah GI dan Bariatrik, Dr Mustafa Mohammed Taher dari Pusat Perubatan Cengild G.I sekali lagi diiktiraf sebagai Pakar Bedah Bariatrik Terbaik di Asia Pasifik pada Majlis Anugerah GlobalHealth Asia- Pacific 2023 yang telah berlansung di Bali, Indonesia pada Mei lalu.


Dr Mustafa Mohammed Taher optimis dalam misi membantu rakyat Malaysia bebas dari masalah obesiti.

Kemenangan tersebut merupakan anugerah ke empat yang berjaya diraih beliau setelah memenganginya untuk pertama kali pada edisi pertama penganjuran majlis anugerah tersebut di Kemboja, diikuti tahun kedua di Kuala Lumpur dan tahun ketiga yang berlansung di Bangkok, Thailand tahun lalu.


Dr Mustafa Mohammed Taher mengumumkan perkara tersebut dalam satu majlis makan tengahari bersama media yang diadakan di Restoran Hadramawt Kitchen ,Jalan Ampang, Kuala Lumpur siang tadi. Majlis turut disertai oleh beberapa figura selebriti tanah air antaranya Ziana Zain, Zarina Zainudin, Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Ziela Jalil yang turut berkongsi testimoni kejayaan prosedur pembedahan Bariatrik bersama Dr Mustafa bagi mengatasi masalah kegemukan serta komplikasi sampingan akibat obesiti yang dialami mereka.


Barisan selebriti popular tanah air yang pernah menjalani prosedur pembedahan Bariatrik bersama Dr. Mustafa Mohammed Tahir, antaranya Datuk Ziela Jalil, Datuk Khatijah Ibrahim, Ziana Zain dan Zarina Zainuddin.

Sehingga kini Dr Mustafa telah melakukan lebih daripada 2000 prosedur pembedahan Bariatrik di klinik swasta sepanjang tempoh 3-4 tahun yang lalu. Ramai pesakit yang mendapatkan rawatan daripada beliau merupakan penghidap pelbagai penyakit seperti mereka yang mengalami masalah obesiti dan berat badan yang berlebihan sehingga menimbulkan kesukaran buat mereka disamping pelbagai komplikasi kesihatan yang menjejaskan kehidupan seharian mereka.


Pembedahan Bariatrik bukan sahaja berjaya membantu para pesakit untuk mengurangkan berat badan tetapi mampu membantu merawat masalah kencing manis dan darah tinggi disamping membantu masalah tidur yang teruk,kemandulan,asma,serangan panik,kemurungan,sakit lutut,sakit belakang,dan anti sosial.


Pembedahan Bariatrik terbukti telah membantu menyelamatkan ramai pesakit. Terdapat ramai pesakit dari dalam mahupun luar negara telah datang berjumpa Dr Mustafa untuk mendapatkan nasihat beliau demi kesihatan yang lebih baik.


Bagi Dr Mustafa misi beliau ialah untuk melihat lebih ramai orang menjalani kehidupan yang sihat dan beliau ingin memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa obesiti merupakan penyakit yang sangat berbahaya jika tidak dirawat namun ia tetap boleh dirawat.


Berdasarkan dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019: Penyakit Tidak Berjangkit Dan Permintaan Jagaan Kesihatan (NHMS 2019) yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat lebih 50 peratus orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan atau obes.


Orang ramai boleh mengikuti Dr Mustafa di platform Instgram beliau @dr.mustafamt atau boleh menghubungi Puan Rafeah di talian +60162330678 untuk maklumat lanjut berhubung prosedur pembedahan Bariatrik.

bottom of page