Drama HARITH FAYYADH Isi Slot Akasia TV3
top of page
  • Writer's pictureMYB

Drama HARITH FAYYADH Isi Slot Akasia TV3

Harith dan Fayyadh ialah adik beradik tiri yang mempunyai perwatakan yang bertentangan. Harith ingin mendalami ilmu agama manakala Fayyadh meminati dunia glamor. Apabila hanya salah seorang daripada mereka yang akan mewarisi harta Dato’ Ainon, bagaimanakah Harith dan Fayyadh berhadapan dengan ujian ini?



Terbaharu di slot Akasia, Harith Fayyadh akan menemui penonton TV3 bermula 1 April 2022, setiap hari, pukul 6.58 petang. Drama bersiri 15 episod ini diterbitkan oleh Sha’s Media Sdn Bhd, diarahkan oleh Ayie Mustafa, nukilan skrip oleh Dr. Mohd Shahremy Ikmal dan Mama Bella serta menampilkan pelakon - pelakon handalan iaitu Hafidz Roshdi, Adam Lee, Nad Zainal, Cahaya Nilam, Julia Farhana, Hasnul Rahmat, Dynas Mokhtar, Fauziah Nawi, Badrul Muhayat dan Shamsul Ghau Ghau.


Harith (Hafidz Roshdi) dan Fayyadh (Adam Lee) merupakan adik-beradik tiri berlainan bapa. Harith merupakan anak sulung Arisa (Dynas Mokhtar) hasil perkahwinannya dengan Bakri manakala Fayyadh merupakan anak Arisa bersama Kamal (Hasnul Rahmat), pemandu peribadinya yang dikahwini setelah kematian Bakri. Arisa tidak pernah mencintai Kamal namun mereka berkahwin di atas cadangan ibu Arisa, Dato’ Ainon (Fauziah Nawi).


20 tahun berlalu, kini Harith dan Fayyadh sudah dewasa. Walaupun mempunyai minat yang lain, mereka mengambil jurusan perniagaan di atas permintaan Dato’ Ainon. Harith ingin mendalami ilmu agama. Harith aktif dalam aktiviti persatuan dan kerja amal.


Di hujung minggu, Harith mengikuti kuliah Ustaz Razak. Fayyadh lebih cenderung dengan dunia glamor dan minat dalam bidang fesyen. Selain melibatkan diri dalam modeling, Fayyadh juga sering menghabiskan masa dalam bersosial.


GALERI


(Dari kiri) Hafidz Roshdi, Cahaya Nilam, Nad Zainal, dan Adam Lee


Fayyadh kemudiannya berkahwin dengan Vivy (Cahaya Nilam) manakala Harith pula masih dalam fasa mengenali Sarah (Nad Zainal), anak kepada Ustaz Razak. Dato’ Ainon kemudiannya telah menetapkan syarat bahawa Harith dan Fayyadh perlu mempunyai anak jika ingin mewarisi segala hartanya. Masing-masing terkejut. Sejak daripada itu, hubungan kedua beradik yang dahulunya akrab mula berantakan.


Jangan ketinggalan untuk menonton drama bersiri Harith Fayyadh untuk mengetahui kesudahan kisah dua beradik ini yang akan mula bersiaran pada 1 April 2022 menerusi slot Akasia pada setiap hari, pukul 6.58 petang.


bottom of page