Drama ' Nusyuz Berkiblat Cinta' Ketengah Isu Penderaan Domestik Dalam Rumahtangga
top of page
  • Writer's pictureMYB

Drama ' Nusyuz Berkiblat Cinta' Ketengah Isu Penderaan Domestik Dalam Rumahtangga

Penderaan rumah tangga merupakan tunjang utama kepada penceritaan siri mini terkini Astro RIA iaitu ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’. Drama yang diterbitkan oleh Arisz Ab. Rahman memaparkan naratif two sides to every story mengenai penderaan domestik yang sering berlaku di kalangan masyarakat kita.



Penceritaan menerusi 7 episod ini mengisahkan Hawa yang merupakan seorang wanita yang mahukan segala aspek kehidupan mengikut kehendaknya termasuk perkahwinannya dengan Adam. Dia turut bertekad untuk menundukkan suaminya kerana keegoannya. Namun tanpa disedarinya, tindak-tanduk Hawa terhadap suaminya mirip-mirip penderaan psikologi, mental dan emosi.


Drama yang menyelit isu-isu rumah tangga yang begitu relevan di kalangan masyarakat kita serta merungkai isu penderaan terhadap suami yang jarang sekali menjadi topik penceritaan drama-drama mainstream mengangkat empat orang pelakon muda iaitu Emma Maembong yang memainkan watak utama Hawa, Fikry Ibrahim sebagai Adam, Nadhir Nasar sebagai Erfhan dan Shaza Bae sebagai Safiana.


Drama ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ merupakan arahan sutradara berbakat besar, Hadith Omar dan diterajui pelakon hebat seperti Fikry Ibrahim dan Emma Maembong. Turut mendukung drama ini adalah pelakon yang semakin meningkat naik Nadhir Nasar dan Shaza Bae serta barisan pelakon hebat seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Aznah Hamid, Rahim Omar, Mak Wanju, Ako Mustapha, Dayana Roza, Sabhi Sadhi, Yaya Maembong dan ramai lagi.


GALERI



Penggambaran drama ' Nusyuz Berkiblat Cinta' berjalan lancar mengikut jadual dalam masa 40 hari. Lokasi penggambaran dilakukan di sekitar Kuala Lumpur.


Penelitian skrip amat dititikberatkan dengan kajian mendalam yang dilakukan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan keganasan rumah tangga yang turut melibatkan fakta keganasan rumah tangga serta hukum-hukum jika tersabit dengan kesalahan yang berkaitan. Jesteru pihak produksi menggunakan khidmat peguam Fahmi Ramli sebagai penasihat untuk fakta perundangan shariah dan sivil.


Sementara itu, lagu 'Mainan' nyanyian Naim Daniel dipilih menjadi lagu tema utama untuk drama ini kerana liriknya yang sesuai dengan babak-babak yang dipaparkan dalam drama ini di mana watak utama Hawa lakonan Emma Maembong menjadikan perkahwinannya

dengan Adam (Fikry Ibrahim) seperti satu permainan kehidupan. Lagu ini juga menyokong kisah Erfhan lakonan Nadhir Nasar yang melayan Safiana lakonan Shaza Bae dengan dayus sekali.


SINOPSIS


Nusyuz Berkiblat Cinta mengisahkan dua pasangan suami isteri, Adam dan Hawa, dan Erfhan dan Safiana. Apabila Hawa mendapat tahu yang Safiana menjadi mangsa keganasan rumah tangga, dia membuat keputusan untuk mengawal rumah tangganya sendiri dan bertegas untuk tidak tunduk sedikitpun pada suaminya.


Hawa menetapkan syarat dalam perkahwinannya bersama Adam dan Adam hingga Adam sanggup mengenepikan keluarga dan kawan-kawannya demi Hawa. Tanpa disedari, Adam dikawal sepenuhnya oleh Hawa. Malang sekali, keadaan tidak berubah untuk Safiana apabila dia seringkali didera dari segi emosi, fizikal dan seksual oleh Erfhan.


Patutkah Adam dan Safiana terus kekal dalam perkahwinan masing-masing? Adakah Hawa dan Erfhan akan berubah menjadi pasangan yang lebih baik?


Drama ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ akan ditayangkan pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 3 April hingga 15 Mei 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.


bottom of page