Drama Suamiku Lelaki Pendosa Ungguli Empat Kategori Di Tonton Anugerah Drama Sangat 2023
top of page
  • Writer's pictureMYB

Drama Suamiku Lelaki Pendosa Ungguli Empat Kategori Di Tonton Anugerah Drama Sangat 2023

Malam kemuncak yang dinanti-nantikan bagi memartabatkan warga produksi dan tulang belakang industri lakonon, Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 berlansung untuk edisi kedua malam tadi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan disiarkan secara langsung pada jam 9.00 malam di TV3.


Naskah yang pernah menjadi kontroversi, Suamiku Lelaki Pendosa, terbitan Global Station Sdn.Bhd menyapu bersih 4 kategori; Drama Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Antagonis Terbaik pada edisi kedua Anugerah Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 yang berlansung semalam di PICC, Putrajaya.

Bertemakan Lagi Drama, Lagi Rasa, Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 menutup tirai dengan menobatkan Dato Aaron Aziz sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dan Ummi Nazeera bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik.


Sementara itu drama Suamiku Lelaki Pendosa dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Drama Terbaik, manakala Eyra Rahman memenangi kategori Pengarah Terbaik. Drama Suamiku Lelaki Pendosa mengungguli edisi Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 apabila memenangi 4 kategori secara keseluruhan.


Pemenang-pemenang dicalonkan melalui 15 kategori termasuk lapan kategori yang dibuka untuk undian di laman web www.xtra.com.my/tontonanugerahdramasangat. Lapan kategori ini dikira berdasarkan undian tertinggi secara keseluruhan di kalangan calon 10 terbaik.


Berikut adalah senarai penuh pemenang TADS 2023:


DRAMA TERBAIK - SUAMIKU LELAKI PENDOSA

DRAMA POPULAR - BISIK-BISIK GELORA

PENGARAH TERBAIK - EYRA RAHMAN (SUAMIKU LELAKI PENDOSA)

PENULIS SKRIP TERBAIK - WAN MAHANI WAN HASSAN & MAIZURA MOHD EDERIS (AYAHANDA)

PELAKON LELAKI TERBAIK - DATO AARON AZIZ (SUAMIKU LELAKI PENDOSA)

PELAKON WANITA TERBAIK - UMMI NAZEERA (RISIK PADA HATI)

PELAKON LELAKI POPULAR - REDZA ROSLI (KEKASIH HATI MR BODYGUARD)

PELAKON WANITA POPULAR - ANNA JOBLING (MELUR UNTUK FIRDAUS)

PASANGAN DRAMA TERBAIK - MEERQEEN & ANNA JOBLING

PELAKON ANTAGONIS TERBAIK - GAMBIT SAIFULLAH (SUAMIKU LELAKI PENDOSA)

OST TERBAIK - NAFAS CINTA - KHAI BAHAR & AINA ABDUL

DRAMA ADAPTASI NOVEL TERBAIK - MELUR UNTUK FIRDAUS

ANUGERAH BBNU TONTON - ANIQ SUHAIR (TAHYUL)

OPPA PILIHAN TONTON - CHA EUN-WOO (TRUE BEAUTY)

DRAMA TERBAIK 8TV - MY DREAM MY WISH


GALERI

Kesemua 15 kategori anugerah-anugerah di atas masing-masing membawa pulang hadiah sebuah trofi Tonton Anugerah Drama Sangat.


Anugerah yang berlansung malam tadi digamatkan oleh pasangan hos Sherry Alhadad serta Sharifah Shahira dan dimeriahkan dengan kehadiran ramai pelakon tanah air sebagai penyampai anugerah iaitu Janna Nick, Zahirah MacWilson, Siti Khadijah Halim, Zara Zya, Hisyam Hamid, Fasha Sandha, Daniel Fong, Jan Chin, MK K-Clique, Nabila Razali, Meerqeen, Anna Jobling, Nabila Huda, Ummi Nazeera, Izzue Islam, Riena Diana, Sabri Yunus, Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Datuk Rosyam Nor dan Faizal Hussein.


Lebih istimewa, pentas malam kemuncak anugerah dihangatkan lagi dengan persembahan daripada barisan penyanyi jemputan seperti Stacy, Mimi Fly, Amir Masdi, Rahmad Mega, Zaki Yamani, Yamani Abdillah, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Ayda Jebat, Fyna Jebat, Wani Kayrie, Bella Astillah, Ernie Zakri, Liza Hanim, Misha Omar dan juga Hael Husaini. MYBUZZ!

bottom of page