Bersempena dengan kedatangan Ramadan dan Hari Raya, Tony Roma’s membawakan menu bermusim baharu yang dicipta khusus oleh cef selebriti terkenal Malaysia, Dato' Fazley Yaakob, menerusi edisi Festive Blessing yang bakal memukau tetamu dalam kembara deria rasa dan sensasi yang pastinya mengujakan.
Mengetengahkan kehebatan jenama Tony Roma's dengan sentuhan magis Cef Dato' Fazley melalui Brown Butter Pesto Australian Lamb Ribs. Menu ini menggunakan Tulang Rusuk Kambing Australia yang dipanggang perlahan di atas bara bag menghasilkan aging yang lembut dan lazat, ditambah pula dengan kerangupan luaran apabila dipanggang di atas api. Sajian gourmet ini disapu dengan pesto dan dihidang bersama sepotong jagung dan brokoli untuk hidangan yang segar dan ringan. Hidangan ini boleh dinikmati pada harga RM88.90.
Selain itu, menu musim ini juga menampilkan Honey Glazed Crispy Australian Beef Ribs pada harga RM88.90. Tulang rusuk yang digoreng dan diperisakan dengan sempurna, membuatkan anda lebih berselera untuk menikmatinya. Sudah tentu, sensasi makanan anda menjadi lebih hebat dengan sedikit rasa pedas dan madu yang disapu di atasnya, serta dihidangkan bersama kentang putar dan brokoli yang pasti membuatkan and inginkan lebih lagi.
Kelazatan dalam menu ini ditambah dengan hidangan gastronomik Torched Honey Mustard ½ Chicken pada hanya RM45.90. Ayam goreng yang dihidangkan bersama coleslaw dan brokoli ini dibakar di hadapan anda apabila sampai ke meja makan pastinya menarik di mata, membuka selera dan merasai kelembutan sensasi rasa umami dalam setiap suap.
Bagi melengkapkan kembara masakan hebat ini, pelanggan boleh memesan minuman utama Tony Roma's iaitu Frozen Romarita, yang tersedia dalam dua pilihan rasa iaitu Mangga dan Strawberri pada harga RM19.90.
Bercakap tentang tawaran kulinari terkini Tony Roma's, Cef Dato' Fazley yang juga Duta Jenama Tony Roma's 2022 menielaskan bahawa menu masa terhad ini diinspirasikan daripada semangat "Rembau to America". Beliau menyuntik elemen rasa istimewa dan persembahan makanan bag mencipta menu kontemporari ini.
Inspirasi ini datang daripada pengalaman beliau sendiri yang berasal dari Rembau, Negri Sembilan dan melanjutkan pelajaran ke Los Angeles, California sewaktu muda. Di sana, Cef Dato' Fazley merasai sendiri masakan klasik Amerika dan mempunyai banyak kenangan indah bersamanya.
"Saya ingat lagi semasa keluarga saya mencampurkan pelbagai jenis makanan di meja makan, contohnya stik dengan sambal. Sebagai seorang cef dari Negeri Sembilan, saya teringin untuk merealisasikan memori ini dalam bentuk sajian yang menggabungkan penghormatan saya kepada kampung halaman serta masa saya belajar di Amerika,” jelas Datuk Fazley.
Walaupun Tony Roma's merupakan jenama Amerika yang biasanya menyajikan hidangan dalam saiz besar, kini kami menyajikannya dalam saiz tunggal dan lebih kecil bersesuaian dengan selera orang Asia.
Di samping itu, Tony Roma's juga telah merombak semula menu mereka dengan beberapa tambahan dan pilihan baharu untuk pilihan pelanggan.
Istimewa pada musim Ramadan ini ialah tawaran penghantaran makanan terbaik sepanjang bulan daripada Tony Roma's! Nikmati penghantaran PERCUMA jika pelanggan menetap dalam lingkungan 5 km daripada outlet Tony Roma's yang berhampiran dan memesan melalui http://outlets.tabsquare.com/Tony/Romas/. Selain itu pesanan boleh dibuat melalui rakan penghantaran seperti Grab Food, Foodpanda dan Shopee Food.
Comments