Elegant Cosmetics Lancar Produk Berinovasi AEDOS Serum, Lantik Hannah Delisha Sebagai Duta
top of page
  • Writer's pictureMYB

Elegant Cosmetics Lancar Produk Berinovasi AEDOS Serum, Lantik Hannah Delisha Sebagai Duta

Elegant Cosmetics yang merupakan antara jenama yang menjadi sebutan dan pilihan ramai rakyat Malaysia saban hari, kini telah melantik Hannah Delisha secara rasmi sebagai Duta Elegant Cosmetics.


Hannah Delisha (kiri) kini rasmi menjadi duta jenama Elegant Cosmetics

Pengumuman tersebut telah disempurnakan oleh pengasas Dato' Al Amin serta pengasas bersama Tuan Fitri Khai yang juga merupakan penaja utama drama 'Andai Itu Takdirnya' karya novel Siti Rosmizah yang dilakonkan juga oleh Hannah Delisha dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Tenera, Bangi, Selangor baru-baru ini.


Menurut Pengasas Elegant Cosmetics, Dato' Al Amin, pemilihan Hannah Delisha sebagai duta adalah seiring dengan kualiti visi dan misi jenama tersebut yang sangat teliti dari setiap aspek.


"Visi kami untuk melihat jenama Elegant Cosmetics dikenali lebih meluas di pasaran Asia dengan kualiti produk dan potensi jenama setaraf antarabangsa. Dalam masa yang sama , kami meletakkan misi kami bagi melahirkan lebih ramai wanita mahupun lelaki yang mempunyai kulit cantik semulajadi tanpa beralas mekap dengan keyakinan diri yang lebih tinggi.


"Berikutan itu juga seperti yang kita sedia maklum Hannah Delisha juga merupakan antara selebriti yang sangat mengambil berat tentang setiap aspek bahan-bahan serta kualiti persembahan produk yang perlu dinilai oleh dirinya sendiri sebelum bersetuju untuk menjadi Duta selaras juga dengan setiap penghasilan produk-produk Elegant Cosmetics yang kesemuanya mempunyai dokumen lengkap berhubung keselamatan produk untuk penggunanya," jelas beliau.


Elegant Cosmetics juga kini telah berada di pasaran 4 buah negara iaitu Malaysai, Brunei, Singapore dan Indonesia.


Elegant Cosmetics turut melancarkan inovasi serum oilet produk terbaharu mereka iaitu "Elegant Age Defiance Oilet Serum" atau lebih dikenali sebagai EADOS Serum dalam satu majlis yang berlansung baru-baru ini di Hotel Tenera, Bangi

Elegant Cosmetics yang juga turut melancarkan inovasi serum oilet produk terbaharu mereka iaitu "Elegant Age Defiance Oilet Serum" atau lebih dikenali sebagai EADOS Serum. EADOS Serum yang diformulasikan khas untuk menganjalkan kulit, memudarkan kesan parut serta mengecutkan jerawat dari hasil gabungan formulasi utama yang berkesan iaitu bahan " Adenosine" dan "Hibiscus Sabdariffa Fruit Extract" atau Ekstrak Bunga Roselle untuk menghasilkan lebih banyak kolagen yang sihat dalam kulit.


Inovasi terbaharu "Oilet Bubble" atau "Oil-Infused Water" dengan 3 warna yang berbeza iaitu "Pink- Ekstrak Bunga Roselle, Biru- Adenosine dan Kuning-Vitamin C" yang terdapat dalam EADOS Serum ini mampu memberikan penyerapan yang lebih mendalam untuk memberikan impak yang maksima kepada kulit.


Elegant Cosmetics turut berbangga kerana menjadi peneraju dalam inovasi baharu ini dalam industri pembuatan serum di Asia demi melahirkan ramai pengguna yang mampu mendapatkan kulit awet muda walaupun semakin berusia.


Kejayaan yang diraikan Elegant Cosmetics seiiring dengan sambutan ulang tahun kelahiran jenama tersebut yang ke-3 di pasaran. Ini menunjukkan jenama ini diterima baik oleh penggunanya diseluruh Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia


Elegant Cosmetics berjaya mencipta pencapaian terbaik pada awal tahun 2023 apabila menjadi penaja utama rancangan Final Konsert Famili Duo Musim Kedua serta turut bersiaran khas di stesen siaran radio nombor satu Malaysia iaitu Radio Era.


Semua maklumat rangkaian produk Elegant Cosmetics boleh diakses di platform media sosial seperti Instagram - @elegantcosmetics.hq , Tiktok - @elegantcosmeticshq atau melalui agen-agen sah diseluruh Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia.

bottom of page