top of page

ERA Cari Suara Baharu! Peluang Emas Jadi Penyampai Radio Profesional

  • Writer: MYB
    MYB
  • 3 minit lalu
  • 2 min membaca

KUALA LUMPUR – ERA, stesen radio nombor satu di Malaysia, kini membuka peluang keemasan kepada anak muda berumur 18 hingga 30 tahun untuk menyinar dalam dunia penyiaran melalui program Pencarian Bakat Baru Penyampai ERA.


ERA Cari Suara Baharu! Peluang Emas Jadi Penyampai Radio Profesional

Inisiatif ini bukan sekadar pertandingan, tetapi satu usaha berterusan ERA untuk memastikan kesinambungan tenaga penyampai yang segar, relevan dan mampu berinteraksi secara autentik dengan pendengar pelbagai generasi.


Menurut Pengurus Jenama ERA, Azah Sahrin, “Penyampai radio bukan hanya menyampaikan lagu atau berita, mereka adalah suara yang menemani pendengar setiap hari. Kami mahu bakat baharu yang memahami kehendak semasa dan mampu mencipta hubungan tulen dengan pendengar.”


Cara Penyertaan:

  • Terbuka kepada lelaki dan perempuan berumur 18–30 tahun

  • Hantar video pendek (maksimum 1 minit) menunjukkan kebolehan sebagai penyampai radio

  • Gunakan hashtag #penyampaibaruERA dan tag ERA.Jer di Instagram dan TikTok

  • Akaun media sosial perlu ditetapkan kepada umum (Public)


ERA juga akan mengadakan sesi ujibakat luar studio di lokasi-lokasi terpilih yang akan diumumkan di media sosial rasmi ERA sekaligus memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat hadir ke studio untuk tetap menunjukkan bakat mereka.


Kali terakhir sesi ujibakat ini diadakan adalah pada tahun 2019, yang telah melahirkan penyampai popular seperti Munabella dan Radin, kini antara suara penting dalam dunia radio tempatan.

Hadiah Menarik Menanti:

  • Juara: RM3,000 + Kontrak 1 tahun sebagai penyampai ERA

  • Naib Juara: RM2,000

  • Tempat Ketiga: RM1,000

  • Tempat Keempat & Kelima: RM500 setiap seorang


Majlis pengumuman pemenang akan berlangsung bulan depan dan dijangka menjadi acara meriah yang dinanti-nantikan oleh peminat ERA dan industri penyiaran.


Dengan pencarian ini, ERA terus komited untuk berkembang seiring perubahan trend media dan kehendak pendengar, memastikan ERA kekal sebagai stesen radio pilihan utama rakyat Malaysia. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti ERA di semua platform media sosial rasmi.



bottom of page