top of page

Erra Fazira Terus Setia Sebagai Duta Captain Dolphin

  • Writer: MYB
    MYB
  • 6 hari lalu
  • 2 min membaca

Updated: 5 hari lalu

Selangor – Happy Alliance (M) Sdn. Bhd., syarikat pengeluar makanan dan minuman berasaskan konjac terkemuka negara, sekali lagi mencuri perhatian apabila melancarkan rangkaian produk terbaharu di bawah jenama popular Captain Dolphin, sambil memperkenalkan kilang baharu berteknologi tinggi di Tanjong Sepat, Selangor.


Antara produk yang diperkenalkan termasuk Magic Balls, Crystal Bubble, Coco Cube, Nata De Coco, Jelly Yogurt dan Pudding Yogurt yang tampil menarik, lazat serta sesuai untuk seisi keluarga. Lebih menggamit selera, tiga perisa konjac jeli baharu turut diperkenalkan iaitu Calamansi, Caramel dan Cola.


Erra Fazira Bersama Produk Terbaru Captain Dolphin
Erra Fazira Bersama Produk Terbaru Captain Dolphin

Majlis pelancaran bertambah meriah dengan kehadiran Erra Fazira, primadona tanah air yang kekal sebagai duta rasmi Captain Dolphin hampir tiga tahun. Keanggunan dan gaya hidup sihatnya menjadikan beliau pilihan tepat bagi membawa jenama ini ke tahap lebih tinggi.



“Saya berasa bangga dipilih sebagai duta sehingga kini dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Captain Dolphin. Produk ini bukan sahaja sedap, tetapi juga halal, berkualiti dan sesuai untuk gaya hidup sihat. Saya berharap Captain Dolphin terus menjadi pilihan rakyat Malaysia dan mampu menembusi pasaran antarabangsa,” ujar Erra dengan penuh senyuman.



Selain menyaksikan pelancaran produk, para tetamu dan wakil media turut dibawa melawat kilang baharu Captain Dolphin. Ramai terpesona dengan sistem moden yang digunakan, bermula daripada penyediaan bahan mentah, kawalan kebersihan hinggalah proses pembungkusan yang serba canggih.


Sesi melawat kilang oleh Encik Johnny SC Tan, Pengarah Urusan Happy Alliance (M) Sdn Bhd


Kilang ini juga mematuhi standard HALAL JAKIM, sekali gus memberi jaminan kepada pengguna Muslim bahawa produk Captain Dolphin boleh dinikmati dengan penuh keyakinan. Pensijilan halal ini turut menjadi pasport penting untuk memperkukuh kedudukan jenama tersebut dalam pasaran Muslim global.


Ditubuhkan sejak 1996, Happy Alliance (M) Sdn. Bhd. kini menjadi salah satu pengeluar makanan terkemuka dengan rangkaian eksport ke lebih 30 negara termasuk Asia Tenggara, Timur Tengah, Eropah, Afrika dan Australia. Dengan pensijilan Halal, GMP, HACCP, ISO 22000 dan MESTI, syarikat ini terus menitikberatkan kawalan kualiti serta inovasi teknologi, menjadikannya antara jenama Malaysia yang semakin mendapat tempat di pentas dunia.



bottom of page