Festival Aroma Kita: Pesta Haruman, Inspirasi & Cerita Di Sebalik Nabia Parfum
- MYB
- 11 Ogo 2025
- 2 min membaca
Festival Aroma Kita akan berlangsung pada 30–31 Ogos 2025 bertempat di Debob Event Space, Perda, Pulau Pinang . Festival ini bukan sekadar acara, tetapi sebuah ruang magis di mana aroma menjadi bahasa universal yang menyatukan pengunjung. Pencinta wewangian berkumpul, berkongsi dan merasai seni bau dalam pelbagai bentuk.

Antara jenama yang mencuri perhatian adalah Nabia Parfum, yang tampil sebagai salah satu vendor pilihan di festival ini . Kehadiran mereka pastinya menambah keunikan dan warna kepada suasana festival yang mempesona.

Ditubuhkan pada Disember 2024 oleh pasangan suami isteri, Tuan Amin dan Nabihah, Nabia Parfum lahir daripada minat mendalam terhadap seni wangian. Bagi mereka, bisnes ini bukan sekadar mencari rezeki, tetapi juga satu platform memperbaiki diri dari segi rohani, membina kesabaran, dan menanam rasa syukur. “Setiap jualan adalah amanah,” ujar Tuan Amin, menekankan bahawa setiap botol Nabia membawa misi untuk memberi manfaat kepada pemakainya.

Dengan tagline "Express The Infinite You", Nabia Parfum menawarkan 20 koleksi haruman untuk lelaki dan wanita. Antara pilihan terlaris termasuk Merida’s Flame dengan sentuhan citrus segar, Kitty Kisses yang lembut dan manis, serta Mecha Pulse yang mempamerkan sisi maskulin moden. Semua ini dihasilkan menggunakan pati gred Extrait De Parfum berkualiti tinggi dari Perancis, tetapi pada harga yang mampu milik. Hanya RM67 untuk botol 30ml, selari dengan slogan mereka, "Affordable Luxury".
Di festival kali ini, kehadiran Nabia Parfum bukan sekadar mempamerkan produk, tetapi membawa pengalaman interaktif kepada pengunjung. Dari sesi TikTok Live secara langsung di tapak acara, sehinggalah pemberian sampel haruman, setiap detik digunakan untuk mendekatkan jenama ini dengan penggemar wangian.
Masa depan Nabia Parfum tampak cerah. Dengan perancangan membuka butik eksklusif dan membina identiti aroma unik yang hanya dimiliki Nabia, pasangan ini yakin untuk melangkah ke pasaran lebih luas, termasuk luar negara
Festival Aroma Kita kali ini membuktikan bahawa jenama tempatan mampu bersaing secara elegan dengan jenama antarabangsa. Nabia Parfum bukan sekadar botol berisi wangian, tetapi simbol gaya hidup serta keyakinan, keanggunan, dan ekspresi diri.

Bagi pencinta perfume dan gaya hidup, letakkan 30–31 Ogos 2025 di Penang dalam jadual anda. Festival ini mungkin menjadi pertemuan paling wangi dan menginspirasikan anda tahun ini!









Komen